Hebatnya nama Mat Gebu, blogger masakan terkenal yang 'tidak berwajah' di dalam dunia blog Malaysia, sehingga memberikan trafik ke blog ini setiap hari. Mat Gebu, nama penuh misteri yang menjadi kegilaan ramai. Masing-masing nak tahu, satu Malaysia nak tahu.

Mat Gebu pemilik blog masakan popular Malaysia - Tiffinbiru.com

Kehebatan Nama Mat Gebu

Saya cuma membuat satu entri yang ada kaitan dengan nama Mat Gebu, dan dari hari ke hari ... ada sahaja yang singgah nak tahu siapa itu Mat Gebu menerusi entri di blog ini. Dah jadi macam trademark trafik blog pula. Memang hebat penangan Mat Gebu.

Entri Mengenai Mat Gebu Menarik Trafik Sehari

Trafik Blog Mengenai Identiti Mat Gebu Dalam Seminggu


Bukti kepada semua, anda tidak perlu ada rupa untuk menjadi popular di dalam dunia blog Malaysia. Cukup dengan penulisan menarik, cukup dengan persembahan di blog yang cukup mengagumkan, blog anda boleh dikenali serata Malaysia.

Dan saya, hanya menerima tempias kerana kata kunci Mat Gebu ... dek kerana popularitinya yang semakin meningkat, blog ini menerima trafik setiap hari dan setiap bulan, bukan sedikit jumlahnya, malah antara menjadi entri paling hangat dan paling tinggi menyumbang trafik.

Terima kasih Mat Gebu. Kalau tidak kerana identiti penuh rahsia tuan, pasti blog ini tak dapat nak kumpul sebegitu banyak trafik kerana nama misterinya tuan.

Jika anda salah seorang peminat masakan Mat Gebu, bolehlah like page beliau di sini - Tiffinbiru di Facebook.

p.s: Join Cinderella, Jasmine, Rapunzel, Tiana, Mulan & Pocahontas at #GSCDisneyPrincess, 26 Oct - 24 Nov!

15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. selalu ikuti resepi Mat Gebu.....

    BalasPadam
  2. Kena buat entri pasal Mat Gebu juga ni...hehe
    Tapi blogger ini memang hebat...Raja segala niche masakan!

    BalasPadam
  3. siapalah mat gebu ni agaknya kan.....

    BalasPadam
  4. Assalam
    Mat yang gebu ini memang genius :)

    BalasPadam
  5. walaupun resepinya adakalanya ringkas...tp persembahannya sgt2 menarik...

    BalasPadam
  6. Selain persembahannya yang menarik. Masakannya pun sedap, berkali juga bro menambah he..23x

    Rezeki jangan ditolak.

    www.broframestone.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement