6.5 juta pageviews semenjak blog ini dijenamakan semula pada tahun 2011. Alhamdulillah. Angka ini bukan hebat mana, tapi ia bukan mudah juga untuk dicapai bagi sebuah blog yang dilabel sebagai kategori blog personal. Saya bersyukur dengan usaha yang telah dibuat, angka sebesar ini setidak-tidaknya menjadi satu pemangkin untuk meneruskan minat ini.

Saya sudah menulis blog agak lama, boleh dikatakan seawal tahun 2008 lagi. Namun, ketika itu kekerapan itu tidaklah seperti sekarang, jumlah blog pun tidak sama. Dulu ada 1-2 blog, tapi kini saya sudah ada lebih daripada 10 blog dalam beberapa niche berbeza, dan dalam dua platform - iaitu blogspot dan wordpress.
Tips 6.5 Juta Pageviews

Blogger Sebagai Kerjaya

Lebih 10 blog, dua platform berbeza, dengan ada yang menggunakan nama domain sendiri, dan ada yang hosting berbayar. Bukan mudah nak menguruskannya, apatah lagi untuk memastikan setiap blog itu kekal dengan kekuatannya yang tersendiri.

Ini kerjaya saya. Penulis blog sepenuh masa.... dan mempunyai blog yang banyak bukanlah satu keajaiban atau perkara pelik. Jika anda minat menulis blog, punyai 2-3 blog adalah satu yang biasa. Apatah lagi andai anda memilih blog sebagai punca pendapatan, maka mempunyai lebih daripada 10 blog adalah sesuatu yang boleh saya katakan sebagai satu keperluan.
Tips 6.5 Juta Pageviews

Tips Mendapat Lebih 6.5 Juta Pageviews

Bagaimana blog ini boleh mendapat sehingga lebih daripada 6.5 juta pageviews di sebalik hakikat bahawa penulisnya iaitu saya yang kacak ini perlu untuk uruskan blog-blog yang lain? Aha ... itu mungkin satu tanda tanya buat sesetengah orang.

Ini tips saya.

Saya menjadikan blog ini sebagai satu fokus, dan blog-blog lain sebagai sampingan, atau dengan kata lain sebagai backup kepada blog ini. Blog-blog lain, bukan sahaja memberikan backlink tetapi juga menyedekahkan trafik. Saya pelbagaikan sumber trafik ke blog ini.

Apakah sumber trafik yang saya nak bagitahu dalam tips 6.5 juta pageviews ini?

Pertamanya ialah sumber trafik dari blog-blog sendiri atau kendalian sendiri. Blog-blog yang lain itu boleh dijadikan sebagai satu jambatan untuk membolehkan blog utama terima trafik, dan juga sokongan daripada segi SEO, agar sentiasa mendapat trafik daripada enjin carian.

Keduanya ialah menerusi laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Integrasikan samada secara manual atau automatikn agar FB dan Twitter menjadi penyumbang trafik blog.

Ketiganya ialah menerusi laman-laman web ping agregator blog yang kini semakin banyak. Laman web tersebut adalah seperti Kartikel.com, Blogged.my, Busuk.org, Pinglah.my dan banyak lagi.

Keempat ialah menerusi blog-blog orang lain. Dengan beberapa strategi tertentu, 'paksa' blogger lain untuk berikan trafik ke blog anda. Ada beberapa cara boleh dilakukan, antaranya menerusi segmen, kontest dan sebagainya. Anda juga boleh mendapatkan kelebihan dengan tarikan trafik dari blog list blogger lain.

Kelima ialah .... rahsia ... hehehe.....

Namun, tips di atas hanya akan berkesan jika dan hanya jika anda sebagai seorang penulis blog seorang yang iltizam tinggi, kuat berusaha, tidak cepat putus asa, rajin dan paling penting adalah seorang yang sentiasa berikan pengisian blog anda setiap hari. Atau dengan kata lain, anda mesti update blog anda setiap hari, dan kalau boleh biar sehari ada lebih dari 2-3 entri terbaik.

Jika anda tidak kemaskini blog anda dengan entri terbaru, buatlah apa pun tips yang saya kongsikan di atas, trafik ke blog anda tidak akan mencapai apa yang anda benar-benar mahukan.

Usaha penting. Rajin penting. Update blog lagilah penting.

Selamat berusaha.


25 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Baca tajuk sahaja sudah teruja! Ya, bukan mudah sebuah blog personal utk mendapat view yang tinggi...tapi segalanya tidak mustahil andai tahu cara dan tekniknya.

    p/s: Sedang cuba mengejar HH walaupun tau yg saya ketinggalan terlalu jauh...haha! Semangat perlu ada!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu teknik menulis tajuk memikat dan mengumpan.

      Delete
  2. Memang sangat teruja kan BM..kalau la dalam pagevies berjuta-juta macam nie...bestnya..

    ReplyDelete
  3. Tahniah HH, Bukan mudah nak handle dekat 10 blog tu..

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...bro HH,

    moga sukses ... byk nyer blog mselim3 ada dua pun kekdang susah nak handle... hehe

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang bukan mudah. :) lebih mudah kalau buat autopost di hujung minggu.

      Delete
  5. Tahniah HH, memang berbaloi ada 10 blog...

    ReplyDelete
  6. Waaa hebatnya HH

    Tahniahhhh

    debor jantung nampak 6.5 juta tu

    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang boleh buat ... janji cari ilmu dan rajin praktik.

      Delete
  7. 6.5 juta. retisnye HH .blog kita ni 900k pon tak sampai lagi. heee

    ReplyDelete
  8. Wahh..banyaknya blog awak. Jeles saya tauu..

    ReplyDelete
  9. akan diusahakan utk mmbuang tabiat mlas mngupdate blog..hehe..tahniah bro HH!

    ReplyDelete
  10. saya sudah nampak kepentingan update blog..kurang update maka kurang trafik kecuali blog tersebut mengunakan teknik SEO dan kata kunci evergreen..
    ternyata banyak blog pasti menjadi kita cukup sibuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. :) Google pun suka blog yang sentiasa dikemaskini...

      Delete
  11. chaiyok3!! in shaa Allah.. usaha tangga kejayaan :)

    ReplyDelete
  12. Banyak tu 6.5m. Tahniah HH :) In Shaa Allah tips akan diamalkan sakit ohh nak update entry selalu. Terima kasih info hehe ;)

    ReplyDelete
  13. Hebat bro, aku pun blog baru dalam 6 bulan just 560k lebih pageview, tak tahulah berapa lama nak cecah 1million haha, pe pun tq banyak tunjuk ajar

    ReplyDelete
  14. syira pun dah mula rajin update blog and belajar sikit2 teknik SEO..tq sifu :)

    ReplyDelete
  15. lah..yg kelima tuh kenapa rahsia?? >_<

    ReplyDelete
  16. Jgn kan seo saja melonjak..tp takut follower juling biji mata tgk HH nya blog byk..heee~~ tp thank bro sbab byk beri tips yg baik utk sy maju dlm bidang blog ini..

    ReplyDelete
  17. Banyaknya pageviews. Saya baru 3 bulan berblog dan pageviews pun 20k sahaja... hehe mesti kena berusaha nhe.. Bukan sahaja pageviews yang banyak tapi blog juga banya pageviews..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, boleh nanti .. kena usaha sedikit demi sedikit untuk capai apa yang diinginkan.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement