Permohonan dan Borang RMR1M Sabah Sarawak - Ada pengunjung blog ini telah bertanyakan kepada saya mengenai borang khusus untuk penduduk Sabah dan Sarawak bagi membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M). Memandangkan di dalam entri informasi saya sebelum ini berkaitan RMR1M tidak dinyatakan mengenai borang khusus ini, maka entri ini akan memberikan informasi bagi penduduk Sabah dan Sarawak pula.

Tetapi sebelum itu, adalah diingatkan kepada pembaca semua bahawasanya saya bukan agen kepada pihak SPNB yang menawarkan RMR1M ini. Saya tidak mendapat sebarang imbuhan dalam bentuk apa sekalipun daripada SPNB untuk menyiarkan artikel ini. Apa yang saya lakukan adalah memberikan informasi kepada anda menerusi blog serta laman sosial bagi membolehkan mereka yang layak untuk memohon dapat membuat permohonan dengan cara yang betul dan selamat.

Permohonan dan Borang RMR1M (Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia) Sabah dan Sarawak

Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia
Borang RMR1M adalah percuma! Maka ia tidak boleh dijual. Menjadi satu kesalahan seandainya mana-mana individu di Malaysia, Sabah dan Sarawak yang didapati menjual borang ini.

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Ketahui Cara Untuk Beli Rumah Lelong dan Buat Duit Menerusinya - Panduan Rumah Lelong

Berdasarkan informasi yang telah dipaparkan di laman web SPNB, setakat ini (Feb 2014) permohonan yang telah diterima adalah sebanyak 67, 341 dengan 42, 838 telah pun diluluskan.
statistik rmr1m

Syarat Permohonan RMR1M Penduduk Sabah Sarawak

Bagi penduduk Sabah dan Sarawak, untuk memohon RMR1M, anda perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Umur 18-60 tahun.
  • Pendapatan kasar seisi rumah dari RM750 hingga RM3000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah sedia ada usang atau tidak selesai bina
  • Punyai tanah yang sesuai dan tidak mempunyai sebarang sekatan/cagaran ke atas tanah tersebut.
  • Tapak keluasan minima 2,600 kps.

Kepada mereka yang penuhi syarat di atas, anda adalah bertanggungjawab untuk menyediakan dan melakukan perkara berikut:
cara mohon rmr1m sabah dan sarawak
Manakala pihak SPNB hanya akan membantu anda dalam soal berikut sahaja:
permohonan rmr1m sabah dan sarawak

Kriteria Rumah Dibina SPNB RMR1M

Rumah yang akan dibina oleh SPNB menerusi RMR1M adalah memenuhi kriteria berikut:
  1. Rumah dibina adalah dengan keluasan 700kps (3 bilik tidur, 2 bili air)
  2. Harga rumah dari RM68,000 - RM79,000
  3. 1/3 pinjaman rumah disubsidikan oleh kerajaan Malaysia
  4. Baki pinjaman adalah pembiayaan tanpa faedah
  5. Tertakluk kepada perubahan SPNB

1/3 Pinjaman Disubsidikan Kerajaan

Jika anda tidak berapa jelas mengenai pinjaman tersebut, saya kongsikan jadual berikut untuk penilaian anda berdasarkan kepada kawasan Sabah dan Sarawak.
Sekarang, saya harap apa yang telah disampaikan agak jelas dan terang buat anda terutama bagi pemohon-pemohon RMR1M Sabah dan Sarawak. Borang RMR1M boleh dimuat turun di pautan ini - Borang Online RMR1M Sabah Sarawak SAHAJA. Borang boleh diperoleh di pejabat Adun masing-masing.

Seandainya informasi diberikan ini masih lagi tidak jelas atau ada sebarang keraguan, anda boleh  hubungi:

SPNB CAWANGAN SARAWAK

Lot 13319, Sublot No 3,
Section 65 Ktld, Riveredge Commercial Centre,
Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050, Kuching, Sarawak. Tel : 082-230032 / 082-240032

SPNB CAWANGAN SABAH UTARA

Lot S01, S02 & S03,
Vista Seri Melalin,
Jalan Kompleks Jkr Tuaran,
89208 Tuaran, Sabah. Tel : 088-791610 / 088-791612

SPNB CAWANGAN SABAH TIMUR

Lot No 8 & 9, Tingkat 1,
Bandar Utama Zone 3 Commercial Batu 6,
Jalan Utara, 90702 Sandakan, Sabah. Tel : 089-232216 / 089-232217
Informasi terkini mengenai RMR1M juga boleh didapati di laman web SPNB.

Sumber: Laman Web Rumah Mesra Rakyat SPNB

Semoga bermanfaat, in Sha Allah.

Untuk penduduk Semenanjung, anda boleh rujuk - Klik Sini.


23 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mmg satu ni saja ka design utk borneo?

    BalasPadam
  2. Bukan ada beberapa reka bentuk yang disediakan ke ? Tapi mungkin reka bentuk kat
    Sabah/Sarawak dgn utk Semenanjung lain-lain kut. Syarikat tempat Boni Kacak kerja ada simpan plan rekabentuk yang menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa nm syarikat tempat boni kacak kerja? nak tgk jugak plan rmh ni.. :)
      dekat plan utk sarawak ada 1 jer ker?

      Padam
  3. kalau kat sarawak..form ni hantar kat branch sarawak ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Kat Sarawak ada branch dia rasanya.

      Padam
    2. thank you....tau x brp design yg ade klu kt swak?

      Padam
  4. tuan.. pogram ni masih aktif / masih boleh memohon?

    BalasPadam
  5. TQ bg info ttng pogram ini.. sy nak tnya.. status bujang boleh tak apply?

    BalasPadam
  6. Salam 1 Malaysia . nak minta pencerahan dr admin.. Saya dah Apply dah untuk RMR1M ni dr tahun lepas lagi.. Lokasi tanah area satok kampung kudei lama..time nak Apply tu, banyak lah susah nak cari org yg uruskan pemohonan RMR1M nie...Last2,jumpa juga office N8 yang uruskan permohonan ni untuk kampung kudei lama... ... Lokasi office N8 satok di bangunan kopekasa..saya dh sertakan semua document yg d minta untuk proses pengurusan. Apa yg nak d perkatakan disini, kenapa proses pemohonan saya TERLALU LAMBAT untuk di PROSES sampai ambik masa lebih dr 1 tahun.? Setiap kali pergi pejabat N8, saya di maklumkan yg permohonan saya dah lulus, dan setiap kali jumpa d pejabat N8,setiap kali juga saya di janjikan minggu hadapan untuk lawatan tapak...tp hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun...langsung takde bunyi2.... Adakah ini hanya 1 janji manis BN N8.???. Takkan laa nak tunggu time mengundi baru nak buat Buat kerja,baru nak tunaikan janjii, buat pengetahuan tuan, setiap kali time mengundi, saya pangkah BN tuan..!!!! Tak kan nak tunggu tiba mengundi baru nak buat kerja..jangan jer dah buat kita lama menunggu dgn penuh harapan,last2 nanti RMR1M ni dah tak hujud lagi..boleh mengamuk jadii nya tuan.!!! 1 soalan lagi Saye nak tanye, kat mana saye boleh mengadu utk perkara nie..???sekarang ni dah masok 1 tahun saye Apply tuan... Plz laaa bertindak.....takkan nak tunggu kecoh baru nak buka mataa....satu undi besar makna nya tuan... Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bersimpati dengan apa yang berlaku pada tuan. Agak mendukacitakan bila sesuatu yang baik untuk rakyat seperti ini diambil sikap acuh tidak acuh oleh sesetengah pihak yang melaksanakannya. Saya banyak terima email mengenai perkara ini, dan sejujurnya saya sendiri buntu untuk selesaikan masalah pembaca-pembaca blog ini. Ia diluar bidang kuasa saya.

      Namun, saya berharap pihak tuan boleh berhubung dengan pihak Jabatan Rumah Mesra Rakyat di talian 1-300-80-3838 atau 03-2618555.

      Terima kasih.

      Padam
  7. Dah klik link download borang, tp error pulak. Camne pulak tu. Huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Borang tersebut adalah untuk tahun sebelumnya, tahun semasa (2016) anda kena dapatkan borang di Pejabat Adun.

      Akan ada penelitian berkaitan dengan syarat kelayakan, sbb sebelum ini ramai yang mohon tapi sebenarnya tak layak. Jadi, borang tak boleh diedar secara terus dah sekarang. Harap maklum.

      ps: artikel ini diterbitkan tahun 2014.

      Padam
  8. kalau tiada tanah?. . boleh mohon.juga ka?

    BalasPadam
  9. Status tanah adat boleh ke encik?

    BalasPadam
  10. blh tanya tak..design rumah rmr1m utk sabah ni hanya sperti yg berwarna putih pink sahaja kah? ada tak design lain atau boleh tak membina seperti design rumah rmr1m di semenanjung?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement