Persoalan yang sering saya tanya, terutama apabila anak saya terkinja-kinja pergi bercuti. Apabila masuk ke bilik hotel, mereka akan tanya mengenai saluran Astro yang ada. Dalam hati saya;"Berbaloikah aku nak langgan pakej Astro?". Saya lihat gelagat anak saya memeriksa setiap saluran Astro yang disediakan oleh pihak hotel penginapan. Dan jawapan mereka; "Ini je yang ada?".

Saya bukan pelanggan Astro. Saya tidak pernah melanggan perkhidmatan atau servis siaran TV berbayar ini. Bukan kerana tidak mampu, tetapi tiada keperluan untuk saya melanggan servis mereka. Ini satu kepastian. Mengapa tidaknya? Ok, mari singkap sedikit alasan-alasan saya untuk tidak langgan pakej siaran TV berbayar Astro.

Langgan Astro Berbaloikah?

Astro - Berbaloikah melanggan pakej TV satelit ini?

4 Sebab Tidak Melanggan Astro

Pertamanya ialah pakej yang mahu dilihat oleh kebanyakkan orang yang mahu menonton TV adalah mahal, contohnya pakej movie, pakej sukan. Dan saya yang suka tengok movie, begitu juga dengan anak-anak, jika bayar untuk movie yang boleh dilihat di siaran percuma, maka mengapa perlu bayar?

Kedua ialah kebanyakan rancangan adalah siaran yang sering berulangan. Maka, jika saya mahu melanggan, mengapa perlu melanggan pakej yang hanya menyiarkan siaran dan cerita sama? Apa bezanya dengan siaran TV percuma?
 
Ketiga ialah iklan. Bagi saya, jika anda telah membayar untuk menonton cerita, sepatutnya rancangan yang disiarkan perlulah bebas iklan. Adalah tidak seronok apabila sedang menonton, penumpuan terjejas kerana adanya iklan diselitkan. Jadi buat apa bayar?

Keempat ialah siaran hilang apabila hujan turun. Bagi saya, ia bukan satu masalah besar sebab tatkala hujan yang lebat, saya memang melarang TV dipasang. Ia agak bahaya kerana boleh menyebabkan kerosakan pada TV. Namun, jadi masalah yang ramai rungutkan ialah apabila hujan renyai-renyai atau rintik, ada saluran tidak dapat dipaparkan di Astro. Jadi kecewalah sebab bil dibayar setiap bulan, tetapi ada masalah seperti ini berlaku. 

Ok. Itu adalah 4 sebab utama mengapa saya tidak berminat mahu melanggan pakej Astro. Bagaimana dengan anda? Mungkin ada sebab mengapa anda terus melanggan di sebalik banyak rungutan mengenai harga dan kandungan Astro kan? Buat mereka yang seperti saya, tidak melanggan Astro, apa pula alasan anda selain dinyatakan di atas?

Namun, ada satu cabang Astro yang menarik perhatian saya iaitu NJoi, saya pernah menulis mengenainya di entri ini - Senarai Saluran TV Radio Dalam NJoi - TV Satelit Percuma Pertama Malaysia

Anda jadilah pengguna yang bijak. Fikir sebelum beli, fikir sebelum langgan. Elakkan diri dari kecewa dan menyalahkan orang lain kerana kesilapan anda sendiri.

Sedikit pencerahan untuk mencari sebab kenapa dan mengapa langgan Astro itu - samada berbaloi atau tidak berbaloi - Kenapa Tak Berbaloi Langgan Astro yang disediakan oleh rakan blogger +Tarmizi Mizi

p.s: Ini merupakan catatan berdasarkan pengalaman dan perkongsian kawan-kawan yang langgan Astro. Malah Pak Mertua saya sering complaint mengenai Astro walaupun hanya langgan pakej paling murah.



23 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kalau setakat nak tengok bola..banyak dah link streaming..so..macam tak perlu Astro ni

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum HH,
    Sejak beberapa bulan ni, saya dah downgrade kan package astro di rumah... lepas World Cup ni nanti mungkin terminate astro terus... haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ... Piala Dunia di Brazil akan menjadi antara perkara paling menarik tahun 2014

      Padam
  3. kalau selalu tgk tv berbaloi la

    BalasPadam
  4. kalau peminat tv mungkin pada mereka berbaloi, tapi kalau jarang tengok tv memang tak berbaloi, saya ni pun sebab mak tinggal kat rumah tu kesian dia boring..jadi langganlah untuk dia... dan sok2 untuk anak pulak, kalau ikutkan keperluan diri sendiri macam tak perlu jer nak buang duit cam tu... hu hu hu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa tak ambil je NJoi?

      Padam
    2. mcm mne nk langgan NJoi... ap yg bez? xpnh dgr tu

      Padam
    3. mcm mne nk langgan NJoi... ap yg bez? xpnh dgr tu

      Padam
    4. Nak langgan NJoi .. hanya pergi ke mana-mana kedai yang ada Astro, dan kata nak pasang NJoi

      Padam
  5. tak berbaloi langgan astro nie..kalau boleh pakai arial biasa tu,dah lama buang astro nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... uishhh ...jangan buang .. recycle ..hantar kedai besi buruk.

      Padam
  6. Err... pada saya lah... ya tak ya jugak... :)

    BalasPadam
  7. kebanyakkan orang yang langgan astro ni terpaksa je sebab tv kalau guna ariel biasa susah nak dapatkan siaran yang gambarnya terang dan jelas. Maka, terpaksa jugaklah langgan pun.

    BalasPadam
  8. astro ni dah jadi macam satu keperluan plak. nak langgan njoi, tv3 pun takde.. tak tau la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. TV3 ada ... :) lihat senarai yang saya selitkan dalam entri atas

      Padam
  9. saya dah jawab segala persoalan encik hasrulhassan harap encik puas hati jawapan saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cayalah .. terima kasih ... terima kasih.. satu pencerahan juga bagi saya.

      Padam
  10. Saya pun baru2 ni je langgan Astro. Itu pun sebab nak dapat siaran tv yang jelas. Anak2 dah lama merengek suruh masukkan Astro. Kalau seblm x de astro bila kawan2 bercerita pasal prog. Astro dorang terkulat2 je mendgr. Satu yang x bestnya bila lambat byr semua siaran tv x dpt tengok. Cam dorang lah yang 'konker' semua siaran tv pulak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm kenapa tak ambil NJoi? Anak2 saya pun suruh saya langgan, tapi biasalah sebagai ibu bapa kena bagi alasan yang boleh beri mereka faham. Dan alhamdulillah, anak2 saya faham.

      Padam
  11. Betul apa yang semua bro hasan ulas tu, saya minat sangat sports macam epl, la liga, motogp, wsbk, tapi sebab harga dan masalah2 yang di atas memang terus tak minat, so yang terbaik layan kat kedai je hehehe

    BalasPadam
  12. Dulu mmg saya tak langgan astro tapi sekitar kediaman saya semuanya menggunakan astro dan channel tv lain tak dapat, terpaksa ler langgan astro. Njoi pula mcm menarik tapi saya belum kaji lagi mengenai kelebihannya...sekarang dah 2x astro kena potong tak tahu bila nak bayar bil astro. Usai takder astro tonton line di internet jer, anak2 skrg pun dah jarang mengadap tv yg dorang pasang hanya cd, itu pun sesekali...selagi astro mendominasi siaran tv berbayar selagi itu ler tiada persaingan...

    BalasPadam
  13. Betul apa yang uncle HH cakap tu.... Kat rumah deno ada Astro, dulu sekali dengan movie, sukan, kartun, discovery, national geog... Sekarang dah kurangkan sebab selalu sangat yang ulangan, ambil pakej biasa yang paling murah, dah takde movie, sukan, national geog dll... kat TV1 pun ada, jadi tengok kat situ je... kalau sukan pun tengok TV1... heeeee^^

    BalasPadam
  14. kat rumah kami ambil yang basic sahaja.. tetap dah bosan... ulang dan terus berulang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement