Nampaknya pertanyaan langsung saya kepada pihak P1 Wimax telah mendapat respon yang baik. Alhamdulillah, isu dan kes ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik. Tips mudah, nak selesaikan masalah adalah dan mesti dalam keadaan yang tenang dan akal yang waras. Rasullullah S.A.W pun menasihatkan kita untuk bertenang dan ambil wudhuk bila hati dan perasaan berada di dalam imarah.
Isu P1 Wimax Sucks - hasrulhassan.com

P1 Wimax sudah beri penjelasan mengenai terdapatnya lebih 18 ribu pelanggan (dan bekas pelanggan) yang tidak berpuas hati mengenai perkhidmatan dan servis yang diberikan oleh pihak P1 Wimax. Ketidakpuastian ini ditunjukkan dengan wujudnya sebuah group khas di Facebook - P1 Wimax Sucks.

Ramai juga rakan blogger yang berada di dalam group ini termasuklah +Melastik Bintang , +Eyriqazz GTO , +rabiatul adawiyah , +Ben Ashaari , +Emas Putih , +Mas Zull , +kamil salleh , +Mk Syahir dan ramai lagi. Tak caya? Tengok paparan di bawah ini.
Dan kalau anda tengok betul-betul, ada PacketOne MY dalam senarai tersebut.

Tadi, saya ada beritahu mengenai pertanyaan direct saya mengenai isu perkhidmatan P1 Wimax. Memandangkan saya bukan pengguna, jadi penting saya dapatkan sendiri jawapan daripada mereka mengenai ramai yang tidak puas hati sebelum saya terbitkan entri isu panas ini.

Alhamdulillah, mungkin pertanyaan di atas mendapat respon (rasa-rasa je ... tak pasti). Dan akhirnya keluar di Utusan Malaysia bertarikh 4 Januari 2014. Lama juga menunggu tapi respon seperti ini sangatlah penting supaya pengguna rasa terbela, dan bagi meredakan hati yang marah-marah. Masing-masing perlu bertanggungjawab untuk berikan kebaikan sesama, In Sha Allah, jalan penyelesaian ada.
Anda boleh baca keseluruhan berkaitan isu ini di Utusan Online (klik). Menarik sekali di akhir perenggan laporan akhbar itu, dinyatakan berikut:

Kata kenyataan itu, berdasarkan pemeriksaan syarikat itu berhubung rekod langganan Mohd. Rizuani, dia merupakan bekas pelanggan perkhidmatan P1 yang telah menamatkan langganannya.

Menurut kenyataan itu, bagaimanapun, dia layak untuk menerima bayaran balik sebanyak RM584.75 setelah siasatan terhadap aduannya yang dibuat menerusi saluran betul mendapati keadaan liputan rangkaian di tempatnya adalah lemah. Haaa .. selesai cara baik kan? Dapat duit balik, asalkan guna saluran yang disediakan, permasalahan boleh dirungkaikan.

Sebelum ini ada juga blogger melaporkan isu ini ... anda boleh baca entri dari +Bro Framestone di sini - Perlu Ke Blogger Sebarkan Fitnah Terhadap P1

Saya bukan nak sokong mana-mana pihak, cuma nak bagi kesempatan buat semua. Bila dah ada penyelesaian sebegini, saya maklumkan dan kongsikan kepada anda semua.

Update: Jika anda salah seorang mangsa CTOS, sila isi borang yang disediakan di sini - http://bit.ly/p1ctosinv

p.s: Tak puas hati dengan mana-mana pihak sekalipun, jangan sampai kita sebar fitnah, dan elakkan menulis yang boleh burukkan keadaan. Adu domba dan buat isu jadi keroh dan melarat adalah sikap yang wajib dielakkan... kecuali untuk isu-isu berkaitan dengan iman dan akidah.


20 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. masalahnya hh.. muja bayar on time.. sampai dua bulan tak leh guna.. then bulan berikutnya muja dapat email kena bayar rm 70 lebih.. bila g bayar kena rm98. ni bukan fitnah ni hh.. muja sendiri lalui.. masa terminate maxis boleh setel on the spot.. tp ngan p1 kena tunggu tiga hari.. dalam tiga hari tu tak guna pun.. ntah2 kena byr sebulan.. bayar langgar kontrak dah rm300.. dalam rm500 rugi macam tu je.. cemana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada yang boleh saya bantu, tapi pihak P1 Wimax mungkin boleh. Cuba muja hubungi balik mereka. Saya boleh kata itu dan ini tetapi apa yang berlaku adalah terhadap diri muja yang saya sendiri tiada pengalaman.

      Dapatkan pembelaan, cuba daaptkan beberapa blogger yang hadapi masalah serupa dan terus ajukan kepada mereka. Buat entri dan cc kepada mereka pun boleh. FAcebook pun boleh.

      Delete
  2. Betul.FA sokong entri ni.Masalah boleh selesai secara baik.Tak perlu nak tabur fitnah.Satu lagi jgn cepat melatah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa yang tabur fitnah fa? dorang cakap ape?

      Delete
    2. Ala .. yang pasal gambar tu Muja ... tgk kat blog Broframestone yang saya bagi link tu

      Delete
  3. Boleh saya tau apa perkhidmatan internet yg ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi sy streamyx dan yes ... walaupun ada hickup sikit tapi masih lagi terkawal

      Delete
  4. mama pakai seminggu, terus tak boleh guna, ni duit dah keluar ni, suruh terminate, dah terminate tapi setiap bulan menuntut duit.. ntah apa-apa ntah, duit apa kalau memang dah terminate..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebarkan apa yang perlu. Mungkin cara itu orang lain akan lebih tahu untuk menilai.

      Delete
    2. bella hadapi benda yg sama. dah TERMINATE dowg suruh hantar modem and clear outstanding. today P1 send SOA ada bape bln tertunggak. mcm mane ni ??? =( aritu cakap name kite CTOS. sedih

      Delete
    3. Blogger perlu guna medium penulisan utk ekspresi luahan.

      Delete
  5. harap P1 amik iktibar atas masalah ini

    ReplyDelete
  6. Saya pernah gunakan P1..So far, indah khabar dari rupa.. Plus, saya juga pernah ditawarkan bekerjasama dengan P1 sebagai bloggers, namun tawaran diberikan hanya menguntungkan sebelah pihak saja..

    Myself, P1 memang dlm my blacklisted broadband...The rest digi, maxis, celcom i pernah cuba, namun tidakla begitu menghampakan seperti P1 menghampakan saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang tak berapa suka dengan P1 dan kecewa dengan khidmat diberikan. Harapnya apabila dah ramai blogger menulis mengenai, maka dapatlah sedikit sebanyak bagi pencerahan kepada mereka yang nak cari perkhidmatan internet ni.

      Delete
  7. Saya kongsikan pengalaman peribadi saya bersama p1 wimax, bukan menfitnah tapi ini pengalaman peribadi yang turut saya forwardkan ke fb p1 dan twitter p1 namun langsung tidak menerima respons http://www.eyriqazz.com/2013/12/pengalaman-saya-bersama-p1-wimax.html

    ReplyDelete
  8. Saya masih pelajar, x guna benda mahal2 macam tu...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    Ya entry ni bagus tidak memihak pada sesiapa, sy pun buat hanya nak public aware dengan keadaan sebenar apa yg berlaku. P1 bole twist apa saja dia nak.

    Tapi P1 tidak menjawab soalan yg diajukan. Hanyalah general answer. Mungkin sesiapa yg tak pernah menggunakan P1 tak tau apa masaalah sebenar.

    Press bertanya phone number untuk dihubungi pun wakil P1 tidak dapat bekerjasama. Tu press yg tanya bukan individu. Jawapan adalah sy tak ingat, sy tak bole beri. Satu company besar tapi merahsiakan no phone untuk dihubungi? Ishkkk

    Rasanya baca la post2 dari pengguna. Mungkin tak semua genuine case tapi sy bole kata kebanyakan.
    Assalamualaikum
    Rizuani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya dah banyak baca; ada yang betul2 luah apa yang mereka hadapi, ada pula tu sengaja buat cerita bagi blog dapat trafik mencanak. Apapun, yang benar kena cerita, yang fitnah kena elakkan.

      Moga apa yang berlaku sekarang jadi iktibar buat semua pengendali internet di Malaysia.

      Delete
  10. Fuhhh mcm mana la perasaan pengguna P1 ni yaa..

    ReplyDelete
  11. Boleh juga cuba Tribunal Pengguna Malaysia: http://on.fb.me/1ARBntS

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement