As-Salam. Sebelum ini saya telah kongsikan mengenai cara nak memuatkan widget top commentator with avatar atau Widget Top Komentator dengan Avatar, dan kali ini saya nak kongsikan pula tatacara meletakkan widget recent comments with avatar atau Widget Komen Terkini dengan Avatar. Widget ini menarik kerana ia salah satu cara untuk blogger menghargai komen-komen yang ditinggalkan secara langsung, kerana setiap komen baharu akan dipaparkan di sidebar blog anda.
cara letak widget komen terkini dalam blogspot

Widget Komen Terkini dengan Avatar

Widget ini saya ketengahkan kerana ia memaparkan gambar atau wajah pengunjung dan pembaca yang memberikan komen di dalam entri-entri blog anda. Jadi, ia sangat sesuai diletakkan dalam blog agar pengunjung dan pembaca akan lebih teruja untuk meninggalkan komen. Tips ini adalah untuk memeriahkan lagi ruangan komen blog anda, dan memperlihatkan komen-komen berkualiti daripada pengunjung blog.

Tip Guna Widget Komen Terkini dengan Avatar

Untuk memastikan widget ini memberikan impak berkesan, pastikan ketika menggunakan widget ini anda tidak menganjurkan sebarang segmen, kontes atau giveaway kerana .... anda tentu tidak mahu ruangan komen terkini tersebut hanya dipenuhi url atau permalink daripada rakan blogger yang join segmen. Kalau tidak, Google akan detect blog anda sebagai blog yang membenarkan spam comments atau sedang melakukan link-spamming. Jadi elakkan atau nyahaktifkan widget ini sebagai melakukan sebarang giveaway, kontes mahupun segmen. Ia samalah juga dengan  Widget Top Komentator dengan Avatar yang sebelum ini saya telah kongsikan kepada anda.

Satu lagi perkara menarik mengenai widget ini ialah anda boleh mengubah avatar untuk pengunjung tanpa avatar dengan avatar pilihan anda sendiri - terutama andai ada pengunjung anonymous singgah. Jika kena caranya, anda boleh mengelakkan mereka yang ingin komen dalam blog daripada meninggalkan komen-komen yang tak berapa best.

Ok, mari lihat cara untuk menggunakan widget ini - widget komen terkini dengan avatar atau profile bergambar.

Salin kod HTML di bawah ini dan letakkan di sidebar blog anda. Yeap... semudah itu. Buka dashboard blogspot anda, pilih Layout, pilih Add HTML dan copy-paste kod HTML yang saya berikan ini. Ubah perkataan BLOG-ANDA kepada alamat url blog anda - contohnya www.bonusleaks.com. Walla, simpan dan lihat bagaimana widget ini berfungsi serta merta dalam blog anda.



Mudah je kan? Ingat ehh .. jangan lupa ubah BLOG-ANDA kepada alamat url blogspot anda, kalau tidak komen-komen blog lain yang akan muncul nanti.

Oh ya, gambar profile atau avatar default boleh anda ubah mengikut kemahuan anda. Cuma anda perlu ubah bahagian defaultAvatar = "url avatar pilihan".

Selamat mencuba.

p.s: Widget ini hanya boleh digunakan untuk blog-blog dengan sistem komen blogspot asal sahaja.


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. KY tengok dah banyak blog gunakan widget komen ni, cantik juga...

    BalasPadam
  2. Sebab comellah dijadikan tutorial .. mesti awek2 comel akan singgah nak dapatkan tutorial ni .. hehehehe...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah akhirnya berjaya.
    TQ saudara HH

    BalasPadam
  4. Terima kasih HH tutorial ini amat berguna, terutama untuk blogger baru seperti saya.. :)

    BalasPadam
  5. Cikna amik code ni ye, TQ....;-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement