Tips dapat rezeki yang banyak lagi berkat tentu sahaja menjadi keinginan buat semua. Apatah lagi seperti saya yang bergelumang dengan dunia blog Malaysia dan mengharapkan rezeki daripada hasil penulisan yang tidak seberapa. In Sha Allah, menerusi blog post ini, saya cuba kongsikan sedikit pengetahuan tentang bagaimana nak mendapat rezeki yang baik lagi banyak.

Tips ini bukan untuk anda baca sahaja, tetapi perlu diamalkan dengan istiqamah. Ramai blogger yang dah berjaya jana income menerusi blog kerana istiqamah mereka di dalam dunia blog Malaysia. Malah, saya boleh berikan bukti ada blogger yang dah berjaya jana income sehingga RM100,000 hanya menerusi blog! In Sha Allah, lain masa saya akan cerita tentang perkara ini, dan cuba mencedok rahsia blogger hebat ini untuk tatapan dan bacaan anda semua.
Tips Dapat Rezeki Banyak dari Pakar SEO Blogspot Malaysia

Tips Dapat Rezeki Banyak Lagi Diberkati

Niat Kerana Allah

Sebagai seorang Muslim, dalam apa jua kita lakukan, mestilah dahulukan dengan niat yang baik berserta menyebut nama Allah. Niat perlu supaya apa yang kita lakukan itu menjurus ke arah kebaikan, bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk orang lain. Dengan niat yang betul, kita boleh bina benteng dari melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Bantu Diri Untuk Membantu Orang Lain

Ramai yang merasakan mereka cukup hebat dalam sesuatu, tetapi sebenarnya ada yang lebih hebat. Ada merasakan diri dah cukup power dah, tak perlu nak rujuk orang lain atau mencari ilmu yang berkaitan, hanya kerana sudah memiliki kejayaan. Tetapi sebenarnya, sebagai manusia, kita sentiasa perlu memperbaiki diri kita, dan dengan itu kita punyai kelebihan untuk membantu orang lain.

Insaf dan Syukur

Sentiasa ishtifar dan ucap rasa syukur atas pemberian dan rezeki yang kita dapat, tak kira sebesar atau sekecil mana. Jika musibah menimpa, atau ada kegagalan, banyakkan ishtifar dan lihat mana kekurangan. Syukur dan elakkan dari diri menjadi kufur pada nikmat diberikan.

Cipta Peluang dan Berikan Peluang

Tips Dapat Rezeki Banyak
Jangan tunggu peluang untuk mudah tiba pada kita, tetapi ciptalah peluang untuk diri dan orang lain. Anda mahu berniaga, maka ciptalah sesuatu untuk diniagakan, dan beri peluang orang lain untuk meniagakan. Anda mahu dapat duit menerusi blog, wujudkan peluang itu di dalam blog anda, dan berikan peluang itu untuk orang lain. Untuk lebih berjaya mendapat rezeki yang banyak, wujudkan lebih peluang, dan minimakan diri mencari peluang.

Rajin Usaha dan Istiqamah

Usaha perlu berterusan, bukan setakat sehingga berjaya tetapi lebih daripada itu. Anda perlu istiqamah agar peluang rezeki yang telah anda wujudkan membuka peluang untuk orang lain. Apabila tiba ketika ini, anda sebenarnya telahpun bantu diri untuk membantu orang lain. Istiqamah dengan niat, sentiasa insaf dan syukur atas segala peluang serta rezeki yang hadir.

Amalkan Sholat Sunat Dhuha

Bagi umat Islam, digalakan untuk amalkan sholat sunat ini. Sholat sunat ini didirikan setelah terbit matahari sampai menjelang masuk waktu zohor. Afdhalnya dilakukan pada pagi hari di saat matahari sedang naik; kalau kiraan kita yang biasa .. dalam pukul 9:00 pagi. Sholat sunat ini lebih dikenali sebagai sholat yang merupakan sunnah Nabi S.A.W untuk memohon rezeki dari Allah. Untuk ketahuan melakukan cara Sholat Sunat Dhuha, rujuk ini - Cara Lakukan Sholat Sunat Dhuha
Amalkan Doa
Tips Dapat Rezeki Banyak - Doa dapat peluang rezeki yang banyak
Inilah sedikit sebanyak perkongsian saya berkaitan tips dapat rezeki yang banyak lagi diredhai. Kita kena percaya, rezeki itu bukan datang bergolek di depan mata, tetapi dicari dan diberikan selayaknya kepada mereka yang rajin berusaha.

Ada ramai antara kita, termasuklah saya sendiri yang alpa akan betapa perlunya amalkan tips ini. Sering mengeluh bukan satu penyelesaian, menghadap kekecewaan juga bukan satu kebaikan. Sedarlah bahawa rezeki itu adalah limpahan anugerah dari Allah S.W.T untuk hamba-hambaNYA. Jika kita berusaha, ikhtiar, ingat, minta dan syukur pada Allah S.W.T, pasti akan dikurniakan kepada kita.

Moga blog post ini bermanfaat untuk semua. In Sha Allah. Kongsikan supaya manfaat ini dikongsikan bersama, jika kita sudah mula lokek memberikan sesuatu semudah ini, bagaimana pula nanti kita ingin mendapatkan sesuatu dari orang lain?



10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement