Korupsi dunia politik Malaysia, maaf ... saya memang jarang bercakap soal politik di blog ini, malah .. saya memang tidak berbicara mengenai politik menerusi blog. Tetapi, dalam ketidakcakapan saya itu, saya tidak melabelkan diri sebagai dungu politik sehingga tidak ambil tahu. Cuma, saya lebih suka berdiam diri kerana pengetahuan terbatas saya mengenai soal ini.

Saya bukan orang politik. Anda boleh katakan andainya ada Pilihanraya Kecil (PRK) atau Pilihanraya Umum (PRU), saya tergolong di kalangan pengundi yang bersifat lalang dan tiada pendirian terhadap mana-mana cap parti. Namun, dalam menentukan siapa yang akan saya pangkah dalam pilihanraya, saya ada cara tersendiri.

Korupsi Dunia Politik Malaysia

Korupsi dunia politik Malaysia. Ini adalah kesimpulan am yang saya cuba nak tulis mengenai situasi dunia politik semasa di Malaysia. Korupsi yang saya katakan ini adalah bersifat am dan tidak menilik terus atau memihak. Ia hanyalah satu pendapat dan kesimpulan terhasil daripada penglihatan rambang dan sembang bersama rakan-rakan sambil minum kopi tanpa gula. Mungkin ada yang akan rasa geram, tetapi itulah ... geram mungkin disebabkan kebenaran bahawa korupsi dunia politik itu berlaku pada mana-mana cap parti politik di Malaysia termasuklah pada yang dipercayainya bahawa cap itu parti yang bersih.

Korupsi berlaku kerana ideologi ramai pembicara politik tanahair yang mencampur aduk dan mengguna pakai politik luaran yang bukan bersifat tempatan. Malah, cara mereka ini dihalalkan dalam erti kata merekalah pengamal demokrasi, mahu memberikan keadilan sebenar-benarnya.

Apa yang saya nampak ialah, mana-mana insan yang masuk ke gelanggang ini ... walaupun sebelum ini sebersih mana sekalipun akan terlibat dengan bentuk korupsi ini. Agak sukar bagi saya nak berikan satu nama ahli politik yang tiada sangkut paut dengan korupsi. Jika saya berikan satu nama dalam entri ini bahawa beliaulah ahli politik yang bersih daripada korupsi, pasti akan berjela komen yang ditinggalkan nanti.

Korupsi Bukan Hanya Soal Materialistik

Dan korupsi yang saya sebutkan dalam penulisan ini bukanlah hanya pada materialistik sahaja, tetapi juga pada peribadi, pada sahsiah diri, pada sejarah lama, pada yang tersenarai dalam salasilah keluarga. Korupsi adalah satu benda 'kotor' yang ramai menjadikan ia senjata untuk menjatuhkan dalam arena politik Malaysia.

Memang nampak tidak adil, tetapi itulah hakikatnya. Ada titik titik hitam kotor yang terpalit. Cuba dicuci tetapi akan ada lalat yang cuba buka dan paparkan kekotoran itu.

Manusia. Politik.

Sebuah ekonomi boleh musnah kerana politik. Sebuah negara boleh terjajah kerana politik. Sebuah negara boleh bangkrap kerana korupsi. Dan korupsi sangat mudah berlaku dalam dunia politik.

Dengar cerita kedai kopi, peruntukan diberikan RM10 ribu, tiba di tangan si kaki politik, akan tinggal RM5 ribu sahaja buat rakyat.

Dengar cerita kedai kopi, si dia perjuang nasib golongan A, tetapi golongan B dianaktirikan.

Dengar cerita kedai kopi, diberikan 10 kampit beras untuk fakir miskin, tetapi 2 kampit beras dah dijadikan hidangan untuk nasi hujan panas di kenduri pernikahan anak sendiri.

Diperuntukan RM10 juta untuk bina sekolah, kos hanya RM7 juta ... dengan RM3 juta dijadikan 'hadiah' buat yang cop lulus cadangan.

Pilihanraya ... ketua cap parti A berikan RM20 ribu, yang guna untuk kempen oleh yang bawah ketua tu hanyalah RM10 ribu, lagi RM10 ribu ... buat berseronok-seronok bersama teman dan rakan yang adanya tu bukan pun dari cap parti A.

Korupsi ini semakin jelas sampaikan ada pelaku yang sudah tidak malu 'menunjukkan' bahawa ini adalah hasil korupsi yang dilakukan.

Sayang sekali, korupsi dan jadi barah. Buatlah kemoterapi sekalipun ... ia sukar nak hilang.

Hanya matinya politik itu sahaja yang mungkin akan memulihkannya.


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. setuju tu, CN tak pelik la golongan yang paling tidak dipercayai adalah ahli politik ;)

    BalasPadam
  2. Nasihat 20 posen dari aku, nak tahu betul ke tak jalan politik sesuatu parti, turun sendiri dalam parti tu cth jadi perwakilan, masa tu korang akan nampak mainannya dari apa yang di laungkan. kalau sebagai pengundi terserah nak jadi lalang pun, kita dah letakkan kepercayaan pada calon yang di pilih, jadi dia wajib memenuhi janji dia pada pengundi. Senang crita hang mohong aku, kat sana aku cari hang claim balik na haha

    BalasPadam
  3. Sekarang orang ber politik bukan sebab nak tolong rakyat tapi lebih kepada kepentingan sendiri...sebab tu korupsi berlaku...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement