Sejak mengetahui mengenai H12 Media Ads yang seakan-akan Google Adsense, saya terus aplikasikan platform pengiklanan tersebut dalam blog saya. H12 Media Ads menjadi antara medium pengiklanan terbaru yang ramai blogger Malaysia gunakan sebagai alternatif kepada platform pengiklanan yang lain. Dan hari ini saya nak tunjukkan income pertama menerusi H12 Media Ads ini samada berbaloi atau tidak.

Sebenarnya, apa yang akan ditunjukkan bukanlah income pertama, tetapi merupakan income pertama dan kedua dari H12 Media Ads. Pihak mereka telah membayar dalam masa 24 jam setelah saya memohon untuk dilakukan pembayaran. Pembayaran dalam masa 24 jam hanya boleh dilakukan dengan syarat-syarat berikut:

Income Pertama dan Kedua dari H12 Media Ads

h12 Media Ads for Malaysian Blogger Generate Income

  • Dengan akaun Paypal - Nilai pendapatan dengan baki minima USD5 - 24jam masa proses, pembayaran segera 24jam; tetapi dikenakan fee sebanyak 10% daripada jumlah pengeluaran.
  • Dengan akaun Paypal - Nilai pendapatan dengan baki minima USD5 - 30 hari masa proses, pembayaran segera 24jam; tanpa ada sebarang kos atau fee dikenakan.

Kalau anda mahu dibayar terus ke akaun bank anda, baki dalam pendapatan H12 Media Ads perlu lebih daripada USD500. Yang ini saya tak nak cerita sebab ambil masa lama bagi sebuah blog Malaysia untuk capai jumlah ini dalam masa singkat, kecuali jika blog tersebut memang ada trafik mencanak-canak setiap hari.

Adakah H12 Media Ads membayar seperti yang dijanjikan? Ya, memang H12 membayar seperti yang dijanjikan. Lihat apa yang telah saya terima menerusi dua pembayaran berasingan terus ke akaun Paypal. Jika anda tiada akaun Paypal, boleh rujuk entri saya ini - Cara Buka Akaun Paypal Terima Bayaran. Buka akaun Paypal adalah percuma!
 Ada banyak jenis iklan yang boleh anda letak di dalam blog anda. Ada pop up, slider, video dan macam-macam lagi. Pilih mana yang sesuai untuk blog anda. Dan anda boleh tetapkan sebanyak mana anda maju jana income daripada H12 Media Ads ini.

Nasihat saya, kalau banyak sangat iklan .. nanti akan tergugat pula kualiti blog kita. Yelah, ramai gak yang rasa annoying bila banyak sangat iklan bertempek dalam blog. Saya sendiri pernah ditegur oleh beberapa rakan blogger semasa awal meletakkan iklan daripada H12 Media Ads ini.

Apapun, kalau anda mahu cari alternatif jana income menerusi blog, boleh sahaja daftar percuma dengan H12 Media Ads ini dan lihat kesannya pada blog anda. Tak cuba takkan tahu. Hanya dengan mencuba barulah anda tahu pengalaman sebenar.

Daftar di sini - http://is.gd/h12mediaads

Bila rasa tak sesuai dengan blog anda, boleh sahaja anda keluarkan dan letak iklan daripada syarikat lain yang ada. Senarai platform pengilanan boleh anda rujuk di sini - 101 Platform Pengiklanan




26 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ada terima message dari H12 Media juga di inbox tapi masih belum decide lagi, but then it is something good...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bagus dan rasa perlu, boleh cuba. Kalau rasa tidak sesuai, maka abaikan sahaja. Saya tidak galak dan tidak juga say no .. it's up to u ..

      Padam
  2. menarik rasa btl la media pengiklanan nie kan

    BalasPadam
  3. wow... masyuk! duk nunggu HH buat review.. boleh try ni..

    BalasPadam
  4. T kasih diatas perkongsian info & pencerahan ini HH.. :)

    BalasPadam
  5. Wah banyak juga income bro, saya baru beberapa sen

    BalasPadam
  6. nice...mungkin kena cuba h12 ni len kali..mcm mna dgn rate CPMnya??..sekarang ni sedang guna popAds.. dua2 pun boleh cashout USD5 within 24hours kat paypal..cuma yg popads tak der kena tolak 10%...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terasa macam nak pasang balik popads la .. hoho...

      Padam
  7. p/s: agak lama tak datang sini, kali ni deno rasa macam laju loading blog uncle.. good job! :)

    BalasPadam
  8. Memang menarik penggunaan h12 media ini...

    BalasPadam
  9. Wow!! masyukkkk... hahaha ena punya income untuk h12 tak tahu ada berapa

    BalasPadam
  10. tq bro hasrul for the tip.. just want to share in my blog and sharing link sekali.. very good and useful tip..

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum. Bang Hasrul saya rasa ada baiknya jika Abang terangkan pula,cara Pendaftaran di H12 =)

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. Ya, iklan H12 ni memang lumayan .. kalau blog ada trafik tinggi .. mudah je leh dapat USD100!

      Padam
  13. Tahniah tuan HH... income gua utk H12 Media ni cuma USD 2.40 je... tak cukup utk nak draw ke paypal.

    BalasPadam
  14. sya masih baru ni,tatau nak buat laaa... camne ek!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. nanti saya tulis entri camner .. :P

      Padam
  15. Saya dah sebulan cuba, baru dapat usd0.50 je... tuan lagi hebat. hehe

    BalasPadam
  16. Baru apply dan pasang..harap lebih baik dari yang lain..:)

    BalasPadam
  17. Nak, awak bau saja daftar, semoga ter approve!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement