Saya pernah rasa fed up dengan blog. Bila fed up dengan blog, saya akan berhenti. Selalunya, jika saya fed up dengan blog A, saya akan pergi menulis blog post di blog B pula. Bila saya fed up dengan blog blogspot, saya alih perhatian dengan kemaskini blog-blog wordpress pula. Bagaimana dengan anda?

Bukan selalu sahaja mood datang singgah ketika mengadap komputer dan blog. Bila idea tak ada, mula tak tahu nak tulis apa. Bila tak tahu nak tulis apa, blog terbiar tanpa update terbaru.

Bila dah selalu sangat tiada entri baru, mulalah rasa gundah gulana ..... yang akhirnya memungkin diri jadi fed up dan putus asa dengan blog. Mahukan trafik tinggi, tapi sampai sekarang tak dapat-dapat. Mahu blog jana income, tapi sampai sekarang ... masih lagi di takuk lama.

Bila Dah Fed Up Dengan Blog

Bila Dah Fed Up Dengan Blog

Sabar.

Sabar.

Sabarlah.

Bila fed up dengan blog sendiri yang sedang anda tatapi sekarang, maka carilah perkara lain yang menggembirakan anda. Kehidupan blogger bukan hanya di blog sahaja. Blogger mesti aktif dan peka dengan sekeliling, untuk itu ada banyak macam cara untuk dibuat.

Apabila saya memikirkan saya tiada idea untuk tulis, saya akan habiskan masa dengan anak-anak. Bawa mereka keluar bermain atau bawa berjalan bersiar. Adakala saya bawa mereka berkelah atau memancing. Percayalah, sedikit luangan masa dan bebas dari blog akan kembalikan mood segar untuk blog. Dan percayalah, ia juga akan berikan anda ilham banyak untuk menulis pelbagai perkara.

Bila fed up dengan blog, saya minta anda lupakan blog sebentar. Usah risau tentang trafik. Usah risau mengenai income blog. Usah risau tiada yang membaca. Cari dulu keghairahan diri untuk menulis kembali.

Ya, tinggalkan blog dan cari ghairah diri untuk menulis.


29 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kawe kalau fed up, pegi layan game kejap. Nanti ok balik ehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu, masa ada PS2 oklah, skang dah rosak ... dah malas nak layan dah. Game dalam iPad pun kadang2 je main ...huhuhu... tapi memang bagus gak idea tu ...

      Delete
  2. betul tu... kena tinggalkan blog kejap kalau fed up... layan anak-anak... bawak wife keluar minum berdua-duaan ker... huhuhu... buat Apple Pie sama-sama atau masak makanan kegemaran sama-sama ker... kan? Lepas tu dia jadi entry lah... :D

    ReplyDelete
  3. setakat ni belum fed up lagi tapi tengah terfikir nak mewujudkan wordpress blog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm bagus ada WP blog. Saya pun sekrang tgh dok bangunkan WP blog untuk cenel makanan .. :)

      Delete
  4. baru nak ada wordpress, tapi setakat nie tak pernah fed up. suka menulis nie. sebab dapat berkongsi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, bila suka mudah .. time bila jadi muak tu yang susah sikit .. hehehe

      Delete
  5. dah biasa sangat down pasal nak update entri,,,tapi cara saya ; tak akan maklumkan pembaca yang blog saya sedang mengalami masalah tuu..biarkan seketika dan kembali semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe .. ya betul, memang tak perlu nak maklumkan ... saya pernah tulis benda ni, macam tak perlu nak publish yang blog kita tak akan update utk jangka masa ...

      Delete
  6. bila saya fed up dgn blog, saya main coding2 html je.. heheh

    ReplyDelete
  7. saya bila fed up saya gi jalan-jalan blog org lain dulu...nanti dpt idea baru tulis di blog sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebaiknya, memang langkah dan teknik berkesan nak cari idea, saya sering je buat

      Delete
  8. banyaknye blog..
    teringin nak memiliki wordpress
    kalau ketandusan idea sy selalu layan tv, layan tv syok especially bab2 mengeluarkan air mata. beremosi bila tgk cerita. lepas habis cerita ngantuk, terus tdo, bgn tdo sure dpt energy. mood pun dtg, insha Allah sure idea dtg mencurah2..

    terima kasih atas...
    curahan ilmu tiada berpenghujung

    ReplyDelete
  9. kalau tengah fed up / tiada idea nak update blog...memang saya akan tinggalkan blog untuk tempoh masa tertentu...buat benda lain...bila buat benda lain ni kadang2 idea datang mencurah2 nak menaip entri...hee

    ReplyDelete
  10. Muz kalau fed up, slalu baca novel, kemudian tulis review bacaan... Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea yang bagus, lagi2 kalau ada niche blog sebegitu ...

      Delete
  11. blm fed up cuma kekurangan masa nak update ... adeh .

    ReplyDelete
  12. Tertarik dengan cara bro Titan memaksa diri untuk menulis blog kerana duit. :-)

    ReplyDelete
  13. Fed up belum lagi HH..cuma tak ada idea nak update tu memang ada......

    ReplyDelete
  14. Argghhh...fed up gak kadang-kadang..uv tak naik-naik haha

    ReplyDelete
  15. Menulis perlukan idea. Tak ada ada idea saya lakukan minat saya menjahit. Selepas itu pasti ada idea. Kalau dah betul-betul fed up juga biarkan blog beberapa hari tanpa update.

    ReplyDelete
  16. Macam kebanyakkan kami blogger biasa ni...hanya itulah satu2nya blog yang ada nak tak nak ...bosan tak bosan blog yang tu jugak akan di hadap jugak nanti...

    Betul tu, bila mood bosan menyinggah...take a break...keluar..santai2...mana tahu diluar sana tiba2 ilham masuk... InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kena take a break ... segarkan balik missing chapter dalam idea .. hehehe

      Delete
  17. Blogger ni macam penulis jugak. Ada masa terkena penyakit, writer's block. Sampai tak tau nak tulis apa lagi sebab terlampau tumpu sangat.

    ReplyDelete
  18. ada wordpress tapi xtau guna hehehe

    ReplyDelete
  19. itulah untungnya ada banyak blog..

    ReplyDelete
  20. Btul jg kn.. kadang2 keghairan ntuk mnulis entry pndai lesap..bila zara xda idea nk tulis kat entry, mmg abaikn sbentr blog sb kalo trus tgk blog tmbh lg idea xnak dtg.. beri ruang pda diri sdiri dlu ngan pkara2 lain.

    ReplyDelete
  21. Teringin nak explore wordpress jugak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement