Klik Sini Untuk Tempahan Rujukan
Terkejut tetiba perlu approve moderation untuk komen yang entri lepas-lepas. Kalau satu dua tu ok lagi, tetapi bila banyak ni, macam magik la pulak. Apa misteri di sebaliknya ehh? Ok, mungkin saya boleh berikan tips kepada anda, untuk membolehkan entri-entri lama mendapat perhatian pengunjung blog.

Pertama sekali, jangan pandang enteng akan tarikan yang ada pada entri-entri lepas. Ia mungkin tak berapa menarik pada ketika ia diterbitkan, tetapi menjadi pemberi trafik terbanyak apabila entri tersebut mendapat perhatian terutama pengunjung baru. Al maklumlah, dulu mereka segan nak singgah, tetapi kini mereka dah jadi pembaca setia di blog.

Jadi apakah tips dan petua untuk membolehkan entri lama menyerlah kembali?

Pertama sekali, anda perlu hasilkan sebuah entri yang segar malar (evergreen), yang boleh tampung sesuatu isu, cerita, kisah, panduan, tips untuk satu tempoh yang lama. Paling bagus jika boleh hasilkan entri yang sepanjang tahun, sepanjang zaman sentiasa ada kehendak dan kemahuan dibaca dan digelintar oleh pencari maklumat menerusi internet.

Jika ada, in Sha Allah, entri lama boleh menyerlah kembali walaupun ia telah ditulis lebih berbulan dahulu.

4 Tips Bolehkan Entri Lama Meledak Dengan Komen

Pastikan Buat Pautan Ke Entri Lama Dalam Entri Terbaru

Kadangkala kita tulis entri untuk keadaan semasa, tetapi apabila ia boleh dikaitkan dengan entri lama, maka perlulah buat satu pautan ke entri lama tersebut. Paling mudah, anda boleh gunakan Linkwithin, Outbrain, atau nRelate untuk kesinambungan sesuatu entri berdasarkan kata kunci tertentu.

Buat Create a Link (Link to this post)

Ramai yang tak gunakan cara ini. Jika kita perasan, ada url atau pautan disediakan pada setiap akhir setiap entri, dari situ kita boleh ulas entri lama dalam entri baru dan buat pautan mudah. Ia juga salah satu cara untuk buat backlink pada entri blog lain.

Pengaruh Gambar

Ini adalah sebab mengapa penekanan meletakkan gambar dalam setiap entri diberikan. Walaupun saya sendiri kadangkala tiada gambar nak letak, tetapi jika boleh ... letakkan gambar untuk membolehkan entri lama menyerlah dan menarik minat pengunjung baru jenguk entri lama kita. Anda boleh adaptasi pengaruh gambar menerusi Popular Post, LinkWithin, Outbrain, nRelate, atau ping di laman web ping aggregator. Malah, boleh gunakan fungsi alt dan image description untuk menambahkan lagi impak trafik ke atas entri tersebut.

Widget Komentator

Apabila ada komen terbaharu di entri lama, pastikan ia dipaparkan di blog anda. Penggunaan widget komentator boleh bantu untuk menyerlahkan komen baharu pada entri lama. Apabila ada komen terbaru yang menarik diberikan pasti akan ada yang buat pengunjung lain nak tahu, maka secara tidak langsung, entri lama yang dikomen itu akan ada impak tersendiri.

Amacam? Saya harap entri ini dapat bantu anda tahu teknik dan tips untuk bolehkan entri lama meledak kembali dengan komen-komen baru.



13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Satu perkongsian yang menarik dan amat bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. Yup setuju HH..kita pun notice banyak entry-entry lama yang naik semula..Alhamdulillah bertambah trafik..

    ReplyDelete
  3. wah! bole cuba yg last idea tu.

    ReplyDelete
  4. Tips berguna ni. Boleh apply nanti :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    waaaaaa glamernya entri "blogger tanpa wajah tu"

    ReplyDelete
  6. terima kasih untuk tips ni..akan di coba..huk3

    ReplyDelete
  7. blog saya banyak kekurang... mungkin tips ini berguna...

    ReplyDelete
  8. thanks....linkwithin dengan popular post tu dah ada dalam blog ^^ nanti nak try buat yg lain2 lg =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement