Langkau ke kandungan utama

Ghairahkan Diri Menulis Entri

Ghairahkan (passion) diri menulis entri, bukan bermaksud ghairah sampai rengek manja atau main buka-buka itu ini. Oh tidak, bukan itu maksud dan tujuan yang ingin disampaikan. Ghairah pernah saya tampilkan dalam entri ini - 5 Cara Bangkitkan Keghairahan Pengunjung Blog. Namun untuk kali ini, saya mahu kongsikan mengenai satu panduan untuk membolehkan entri terhasil cantik, menarik, tertarik dan mantap.

Ghairahkan diri menulis entri iaitu anda perlu sedang dalam keadaan sangat mahu dan sangat hendak berkongsi sesuatu. Anda perlu ghairah mencari sumber maklumat dan intipati penting untuk blog anda, supaya entri terhasil bukan satu entri kosong. Tanpa keghairahan (passion) menulis ini, entri anda mungkin sekadar entri biasa-biasa sahaja.

Ghairahkan Diri Menulis Entri

Ghairahkan Diri Menulis Entri

Lihat sahaja contoh ini - Lotte Pepero Tiada Status Sah Halal

Saya sangat ghairah menulis entri tersebut sehingga membuat kajian dan semakan sendiri, malah mencari sumber dari rakan-rakan blogger yang bercerita kisah yang sama. Panjang entri yang saya tulis, malah ada yang tinggalkan komen bahawa entri yang telah saya tulis cukup baik dan lengkap untuk pemahaman.

Bukti Keghairahan Ialah Adanya Entri Susulan


Ghairah saya menulis entri tersebut sehingga saya menerbitkan dua entri susulan. Dan ketiga-tiga entri terkait ini telah memberikan impak trafik yang bukan sedikit. Gabungan ketiga-tiga entri tersebut berjaya memberikan trafik ke blog ini lebih daripada 15 K setakat ini. Dan menjadi viral di laman sosial Facebook.

Keghairahan saya yang mahu memberikan setepat mungkin informasi diberikan, walaupun ada yang tidak berapa senang dengan apa yang telah diterbitkan.
Ghairahkan Diri Menulis Entri
Keghairahan ini juga telah menyebabkan entri ini - Blog Farah Lee | Kunfayakun | Gadis Yang Memikat Hati Ally Iskandar? memberikan lebih daripada 50 ribu hits sepanjang masa.

Ghairah Menulis Bantu Hidupkan Entri

Keghairahan menulis juga boleh membantu anda untuk menulis sesuatu yang seakan 'hidup' dalam penceritaan anda. Anda mampu untuk menulis sesuatu yang memungkin pengunjung pertama kali melekap dan melekat untuk mengetahui cerita dan kisah perkongsian lain yang ada.

Bila kita benar-benar ghairah untuk hasilkan entri terbaik, kita tak akan fikir dua kali untuk pelaburan. Contohnya, kita sedar entri akan jadi lebih menarik andai ada gambar sendiri yang cun melecun, jadi kita laburkan sedikit wang untuk membeli kamera DSLR atau mendapatkan gajet lain yang boleh bantu untuk menulis blog.

Ghairah atau passion perlu supaya apa yang ditulis itu terus dari lubuk hati kita, ikhlas dan jujur.

Andai kita belum ada rasa sebegitu, berhenti dahulu menulis, dapatkan dulu rasa ghairah menulis ... dan barulah sambung. Jika tidak, apa yang anda tulis nanti akan buat orang menguap sahaja ...



Komen

  1. apa yang disampaikan ini memang sangat betul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana Farah bersependapat dengan saya .. :)

      Padam
  2. menarik :)
    PG selalu je rasa macam fedup. sebab tak tahu nak tulis apa kadang dalam blog T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi, bila dah rasa fedup .. apalagi ..moh la gi bercuti ..

      Padam
  3. CN sokong, bila passion ada, mmg akan dapat hasil yang terbaik ! semuanya perlu minat dan passion dalam berblog ni ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu cikgu Norazimah ... apa jua kerja pun begitu juga

      Padam
  4. Mmg betul tu HH... t kasih atas nasihat ini.. salam Rabu.. :)

    BalasPadam
  5. Nak zahirkan ghairah dengan bermacam-macam cara. Salah satunya:--
    1. Jumlah aktif komen pada artikel yang dikongsi.
    2. Jumlah trafik
    3. Duit dihasilkan dengan blogging
    4. Naturally suka menulis blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akubiomed, mekasih kerana berikan beberapa tips menarik yang lain.

      Padam
  6. ye, setuju..nak buat apa pun kena ada passion..

    BalasPadam
  7. Ooo.. oke2. . =) nak semat dalam hati.. menulis jg perlukn keghairahan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.