Penantian berakhir. Akhirnya persoalan yang selama ini bermain di fikiran terjawab. Saya telah dihadiahkan sebuah telefon pintar jenama Samsung Galaxy S Advanced oleh pihak Astro Sahabat. Walaupun agak di luar jangkaan mengenai hadiah, saya tetap terima dengan hati terbuka dan rasa syukur. Alhamdulillah.

Hadiah yang saya terima adalah atas sebab kemenangan saya dalam rekacipta salah satu produk dengan jenama Astro Sahabat. Ia merupakan hadiah gantian memandangkan hadiah sebenar tidak dapat diberikan atas sebab-sebab tertentu.

Hadiah Samsung Galaxy S Advanced Astro Sahabat

Agak jenuh juga nak mencari lokasi Astro yang terletak di Bukit Jalil. Nasib baik saya sempat install satu aplikasi android iaitu Waze. Nyata perjalana saya dari Putrajaya ke Astro sangat mudah dan senang....lagi lagi membuktikan satu teori saya iaitu pemandu pelancong atau penunjuk arah adalah sebaiknya lelaki....hehehe...aplikasi Waze menggunakan suara lelaki, tak seperti aplikasi lain yang lebih kurang yang menggunakan suara wanita....hehehe

Tak sesat. Dan aplikasi ini memang saya galakkan anda muat turun dan guna.

In Sya Allah, saya akan muat turun juga dalam Samsung Galaxy S Advanced ini nanti. 

Oh ya, bercakap pasal telefon pintar ini. Pada mulanya saya nak let go je pada peserta hadir #sbb2014 #sbbyeos2014. Tetapi sambutan yang saya terima kurang baik. Hanya ada dua orang rakan Facebook yang juga blogger yang telah PM (private message) saya. 

Nak dijadikan kesah, anak sulong saya telah memberitahu menerusi isteri yang dia inginkan telefon tersebut. Lagilah menguatkan hasrat saya batalkan niat untuk jual. Dah tak ada pembeli yang berkenan, maka telefon pintar ini saya simpan sebagai hadiah nanti jika anak saya berjaya dalam akdemik tahun ini. Tahun lepas dapat pelajar terbaik tahun tiga, tak terima apa-apa, maka in Sha Allah tahun nie, Samsung Galaxy S Advanced jadi pembakar semangat.
Maaf pada mereka yang simpan hasrat nak dapatkan Samsung Galaxy S Advanced tu. Lepas tawaran ditutup ramai pula yang bertanya...haishhhh....mintak maaflah ehhh...lain kali andai ada rezeki.

Ok. Buat mereka yang akan hadir #sbb2014 #sbbyeos2014 Sepetang Bersama Blogger seperti yang tertulis di akhbar Utusan Malaysia (7 Mac 2014) pada 8 Mac 2014, awas dengan kehadiran lelaki berkulit gelap baju biru berseluar yankie dengan beg merah belian online Zalora. Jangan terasa dengan katanya, jangan ambil pusing dengan jenakanya. Hadirnya lelaki itu mencari sesuatu yang hilang... Dan pastinya mahu merebut peluang yang terhampar di depannya.


12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah tahniah abg hasrul rezeki tue

    BalasPadam
  2. Rezeki yang tak disangka-sangka tu. tak nak jual ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalnya nak jual, tapi tak ada orang berminat, kini nak buat hadiah untuk anak.

      Padam
  3. Tahniah HH, rezeki lah ni,simpan sahaja untuk anak .. hehe

    BalasPadam
  4. Lebih baik pun tuan simpan dan gunakan sebaiknya hadiah tu.. hehehe, atleast bertuah jgk tuan hari ni, saya langsung apa pun xdpt. Kekekeke sedih saya tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ishh wat apa nak sedih, rezeki dapat kenal ngan blogger lain tu pun dah kira satu hadiah best tu ..kan kan?

      Padam
  5. assalamualaikum hh...tahniah2 sbb telah berjaya...;)

    BalasPadam
  6. Tahniah.. bagus tu buat pembakar semangat anak.. semoga beliau terus berjaya... aamiin.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement