Petua old taimer (otai) untuk menjadi blogger terkenal adalah bersandarkan pengalaman berblog saya selama ini, iaitu sebelum adanya Facebook sebagai medium sosial. Apakah petua tersebut?
Petua Otai Menjadi Blogger Terkenal Malaysia
Fatin Liyana - Antara bloger terkenal Malaysia. Kredit: Fatin Liyana Asri |
Pertamanya, untuk menjadi seorang blogger terkenal, anda perlulah menjadi seorang yang dikenali terlebih dahulu dalam dunia blog Malaysia. Untuk itu, teknik yang paling berkesan ialah menjadi seorang blogger yang aktif memberikan komen di blog-blog lain.
Beri komen dengan menggunakan nama blogger anda. Jangan main selindung-selindung di sebalik anonymous. Kalau boleh biar nama blogger anda ada kaitan dengan nama blog anda. Komen pula bukan komen merapu, tetapi lebih kepada komen-komen yang membuatkan orang mahu kenal siapa anda. Bina kredibiliti menerusi komen yang anda tinggalkan.
Boleh baca juga ini - Bagaimana Mahu Menjadi Bogger Dikenali Ramai?
Keduanya, untuk tinggalkan komen ... anda perlu rajin blogwalking atau pergi ke blog-blog orang lain. Blogwalking secara rambang, tak kira samada anda kenal atau tidak empunya blog. Jangan segan dan malu, walaupun blog yang anda nak komen itu lebih hebat, lebih cun, lebih lawa, lebih kemas, lebih menarik daripada blog anda sendiri.
Saya syorkan anda blogwalking sekerap yang boleh. Jika boleh, peruntukan masa dalam sejam atau dua hanya untuk blogwalking dan komen.
Ketiganya, aktif dalam sebarang segmen, kontest atau giveaway. Jadi yang terawal, sebab yang terawal ini akan dapat perhatian lebih sedikit daripada jadi peserta yang dok hujung-hujung. Jika tak sertai pun, anda tinggalkan komen dan ucap selamat kepada peserta yang lain. Jangan lokek untuk berikan kata-kata peransang dan semangat.
Keempat ialah memberikan review percuma kepada mana-mana blog, termasuklah blog yang memang dah lebih femes daripada blog anda. Yang ini semua orang suka ... kata orang tangan memberi lebih baik daripada menerima. Jika anda suka promosikan blog orang lain, in Sha Allah, blogger yang anda promosikan itu akan ingat anda. Malah, akan membuatkan orang lain yang berkunjung ke blog anda cuba cari kesempatan untuk mempromosikan blog mereka.
Jadilah seorang yang pemurah, kerana benda-benda sebegini sangat mudah untuk orang ingati.
Kelimanya adalah menjadi blogger berkarektor. Haaa .. anda bukan klon sapa-sapa. Jadi diri sendiri, komen pun komen berdasarkan pendapat peribadi. Anda blogwalking dengan membawa karektor anda. Cuba cari gaya bahasa yang akan orang ingat bila komen. Apabila buat review percuma, selitkan tagline tagline gaya bahasa anda sendiri.
Bawa karektor anda dalam cara anda perkenalkan diri. Contohnya macam Fatin Liyana, blogger terkenal ini dulunya sangat suka komen bab-bab yang ada kaitan dengan tempat dia belajar iaitu di Indonesia. Kalau baca komen-komen Fatin Liyana di blog rakan-rakannya, anda akan nampak bahawa dia akan komen dengan karektor dia sendiri - selalu refer pada tempat dia pergi, makanan yang dia makan, kesukaan diri dia dan macam-macam.
Keenam ialah DP (Display Picture). Mungkin ada yang tak ambil kisah sangat, tapi ini merupakan antara ciri penting untuk anda senang dikenali. Gunakan DP yang seragam dalam mana-mana platform, dan kalau boleh biarlah DP ini ada kaitan dengan logo, header blog anda. Bila orang pandang atau ternampak DP anda, dah boleh tahu ... "Ohhh inilah mamat blogger kacak tu bernama Hasrul Hassan ..."
Ketujuh ialah menjadi seorang yang tahu apa yang ditulis. Tahu bukan setakat tulis kosong, tetapi sebenar-benarnya mengetahui. Jadi pakar apa yang anda kongsikan di blog anda.
Lihat Fatin Liyana, semasa awal berblog, dia berblog dari kampusnya. Apa yang dia ceritakan dalam blog? Tentulah berkaitan tempat menarik di kampus, tempat menarik di Indonesia, makanan yang dia jamah setiap hari di Indonesia, tempat shopping dan sebagainya. Dia tahu apa yang dia ceritakan kerana ia pengalaman sebenar si Fatin Liyana.
![]() |
Blogger terkenal Fatin Liyana dalam majalah Dara.com - Kredit Foto: FB Fatin Liyana |
Begitu juga dengan blogger seperti AriffShah. Sama juga dengan Redmummy. Tak terkecuali blogger Hanis Zalikha ... mereka dikenali sebab kepakaran mereka mengenai sesuatu. Menjadi pakar tak susah ... anda hanya perlu menjadi extra lebih tahu daripada orang lain, itu sahaja. Pakar apa? Pakar cerita andalah ..... yang ditulis di blog. Tak perlu nak menjadi seperti Pakar SEO Malaysia. :)
Itulah sedikit sebanyak petuan old taimer (otai) untuk menjadi blogger terkenal. Ada banyak tips lain yang boleh anda cedok dari entri-entri lain berkaitan mahu menjadi blogger dikenali dan terkenal ini, pandai-pandailah ye.
Selamat berblogging.
interested.....
BalasPadamKadang tu kalau ikut GA kemudian menang tak dapat-dapat lagi duitnya hahaha
BalasPadamBiasa la tu ... kalau menang kena tanyalah penganjur ... jangan diam lak sbb mesti minta hak ...
Padamhehee, mungkin dia terlupa kot...
Padamkomen yang terawal tu saya setuju .... :)
BalasPadamayat "Ohhh inilah mamat blogger kacak tu bernama Hasrul Hassan ..." ni pulak separa setuju...! (bodek)
Padamjoin segmen/giveaway tu saya setuju. disitulah kita dpt berblogwalking & kenal blogger2 yang lain..
BalasPadamTq for the info... suka sangat statement ni - "Ohhh inilah mamat blogger kacak tu bernama Hasrul Hassan ..." hik...hik!
BalasPadamHahaha.. adeh .. ingatkan statement apa .. rupanya si lelaki kacak ..
PadamApasal lu tak petik nama gua. Dem!!
BalasPadamBalik-balik Fatin Liyana.. haissshhhh.
Fatin Liyana single .. lu .. dah kawin ...
Padamthanks, good info...saya sgt setuju dgn point yg pertama & kedua tu. guna nama sendiri dan kena rajin bw...baru org kenal :)
BalasPadamYa. Blogwalking ... bukan semua ada masa nak buat ni .. siapa yang rajin, akan cepatlah dikenali ramai
Padamsetuju dengan semua pendapat HH.... blogwalking memang best... dapat kenal dengan ramai orang dan berkongsi pengalaman...
BalasPadamthanks for sharing !.. sangat sangat berguna.. boleh la apply kot lepas nie.. hihi
BalasPadamWah mamat kacak ye...anyway selamat menulis dan berblogging...
BalasPadamHehehe .. selamat selamat .. alhamdulillah
PadamPetua yang bagus. Kena selalu amalkan. Hehe
BalasPadamrajin blogwalking tu mmg berkesan ...
BalasPadamAnnyeonghaseyo!
BalasPadamOh! lama juga nak berblogwalking tu ya 1 ke 2 jam. Biasanya i blogwalking 20 minit ke 1/2 jam jer... Anyway tq for the tips. Setelah i ikuti beberapa tips yang saudara HH bagi tu, memang ada peninggkatan ke blog Mrs. A. Rasa teruja dan nak buat secara berterusan. Fightings!
Ye ke? Alhamdulillah ... saya suka dengan komen sebegini .. nampak apa yang saya buat dan lakukan menerusi blog ini berbaloi-baloi.
Padamthanks for sharing. hihi
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian. Menarik. =D
BalasPadamZH Blogger
Sama-sama Ahmad Zaki ..
Padammenarik & bermanfaat :)
BalasPadamok. petua yang menarik. :)
BalasPadamsetuju ! semuanya bagus2 bro HH :) blogwalking tu mmg penting :)
BalasPadamTerima kasih..tip yang penting untuk blogger
BalasPadamThanks for sharing bro HH. Tips yg bagus. Tapi tu lah...kekadang tak der komunikasi 2 hala. Kita rajin datang dan komen blog orang. Tapi org tak datang and drop komen. Acaner tu.
BalasPadamKena tngk blog yang macamana ... kalau WP nyer blog senang sbb ada commentluv yang boleh terus klik pada entri atau link yang komen. Kalau dalam blogspot ni susah sikit melainkan guna universal nyer id .... atau openid .. yang tu ok ..
PadamAku teringin gak nak join contest ke giveaway tapi kena buat blog personal macam hangpa dulu la hehe
BalasPadamBila la aku nak jadi otai ni... Kena cari kelebihan pada diri nampak gayanya
BalasPadamNak tukar DP ena lah. Sebab sekarang eltak gambar beruk je. Hahahaha
BalasPadamHuhuhu Beruk = Ainaa .. ish ish ish .. kenapa la buat lagu tu ...
PadamTerima kasih Abg HH,
BalasPadamPetua yang amat berguna..
Assalammualaikum...bro HH,
BalasPadamtips2 yang yang diberikan nie sangat berguna kepada blogger2... nice.
mselim3
macam tuan hasrul hassan tueee...pakar jugak.....
BalasPadamPakar la sangat .. saya ni poyo je lebih ... kui kui kui ..
PadamBila baca artikel ni. rasa macam jauh jer dengan mereka..haha..tak apa..masih banyak lagi yang harus dipelajari...terima kasih bro kongsikan..hehe
BalasPadamanda di tag
BalasPadamhttp://hunyieda.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-2.html
semoga ada respon
Nice entry bro.. mmg betul semua point-point yg diberi.. :D
BalasPadamThanx a lots sbb sudi sharing. Banyak rupenye yang saya xtau n i need to learn more n more.
BalasPadamOopppsss..
Padamhttp://drshikinzainal.blogspot.com
Jemput singgah. Tapi, byk yg lacking.
target aku bukan nak jadi femes pun..tapi jadi la dapat bergaul dalam network blogging yang ada ni..takyah nak masuk tv,majalah bagai, asalkan income bulan-bulan dan aku suka apa yang aku buat..tu dah cukup..ehehe..
BalasPadamwah, bagusnya info ni! tq tq
BalasPadamada jgk apply sedikit sebyk spt yg ditulis, kena usaha lg la..
BalasPadammenarik... bole ikot tip ni
BalasPadamthanks HH, tips yang sangat berguna bagi kami para blogger yang baru nak naik. Huda akan follow sikit - sikit tips ni.
BalasPadamTidak berapa kisah sangat walaupun dalam hati teringin nak fofular... :D
BalasPadambile baca je entry abg HH nie.. rasa macam nk berjinak2 dgn giveaway la pulak.. saje2 cube nasib sambil promote blog sendiri .. kann .. TQ HH
BalasPadamDari membaca blog Fatin Liyana & Hanis Zalikha lah yang mendorong saya untuk menulis blog...there such an idols...
BalasPadamhttp://vandergood.blogspot.com/
Erkk .. kenapalah saya tidak dijadikan idol ehh? Hoho... lala..
PadamNice info dear
BalasPadamThank good info untuk saya yang baru nak bertatih
BalasPadamhttp://www.lovehutladyvitamin.com
sangat bermanfaat untuk orang2 baru :)
BalasPadamjemput singgah jalan2 cuci mata www.bondasihat.com
mari kita mulakan blogwalking... ;D
Semua hebat2 belaka...Plus cantik...
BalasPadamNi tempat menarik untuk melancong
http://nazribcm2012.sharethisstory.net/my-852398-5736
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.