Resepi Udang Galah Goreng Tepung. Bila isteri outstation atau berada di luar daerah, maka tanggungjawab jaga anak dari awal suboh sampai ke malam memang menjadi tanggungjawab sayalah. Jika selalu, awal pagi wife sediakan breakfast dan makan tengahari, kali ini anak-anak kena menelan dan merasa air tangan bapaknya pula....hehhehe...agak-agak pandai tak saya masak-masak ni?

Kalau ikut saya, simple is enough. Anak-anak saya pun bukan jenis cerewet. Apa yang ada itulah jadi suapan. Kalau tak ada berkenan, maka mereka cari alternatif sendiri. Selalunya bila wife saya ada kursus atau kerja luar daerah, saya akan pastikan dulu stok alternatif dalam rumah tersedia. Biasanya, saya akan beli buah, biskut, aiskrim dan makanan ringan yang berkhasiat (ada ke?).

Tapi, kalau ada mood kerajinan, saya akan masak. :)

Udang Galah Goreng Tepung Isteri Luar Daerah

Baru ni, saya masak Udang Galah Goreng Tepung....hehehehe....saja nak test. Saya beli udang galah kat pasar, harga RM32 sekilo. Saiz udang, kecik-kecik je. Tapi alhamdulillah, untung saya si penjual jual Udang Galah yang baru salin kulit. Maka, kulit lembut, ambil dalam 12 ekor....bayar RM12 je. Kira dapat RM1 seekorlah.

Dengan menggunakan resepi main belasah, saya buat Udang Goreng Tepung....
Udang Galah Goreng Tepung Isteri Luar Daerah
Hahaha.... Kasik campur telur, garam, tepung gandum dan sedikit tepung kastard....saya pun menggoreng. Walla.... Dan ini hasilnya.....
Udang Galah Goreng Tepung Isteri Luar Daerah
Saya ingat laris la....lepas ambik ketiga-tiga anak dari sekolah...hanya anak sulong saya je belasah Udang Galah Goreng Tepung ni. Memang makan macam Ketam Lembut.... Sekali ngap je dalam mulut saya.

Buat ibu bapa, jika anda ada masa kelapangan, masaklah untuk anak-anak. Ada azimat ooo anak makan air tangan kita nie. Masaklah apa-apa...dan cuba cari kegemaran mereka.

24 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kadang kena tunjuk bakat memamsak juga pd anak2 bila ketiadaan isteri di rumah..., dan semua sedia maklum bahawa orang lelaki biasanya punya ciri2 seorang chef walau tidak menyerlah di mata anak-anak sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu .. anak2 saya sampai pernah cakap .. saya masak lagi sedap dari mama derang .. hahhaha... jeles weihhh bini saya ..

      Padam
  2. hebat juga seorang lelaki menjaga anak..siap dengan resepi baru lagi tu

    p/s : Jom Sokong Muslim Niaga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Sebenarnya suami jaga anak .. lelaki jaga anak tak susah mana .. yg susah ialah uruskan rumahtangga.

      Padam
  3. bapa saya suka memasak..walaupun simple tapi sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) bagus kan ada bapa yang boleh memasak untuk anak-anak ..

      Padam
  4. Oklah tu HH..boleh buat selalu-selalu ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. UHhh koyak poket nak makan udang galah selalu .. :P lagi satu .. ia banyak kolesterol

      Padam
  5. sedapnyaa..cicah plak nga cili sos..yumyyy

    BalasPadam
  6. nyum2 sedapnye udang galah goreng ni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Udang Galah kot .. memanglah sedap bangg .. :)

      Padam
  7. Nampak sedaplah, nanti nak cubalah

    BalasPadam
  8. anak saya dan dengan saya -saya sekali memang suka air tangan "hero" kat umah kita orang..we call him master chef Dad:)..Kira luluslah ni HH..:)

    BalasPadam
  9. Nampak permainan keyword disitu....

    www.broframestone.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe..... :) mesti ada yang kecewa nak cari resepi ye tak?

      Padam
  10. Belakang rumah mertua ada sungai..selalu mancing udang galah..memang terbaik rasa isinya..

    BalasPadam
  11. Menarik resepi udang galah nie...simple tapi sedap...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement