Pencapaian terbaik setakat ini, rank Alexa berjaya dicatat berada di kedudukan 178. Satu rekod baru memecahkan rekod sebelum ini, iaitu berada di ranking 180 Malaysia. Alhamdulillah, satu sasaran yang dulunya hanya impian, kini menjadi kenyataan. Satu yang tidak diduga.

Sebelum ini, blog hasrulhassan.com telah berjaya mendapat ranking 180 pada 18 Mac 2014.

Walaupun kedudukan blog ini adalah terbaik setakat ini dalam carta ranking Alexa (Malaysia), masih banyak lagi perkara atau sasaran yang belum lagi dicapai. Masih perlu kerja keras. Masih lagi banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

Tak tahu bagaimana blog boleh berada dalam ranking Alexa? Boleh cuba baca ini - Cara Bolehkan Blog Dapat Ranking Alexa dan anda boleh baca mengenai kelebihan Alexa di sini - Kelebihan Alexa Rank untuk Blogger
Catat Pencapaian Rank Alexa 178 Malaysia

Dalam kejayaan yang tercapai, blog ini masih lagi perlu diperbaiki dalam mengatasai masalah bounce rate blog yang agak tinggi. Saya ada menyatakan kepentingan bounce rate pada blog sebelum ini. Anda boleh baca mengenainya di sini -  Apa Itu Bounce Rate?

Bukan mudah untuk perbetulkan apa yang kurang. Sukar. Tapi tidak mustahil. Ia boleh dilakukan. Malah, saya berjaya lakukan untuk blog-blog saya yang lain.

Dan kerana itu, saya juga seperti anda, sentiasa mencari ilmu mengenai blog dan aplikasikan.

Ramai anggap saya sebagai seorang sifu dan 'pakar' blogspot namun manusia tetap manusia, kesempurnaan hanya ada pada Allah S.W.T. Masih banyak perkara yang perlu belajar untuk tampilkan yang terbaik.

In Sha Allah, ilmu yang ada akan saya sampaikan kepada semua.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sesuatu kepada saya dan blog ini. Dan terima kasih kerana sudi cedok ilmu yang disampaikan. Terima kasih kerana bantu sebarkan, dan amalkan mana-mana yang baik dari blog ini. Semoga Allah berkati dan kejayaan yang baik diberikan kepada rakan-rakan blogger semua.


17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah tuan HH, terbaik sgt ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah .. moga ada kebaikan buat semua.

      Delete
  2. Blog yang bukan blog gossip selebriti atau himpunan cerita-cerita lawak boleh berada di ranking ini memang menakjubkan (bagi saya lah)... sebab tu saya anggap tuan sangat berjaya, Alhamdulillah... Dan blog tuan akan tetap menjadi blog rujukan saya :D
    Tahniah... tahniah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Awal2 dulu masa berbelog, banyak juga entri sensasi saya .... itu sebab tatkala itu dapat ribuan trafik sehari ... malah ratus ribu

      Delete
  3. Saya punya makin teruk dah sekarang, kena usaha lebih macam dulu

    ReplyDelete
  4. Terbaik HH..Surely you can do more...Bukan senang tapi tak mustahil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, mencuba dan berusaha .. yang tentukan kejayaan adalah Allah S.W.T

      Delete
  5. tuan mmg hebat! tahniah! bwh 150 pulak lepas ni

    ReplyDelete
  6. alhamdullilah
    tahniah...saya baru lagi harap2 apa yg dkejar tue dpatlah

    strange event

    HOLODOMOR : Man Made Femine

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum hh...tahniah2 yer..;)

    ReplyDelete
  8. Tahniah diucapkan... anda betul2 seorang yang hebat! keep it up!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Ketahui Cara Menjadi Jutawan PRODUK JENAMA SENDIRI. Diskaun 40% - Terhad!KLIK SINI

Muat Turun 176 Template Copywriting Story-Telling DI SINI. Hanya Copy-Paste Shj.

Advertisement