Ranking Alexa Malaysia 180

Ini mungkin satu impak positif setelah saya kembali dari hadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014 SBBYEOS2014) anjuran Denaihati Network. Bagai tidak disangka, ranking trafik blog ini dalam Malaysia menerusi Alexa Ranking telah berada di tahap terbaik iaitu di kedudukan 180. Sekaligus memadamkan rekod lama iaitu 182 yang pernah dicatat pada tahun 2013.

Alhamdulillah syukur.
Alexa Ranking Site

Ini merupakan satu kejayaan kecil buat blog ini. Terima kasih buat semua pengunjung dan pembaca setia blog ini. Terima kasih juga buat rakan-rakan blogger yang telah banyak memberikan sokongan dan dokongan untuk blog ini terus menapak dan melangkah lebih baik dari semalam.

Sejujurnya, apa yang telah anda semua berikan - rakan-rakan, pembaca dan pengunjung tidak dapat dibalas dengan rentetan kata. Apa yang terdaya dilakukan oleh saya, hanyalah mendoakan segala kebaikan dan keberkatan ke atas semua. Semoga Allah S.W.T membalasnya, in Sha Allah.

HASRULHASSAN.COM Ranking Alexa Malaysia 180

Ranking Alexa Malaysia berada di kedudukan 180 bukan usaha sebulan atau setahun. Ia juga bukan usaha dan daya saya seorang. Ada banyak tangan yang telah membantu. Sekali lagi terima kasih.

Yang pasti, untuk berjaya di tahap seperti ini, jangan sesekali abaikan ilmu yang telah anda dapat. Jika sudah belajar, elakkan segan malu untuk mencubanya. Jangan risau atau takut akan kegagalan, kerana tanpa kegagalan kita tidak akan belajar apapun. Pembelajaran dari kegagalan akan buat kita ingat sampai bila-bila.

Saat Sukar Seorang Blogger

Dalam dunia blog Malaysia, ada saat di mana kita berasa sangat lemah dan tidak berdaya. Idea hilang tanpa diduga. Keresahan terjadi tanpa diundang. Itu lumrah dalam kehidupan. Anggap sahaja perjalanan diri sebagai blogger adalah perjalanan biasa seorang manusia. Kita semua akan diduga dalam setiap aspek. Tuhan sayang akan kita, maka diberikan ujian dalam perkara yang kita suka dan minat. Tuhan sayang akan kita, maka diberikan ujian dalam perkara yang kita sayang dan cinta.

Saya pernah berputus asa dan berasakan kegagalan diri sebagai seorang penulis blog sepenuh masa. Saya cemburukan kejayaan blogger lain yang menikmati saat mereka. Ini satu pengakuan. Saya juga ada naluri dan keinginan untuk berjaya sebagai seorang blogger Malaysia.

Menulis adalah kesukaan saya.

Saya menulis banyak perkara, saya pernah menulis cerpen, puisi, pantun, seloka, sajak dan juga perkara yang lebih berat seperti laporan, tesis, kertas kerja malah sebuah cetakan berjilid. Menulis dan melukis menjadi antara minat awal saya sejak dari bangku sekolah.
Saya sukakan visual. Saya sukakan kecantikan. Saya gunakan segala pengetahuan saya dalam penulisan, seni visual, seni reka, elemen kecantikan dalam menghasilkan satu bentuk sumber pengetahuan buat orang lain.

Ia Bukan Milik Mutlak

Walaupun begitu, saya sedar bahawa apa yang saya punyai, apa yang saya kecapi, apa yang saya suka buat dan mahir adalah merupakan anugerah dari Allah S.W.T. Esok lusa mungkin ia tidak lagi ada pada saya. Ia mungkin dikurniakan kepada anda.

Setinggi mana kejayaan itu, ia bukan milik mutlak tetapi merupakan satu pemberian sementara untuk melihat sejauh mana diri sebagai hamba mensyukuri setiap nikmat diberikan. Jika alpa, maka gagallah saya untuk meraih gelaran menjadi seorang manusia. Ini adalah kerana, untuk menjadi manusia, pasti dan perlu menjadi manusia yang paling baik di sisi Tuhan - iaitu memberikan manfaat pada orang lain.

Bersyukur senantiasa. Alhamdulillah.

Terima kasih kerana membaca blogpost yang panjang tetapi tidak lebar ini. Anggaplah sahaja ia sebagai satu penulisan untuk memberikan anda semangat untuk terus memberikan terbaik menerusi blog anda.

Kejayaan menanti, hanya andai kita tahu bagaimana untuk memperolehinya. In Sha Allah.


{ 37 comments.. read them below or add one }

taoslayerz taoslayerz March 18, 2014
tahniah bro... huhu :)
Wafa Cw Wafa Cw March 18, 2014
Alhamdulillah dan Tahniah!...
Saya suka kata-kata ini : "untuk menjadi manusia, pasti dan perlu menjadi manusia yang paling baik di sisi Tuhan - iaitu memberikan manfaat pada orang lain."
Terima kasih perkongsian yang penuh inspirasi.
Semoga usaha tuan diberkati Allah swt... :D
Sukma Haron Sukma Haron March 18, 2014
Tahniah HH...usaha tanpa mengenal erti jemu dan menghargai sokongan orang lain...
RDZ Z RDZ Z March 18, 2014
Tahniah HH..You deserved that. Entry pemangkin untuk ramai bloggers di luar sana..Moga terus succes...
mama amir mama amir March 18, 2014
Alhamdulillah...tahniah...semoga terus menghasilkan entry2 yang bermanfaat lagi ye...^_^
Bin Muhammad Bin Muhammad March 18, 2014
Anda berhak berbangga dan selayaknya blog ini berada diposisi ini. Tahniah! Semoga ianya menjadi pemangkin utk lebih berjaya lagi...
End of this year, I wish to see Blog HH below 150! Good luck bro... :)
Abu Zaini Abu Zaini March 18, 2014
Subhanallah... sy impikan juga dapat page rank terbaik, tapi belum terwujud. Sekiranya sudi cik berbagi tips atas keberhasilannya... Insya Allah menjadi amal sholehnya...
aynora nur aynora nur March 18, 2014
Great writing from the great people...congrats!
shahfir yusof shahfir yusof March 18, 2014
tahniah HH..segala usaha tidak sia-sia..memang berbaloi..dan rasa nikmatnya
MIL HASHIM MIL HASHIM March 18, 2014
salam. tahniah abg hasrul
Mie Aimie Mie Aimie March 18, 2014
congrats tuan HH :)

& terima kasih untuk semua tips blogging :)
Eyriqazz Eyriqazz March 18, 2014
Tahniah bro..boleh belanja saya kuey teow ipoh camni..
Mia Liana Mia Liana March 18, 2014
uikkkk ada nama mia di situ... heheheheh... betul tu kata eyriqazz... bila nak belanja mia ni... nak jugak...
Shark Kay Shark Kay March 18, 2014
terbaek..
mmg layak bro HH berada disitu..
mungkin next monk akan berada lebih baik dari ini.
gud luck bro.
Bro Framestone Bro Framestone March 18, 2014
Terbaik.. Bro punya makin ke laut dah...

Tak mampu nak pertahankan ranking alexa, hanya mampu mempertahankan rumah tangga je nie he..23x

www.broframestone.com
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah March 18, 2014
Tahniah Bro HH. Semakin baik tu jadi 180.
Mohd Isa Mohd Isa March 18, 2014
Mantap gila, respect!
Hariz Hariz March 19, 2014
Kalau dikara blogger malaysia punya top berapa ni bro?

Ikhlas,
profhariz.com
Digital Valley Digital Valley March 19, 2014
dasat pakcik ni..ahaha..kejap bukak..kejap tutup ruang URL nih..ehehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 19, 2014
Tak tahan spam masuk berpuluh2 dalam sejam ... walaupun tak keluar, jenuh gak la nak padam ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 19, 2014
Ini Malaysia la ni ... :P top berapa tak tahu ... malas nak kira2 ..hahaha ..
dzu amri dzu amri March 19, 2014
Tahniah bro.. Jeles pun ada.. Hihi.. Nak jadi camni satu hari nnti.. Doakan saya ye.. =)

Visit My Blog
Eshamz Halim Eshamz Halim March 19, 2014
Tahniah bro.... aku nyer still berjuta-juta lagi...ekekekekeke... tp blog personal mmg susah nak naik ranking kot... www.shamphotography.com hanya cite pasal personal life aku jer... :D ... ari tu berselisih jer dgn bro hasrul ni masa SBB...malu lak nak tegur...ekekekeke....
Khir Khalid Khir Khalid March 20, 2014
Tahniah HH... sememangnya HH layak mendapatnya. Semoga terus berjaya... aamiin.. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 20, 2014
Terima kasih banyak-banyak, sokongan dari rakan blogger juga yang menaikkan blog ini.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 20, 2014
In Sha Allah, cuba lakukan yang terbaik.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 20, 2014
In Sha Allah Mama Amir, terima kasih kerana sudi singgah dan berikan kata semangat.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 20, 2014
Terima kasih. Masih jauh lagi perjalanan blog ini untuk digahkan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 20, 2014
Terima kasih, susah sebenarnya nak capai ke tahap itu .. serius banyak pengorbanan telah dilakukan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 20, 2014
Semua orang boleh, saya dulu juta2 gak .. tapi saya cuba lakukan sedaya upaya untuk naik dari satu ke satu. Pengorbanan harus dibuat untuk capai ke tahap ini. Bukan kecil ... sampai 2-3 hari tidur tak cukup dibuatnya. Sampai si pasangan pun dah tarik muka. Bukan mudah. Kena banyak tabah.
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy March 20, 2014
Tahniah HH,Bukan senang blogger nak mencapai ke tahap seperti HH...
Syuhada Baharudin Syuhada Baharudin March 28, 2014
tahniah! Semoga terus sukses..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.