Ada yang nampak bahawa jumlah LIKE di fanpage sesebuah blog akan memberikan impak bahawa sesebuah blog akan dapat trafik tinggi. Ini sebenarnya mitos. Perlu ketahui, hanya 10-20 peratus sahaja, facebook berikan impak kepada trafik blog (fanpage Facebook).

Perlukah Beribu LIKE Fanpage untuk Trafik Blog?

fanpage blogserius

Saya terbitkan entri ini untuk tunjukkan kepada anda yang mungkin dah rasa down kerana trafik kurang, dengan mengandaikan bahawa jumlah LIKE fanpage mereka ciput bangat. Maka, saya nak beritahu, trafik sesebuah blog bukan bergantung sepenuhnya dengan jumlah LIKE fanpage.

Ya, saya akui, memang ada impaknya. Namun, andai ada ribuan atau jutaan sekalipun LIKE fanpage, tetapi kalau entri tak bermutu, dan yang LIKE fanpage itu tiada engagement yang sepatutnya, trafik takkan dijana.

Anda perlu tahu, fanpage akan jadi dorman dan tidak muncul di wall mana-mana yang LIKE jika ia tidak dikemaskini dan tidak berlaku sebarang engagement antara pemilik fanpage dengan pengguna Facebook yang dah LIKE.
Facebook Fanpage Hanis Zalikha

Kalau mahu trafik dijana menerusi fanpage Facebook, penting sekali ada engagement dengan siapa yang sudah LIKE. Fanpage akan jadi hanya sebuah papan tanda tanpa ada orang yang ikut, macam papan tanda hadlaju di jalanraya. Walaupun semua pemegang lesen kenderaan tahu apa maksud papan tanda tersebut, bukan semua akan ikut.

Jadi keperluan untuk ada ribuan LIKE pada fanpage bukanlah satu kemestian untuk sesebuah blog terima trafik beribu-ribu atau mencanak-canak. Ia hanya sebagai salah satu sumber trafik tapi bukan yang utama.

Jika anda seorang yang nampak kelebihan jumlah LIKE itu mempengaruhi trafik, ini menjadikan anda seorang blogger yang sebenarnya obses dengan angka. Elakkan jadi blogger sebegitu. :)

p.s: Nak bisnes dengan Facebook pun perlu ada peraturan ini - mesti ada engagement. Itu yang saya dapat bila tonton DVD Latest FB Ads Marketing

17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Setuju dgn bro HH. Wan dah attend seminar marketing kat tempat Wan. Dia pun cakap perkara yang sama. Thanks. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm kan kan ... saya tak tipu kan? Ramai blogger yang obses dengan nombor ...dengan angka ....

      Delete
  2. page tebu manis ada 34 like ja
    bukan tak kisah tapi
    saya nak org yg like page tebu manis sbb mmg ikhlas nak folow
    tiada paksaan

    ReplyDelete
  3. fanpage sy tak ramai yang like...tapi tak buat saya down pun.

    ReplyDelete
  4. gitu yer...baru ku tahu..thanks

    ReplyDelete
  5. tp trend sekarang byk bloggers2 baru yg naik dengan fanpage beriban2 , tapi artikel tak berkualiti langsung...

    ReplyDelete
  6. di fan page mungkin boleh diguna pakai untuk memberi info lebihan atau maklumat tambahan atau pemberitahuan..cuma yg akan tahu mereka yang like page shja la kan?

    ReplyDelete
  7. Saya baru nak belajar wat page facebook haha..

    ReplyDelete
  8. hihi..macam tu ye..jadi xpa la fan page sy x bnyk like..ekeke..

    ReplyDelete
  9. T kasih diatas info & kata2 semangat HH.. :)

    ReplyDelete
  10. Memang betul tu tuah HH, kalau kita ping entri kita kat FB...bukan semua akan lawati blog kita. Kalau like pun 2-3 org saja.

    ReplyDelete
  11. bagi pendapat sy yg newbies ni..biar org like dgn sukarela..mungkin makan masa nak kumpul jumlah like yg banyak..tapi mungkin ada kualitinya sendiri kan..hu3

    ReplyDelete
  12. sedara HH ni ada apa2 ke dengan hanis zalikha? sila jawab haha

    ReplyDelete
  13. Emm betul ke bro?emm terima kasih..tak apalah like page pondok kecil sikit pun..hehe..saya belum study lagi FB ads tu..adoiii..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Panduan Bisnes di Shopee

Advertisement


Rahsia Bisnes Tudung

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement



Panduan Ternak Kambing