Bahana apabila entri lama dipadam saya dah rasa. Anda? Mungkin ada yang dah kena, mungkin belum. Jika belum, sila ikuti nasihat di bawah yang akan saya kongsikan kepada anda. Oh ya, itupun jika anda nak ambil tahu serba sedikit mengenai analitik blog andalah, jika tak mahu tahu .. boleh abaikan entri yang tak berapa nak best ni....wokeh?

Baiklah, pada mereka yang nampaknya interested nak tahu akan bahana padam entri atau blog post samada baru buat atau dah lama buat, anda cuba tengok statistik blog ini yang dikongsikan tanpa ragu-ragu kepada anda.

Bahana Padam Entri

Padam entri tingkatkan bounce rate blog

Ok, jangan tengok sessions atau users atau pageviews tu ... sebabnya ia tak penting sangat. Yang penting tu ... bounce rate. Nampak tak nilainya yang tinggi ... iaitu 77.03 peratus.

Kalau dalam peperiksaan, mungkin nilai ni dah pass, leh la dapat C kot. Tapi, dalam bab statistik sebuah blog, nilai tinggi tersebut adalah satu bahana. Tak elok untuk blog.

Saya pernah ceritakan sebelum ini di tajuk entri berikut - Bounce Rate Tinggi Tanda Blog Tak Efisien

Tak elok ada nilai lebih daripada 50 peratus. Blog yang ada kadar bounce rate tinggi adalah blog yang sebenarnya hanya untuk tatapan mata sahaja dan bukan untuk dibaca .... uhukkk huk .. malang bagi blog ini.

Saya dok fikir apalah penyebab benda ni berlaku.

2 Sebab Bounce Rate Menjadi Tinggi

Sebabnya ialah, satu ketika dahulu, bounce rate blog ini sekadar antara 30 - 40 peratus sahaja, tak adalah sampai macam sekarang ni, yang buat mata terbeliak dan kepala tergeleng geleng. Ok, bukan semua orang akan jadi macam tu kecuali saya yang sangat mementingkan pembaca blog.

Erkkk ok, sebabnya ialah ....
Saya memadamkan entri-entri lama terutama entri-entri yang berada di SERP yang telah berikan trafik tinggi satu ketika dahulu. Link atau URL masih lagi ada di Google atau Yahoo, lalu mereka yang klik akan berhadapan dengan page Error 404.

Bila mereka singgah dan dapat page Error 404, pasti sekalilah akan pangkah tanpa fikir panjang. Lalu menghasilkan keadaan di mana pengunjung menyumbang kepada kadar bounce rate yang tinggi.

Keduanya pula ialah entri-entri di dalam blog yang tidak tersusun dengan elok berdasarkan label, jadi penggunaan related post atau linkwithin seolah tidak berjaya menurunkan kadar bounce rate ini. Pengunjung yang merasakan tiada entri berkaitan yang seronok dibaca kemudiannya akan pergi ....

Dua sebab yang saya dapat kenal pasti.

Maka, penyelesaiannya ... dah pernah saya ceritakan. Sekarang, bagi anda yang blognya belum ada trafik tinggi, eloklah elak dari memadamkan entri-entri ... terutama entri berkaitan segmen, kontest ... sebab entri-entri tersebut ada banyak backlinks ... jika anda buang backlinks ... maka akan merosotlah nanti Google PR blog anda pula.

Ok. Harap anda faham apa yang cuba saya sampaikan ini. Jangan lakukan kesilapan yang telah saya buat.



30 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ouh.. dia main bounce rate plak ye.. Nasib baiklah saya x suka padam entry lama... x suka padam sebab itulah kenangan terindah masa awal2 buat blog walaupun nampak kelakar :D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Terima kasih, jangan lupa praktikkan dalam penulisan blog saudari ehh

      Delete
  3. saya pena buat mula-mula... memang tak tau..ohh lagi 1, kalau entry tu kita tak publish lagi..masi dalam draft lagi..takpe kan kalau delete?

    ReplyDelete
  4. ohhh baru tau. terima kasih atas ilmu ni, sifu :)

    ReplyDelete
  5. Best betul entry in. Nak belajar pasal SEO la. Tapi macam mana ya? Sy bukan blogger sepenuh masa, asyik sibuk je. Huhu... Kena la rajin2 baca blog bro hasrul hassan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Download ebook yang banyak disediakan ... :)

      Delete
  6. Replies
    1. :) in Sha Allah ... boleh dimanfaatkan bersama ...

      Delete
  7. Tq Sharing Bro Hh ..
    Huhuhu dulu ada buang entri GA huhuhu,.

    ReplyDelete
  8. Info yang sangat berguna.Terima kasih tuan.
    btw, silalah datang ke blog saya.

    http://vandergood.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama ... :) terima kasih atas jemputan terhormat ini.

      Delete
  9. sebab nak tukar tema blog aku buang 5 entri terawal.. check kat analytic memang ada error 404. berapa lama baru link url akan hilang kat google?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena guna Google Webmaster Tools dan padam sendiri manual

      Delete
  10. Oh...baru tau..so far tak pernah padam entry lama

    ReplyDelete
  11. kalau saya, saya x kan padam entri lama cuma saya edit balik masukkan info baru dan kemaskan seo....dulu pernah padam habis rosak nilai seo blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tips yang dkongsikan ni .. :) salah satu cara juga untuk tidak mensia-siakan entri yang pernah diterbitkan.

      Delete
  12. sebelum ni saya memang tak pernah join giveaway.Bila tiba-tiba dapat penyakit ni,bila dah habis tarikh tutup tu,rasa bersalah pulak kalau orang buka.Dah terdetik jugaklah perkara ni...

    Perrgh...nasib baik belum delete.hehehe

    ReplyDelete
  13. Ilmu yang bernilai, sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  14. paling penting entry segmen dan ga tuh.. ok tak padam..

    ReplyDelete
  15. Tuan HH,
    Saya ada satu kemushkilan dan minta pencerahan. Sebelum ini...bounce rate blog saya dalam figure yg memuaskan iaitu disekitar 30% tapi sejak 16 May 2014, bounce rate tiba-tiba menurun dgn mendadak sehingga dibawah 10% (data dari google analytic) Tapi penurunan ini seiring dengan page/session yg meningkat melebihi 6 page/session.
    1. Google analytic ada update sesuatu ke pada 16 May 2014 sehingga perubahan mendadak berlaku?
    2. Adakah data sebegini baik untuk blog sebab terlalu rendah?

    p/s: saya cuma ada tukar template pada 9 Mei 2014. Itu sahaja perubahan yg berlaku pd blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm bawah 10% pun tak berapa bagus juga sbb tanda blog kita tak ada trafik. :) sekitar 30 peratus tu dah baik dah.

      Pasal page session tu ... alamak... saya blur skit .. heheheh.. memang tak berapa nak faham sangat.

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Page/session bermakna jumlah page yg dilihat oleh seorang user. Semakin tinggi page/session bermakna semakin tinggi pageview. Contohnya, jika setiap user melihat hanya satu page maka pageview akan sama jumlahnya dengan session. Maka bounce rate 0%
    Sekarang ini memang jelas bahawa setiap user melihat purata lebih dari 6 page pada blog saya yg menyebabkan baunce rate jatuh mendadak! manakala Pageview memang tinggi!
    Utk makluman HH, session blog HH dan saya lebih kurang saja jumlahnya tapi jumlah pageview saya 6 kali ganda dari HH! Maka saya rasa tidak benar jika HH kata baunce rate < 10% bermakna tiada visitor. Tapi persoalannya tidak baguskan ianya dalam menilai sesebuah blog? Sedangkan ianya mengundang minat seorang user utk melihat lebih banyak page.
    Yang menjadi kemushkilan...kenapa ianya jatuh mendadak secara tiba2 dan hanya mula terjadi pada 16 Mei?

    p/s: HH dah mula update google analytic kepada js ke? Saya kurang faham tentang js...boleh beri serba sedikit maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak study pun bab js tu, sbb benda tu pun baru. Apa yang saya faham, ia akan menjadi lebih tepat untuk kerangka bagi targeting audience, berguna untuk pasarkan produk ....

      Delete
  18. maaf kalau mencelah. sekadar pandangan saya. permasalahan saudara BM tu rasanya tak ada lah terlalu merisaukan sebenarnya. ini hanya pandangan saya sahaja. kemungkinan bounce rate menjadi rendah tatkala baru tukar template itu adalah disebabkan saudara BM sendiri yang menghadap blog sendiri terlalu lama hingga beberapa hari dan merendahkan bounce rate menjadi terlalu rendah secara tetiba.

    ini biasanya berlaku kalau kita baru sahaja tukar template kena masa kita menghadap blog sendiri adalah lebih lama daripada biasanya. untuk pageview itu, satu petanda positif yang blog BM semakin menjadi tarikan pembaca untuk membaca lebih daripada satu atau dua page sahaja. tiada yang perlu dirisaukan mengenai pageview yang meningkat malah ianya satu petanda yang bagus untuk blog BM. :)

    ReplyDelete
  19. Saya dah kena bahana ni, aduh pastu pecah peluh nak check link satu per satu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement