Bina Blog Sendiri Percuma
Blogger.com sebelum ini bukan sebahagian daripada Google. Blogger.com sebelum diambil-alih oleh Google bersaing cukup sengit dengan Wordpress.com sebagai seteru dalam menyediakan servis bina blog percuma. Ramai newbie yang mahu ada blog gemar memilih Blogger.com kerana sifatnya yang lebih mesra pengguna dan kurang teknikal. Berbanding dengan Wordpress yang kurang fungsi drag and drop ketika mula dalam persaingan.Tetapi, jika nak dibandingkan soal kebolehupayaan, Wordpress.com dianggap sebagai langkah terbaik untuk permulaan menjadi seorang blogger profesional. Apapun pendapat yang ada, yang penting telah ada platform percuma yang mudah untuk membina blog sendiri.
Jika mahu membina blog sendiri, apa yang penting adalah anda harus tahu mengapa perlu ada sebuah blog? Fikirkan apa yang ingin anda tulis dalam blog anda. Adakah penulisan anda tersebut untuk jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang? Apakah topik yang bakal anda bawakan buat pembaca blog anda?
Perkara-perkara ini adalah perkara yang perlu anda fikirkan sebelum anda menggunakan tetikus lalu bina blog sendiri percuma. Ia penting supaya di saat blog anda sudah siap terbina, anda sudah tahu untuk menghasilkan paling tidak 3-5 entri sekaligus. Dan memastikan bahawa esok, lusa ... atau dalam seminggu itu mesti ada topik, cerita, kisah yang perlu anda paparkan di blog anda.
Kekerapan di awal mula blogging sangat penting supaya dunia blog akan menyedari kehadiran blog anda. Malah, ia penting agar ia nampak sebuah blog yang boleh dipercayai oleh enjin carian supaya dimasukkan ke dalam pengkalan data mereka.
Bina blog sendiri secara percuma bukan tempat anda suka-suka bina blog dan tinggalkan tanpa kata. Ia satu pembaziran, dan ia akan menyebabkan peluang orang lain mahu bina blog yang benar ada kualiti terjejas.
Sendiri fikirkan.
Betul2.. :)
ReplyDeleteterfikir juga nak bertukar kepada wordpress tapi buat masa sekarang biarlah dulu...
ReplyDeletebetul tu. Bagi saya mana-mana bagus untuk di bina. Cuma ikut apa yang kita rasa selesa untuk guna. 2-2 bagus blogger mahupun wordpress. Masing-masing ada kelebihannya kan sifu HH.
ReplyDeletesaya setuju HH..bila saya start dengan personal blog, saya dah tahu apa target saya dan hala tuju saya..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.