Anak bongsu saya ni lahir di Taiping, ketika isteri saya ditugaskan berkhidmat di sana. Ketika itu, saya dan 2 orang anak lelaki saya berulang-alik dari Taiping ke Parit Buntar setiap hari, memandangkan anak sulong bertadika di Tadika Islam Perak, Parit Buntar dan anak kedua saya pula sudah ada penjaganya sendiri.
4 Tahun Yang Singkat
Maira seorang anak yang manja, biasalah bila jadi anak bongsu dalam keluarga. Sifat dia yang suka berkawan, dan mudah mesra menjadikan dia seorang anak yang lincah, ligat dan cerdik. Apatah lagi apabila ada dua orang abang yang menjadi pembimbing rakan sebaya :).Maira memiliki sifat dua abangnya. Cerdik, bijak dan mudah menghafal seperti abang sulongnya. Banyak 'akal' dan kuat merajuk seperti si angah. Maira menjadi bintang buat Atuk (sebelah isteri) dan Opah (sebelah saya). Antara cucu yang ambil berat hal orang lain dan seorang yang penyanyang.
Maira juga seorang yang suka minta maaf dan pemaaf - antara sifat yang ramai pak dan mak saudara dia suka. Setiap kali dia buat salah, dia akan minta maaf dan seandainya kita terbuat salah pada dia, dengan mudahnya dia akan memaafkan. Ucapan terima kasih dan maaf (i'm sorry) adalah dua perkataan yang sering diucap sejak dia berumur 2 tahun lebih lagi.
Dia suka bersekolah, saya tak ada masalah nak hantar dia ke sekolah Tadika Islam Perak dalam usia 4 tahun. Malah, dia sendiri yang menawarkan diri untuk bersekolah, setelah melihat abang-abangnya berseronok dan belajar macam-macam perkara.
Selamat Hari Lahir Haseena Humaira
Alhamdulillah.Syukur kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan kepada saya dan isteri anak yang menjadi bangga dan kesayangan semua orang. Semoga dengan genap 4 tahun usianya, akan dipanjangkan umurnya, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat; dan agar kelak menjadi seorang anak dan wanita solehah yang disegani dunia dan akhirat atas agama, bangsa dan negara; in Sha Allah.
Ultraman - Karektor yang disukai |
Sempena birthday Haseena Humaira, sempat juga isteri saya menyediakan kek khas .. yang ada Marshmallow malam tadi.
Kek buatan dan air tangan si Mama untuk Maira |
Selamat hari lahir kpd maira...dan tahniah kepada kedua ibu bapanya..semoga maira menjadi anak yang solehah..
ReplyDeletetomei2
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir Maira. Semoga menjadi anak yang baik.
ReplyDeletenama Si pipi merah memang manja orgnya begitu juga ank gadis saya. selamat hari lahir anqk abah.. Kerap ke Parit Buntar kah? ..bila2 blk kampung sy boleh hallo..
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir Humeira. Moga jadi anak yang solehah dan kebanggaan ibu dan ayah. Dan moga berjaya dunia dan akhirat. Amiinn.
ReplyDeleteHappy bithday Maira!! Stay cute selalu dan membesar dengan sihat. Amin
ReplyDeleteWahhh dah masuk umur 4 tahun pun dia..tak lama lagi leh la pergi sekolah pulak..hehe
ReplyDeleteSelamat hari lahir buat Maira. jadi anak yang solehah gembirakan hati ibu dan ayah.
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir si comel Haseena Humaira..moga jadi anak yang berguna kepada masyarakat dan agama...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. selamat menyambut hari lahir kpd Haseena.. semoga sentiasa ceria.. :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.