Muat turun Thesis2 template mesra SEO 2014 untuk pengguna blogspot. Ianya percuma. Dapatkan segera template mesra SEO (Search Engine Optimization) update tahun 2014 untuk blogger blogspot. Template ini telah disediakan oleh rakan blogger hebat +Bukhari Malek.

Kalau anda seorang blogger yang dah lama berada di dalam dunia blog, tentu dah familiar dengan template thesis yang sangat berpengaruh. Ini adalah kerana ia merupakan antara template blog terbaik bagi tujuan optimasi SEO.

Thesis2SEO Template Mesra SEO 2014


Asalnya template thesis adalah merupakan template berbayar di Wordpress. Ia sangat hebat sehingga banyak blogger terkemuka menggunakan template Thesis atau Thesis Theme ini. Dek kerana itu juga, ramai blogger dalam platform blogspot telah ubahsuai dan rekabentuk satu template hampir sama atau seakan template thesis wordpress untuk kegunaan blogger blogspot.

Sudah ada puluhan versi template thesis untuk pengguna blogspot. Malah, saya sendiri pernah menggunakannya. Saya pernah menggunakan template thesis blogspot dari ubahsuai blogger Indonesia, blogger India, blogger UK malah dari rakan blogger Malaysia. Jika anda seorang pembaca setia blog ini, tentu dah sedia maklum beberapa post berkaitan template thesis pelbagai variasi yang saya maksudkan ini.

Ada template Thesis yang masih lagi boleh digunapakai tetapi banyak yang sudah dikira outdated atau sudah kekurangan sokongan dari segi teknikal. Al maklumlah, pihak blogspot sejak beberapa tahun ini telah membuat beberapa perubahan besar terutama dari segi editor template, widget dan sebagainya.

Alhamdulillah, blogger +Bukhari Malek telah mengeluarkan atau sediakan satu template Thesis terbaru yang dinamakan Thesis2 SEO yang memang nampak awesome. Ia merupakan edisi update yang didasari dari template Thesis yang dikeluarkan oleh blogger Juragan dari Indonesia. Saya sendiri dah gunakan untuk salah satu blog niche yang baru diwujudkan.... jeng jeng jeng ....

Muat Turun Template Blogspot Thesis2SEO




Antara kelebihan template ini selain punyai ciri-ciri mesra SEO ialah ia sangat ringan (mudah loading), ada submenu yang menadik dan boleh ditambah buang, ada slot iklan tersedia dan benda-benda lainlah yang tak reti saya nak cerita.

Boleh lihat demo yang disediakan, malah ada support team yang akan bantu mana-mana blogger yang mungkin ada masalah dengan template ini. Klik butang-butang di atas tu untuk apa yang anda mahukan.

Peringatan. Jika nak gunakan template ini, pastikan anda dah backup template lama anda. Untuk gunakan, boleh rujuk cara-cara nak tukar template luar di sini - Tutorial Cara Tukar Template Blogspot

Selamat mencuba.




15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang cadang nak ubah template ke template mcmni tapi PC tgh problem.... bila sifu free sifu? boleh tolong buat...? bayaran no problemo... ^__^

    BalasPadam
  2. Baru cuba dekat blog tadi. setakat ni laju loading atau mungkin sebab entry tak banyak so loading pun cepat? ada kaitan ke? boleh tengok dekat http://fadzirazak.blogspot.com

    BalasPadam
  3. saya ada guna dan ternyata ia cukup pantas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaikkk .. :) chaiyok.. selalu2 gi tgk support forum dan juga kat demo .. sbb ada beberapa tips boleh guna pakai kat situ

      Padam
  4. Saya dah tengok .. :) memang berbaloi punya .. in Sha Allah .. teruskan update blog ...cuma cuba letakkan search this blog tu kat bahagian atas ... baru nampak kegunaan dia

    BalasPadam
  5. Baru tahu tentang template thesis ni, terima kasih kerana berkongsi info.

    BalasPadam
  6. saya guna twenty twelve agak laju jugak

    BalasPadam
  7. boleh cuba nanti.. baru je mintak pendapat jia..hehehe..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    Dah lama tak tukar templet blog...sesuai sangatlah ni

    BalasPadam
  9. Nak cuba, nak lihat macam mana.

    BalasPadam
  10. sy nk download template seo yg ;lg satu tapi tkdpt n muncul download exe,cmne tu?

    BalasPadam
  11. sy nk download template seo yg ;lg satu tapi tkdpt n muncul download exe,cmne tu?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement