Tidak Pentingkah Rekabentuk Sesebuah Blog?
Metafora Kepentingan Rekabentuk Blog
Ok. Mudah je. Cuba anda bayangkan sebuah rumah. Di dalam rumah ini ada banyak barang bernilai. Andaikata rumah tersebut merupakan rumah usang yang sudah diboleh panggil penyiasat paranormal untuk pergi siasat, maka anda sebagai orang yang lalu lalang depan rumah tersebut, nak jenguk tak apa yang ada di dalam rumah tersebut?Oppss .. satu metafora yang sangat tidak kena. Ok, kita cuba sekali lagi.
Bayangkan sebuah istana yang gah dan indah di depan mata anda. Hanya dengan melihat istana tersebut dari luar, tidak teringinkah anda nak masuk ke dalam istana? Saya percaya, andaikata pihak pengurusan istana itu mengenakan bayaran sebanyak RM10 pun, anda pasti akan teruja nak melihat apa yang ada di dalam istana.
Nah. Kalau blog anda rekabentuknya tidak memikat, bagaimana anda nak undang orang untuk jenguk isi kandungan blog?
Rekabentuk - First Impression Pengunjung
Rekabentuk yang menarik bukan sahaja perlu untuk first impression, tetapi meletakkan blog kita dalam kategorinya tersendiri.Apa Itu Rekabentuk yang Menarik?
Rekabentuk blog yang menarik itu macamana?Ada dua perkara perlu anda lihat - menarik di mata pengunjung pertama blog anda, dan 'menarik' pada enjin carian untuk gelintar isi kandungan blog anda. Anda perlu menghasilkan sebuah rekabentuk blog yang bukan sahaja boleh memikat pengunjung (manusia) untuk baca entri-entri anda, tetapi juga memastikan bahawa blog anda dikunjungi robot enjin carian (dengan menggunakan konsep serta asas SEO).
Dalam asas dua tadi, ia sebenarnya diadun bersama, anda boleh dapatkan banyak template yang punyai dua-dua keperluan yang saya sebutkan. Hanya aplikasikan untuk blog anda, dan buat beberapa perubahan kecil untuk menjadikan ia sebuah blog yang punyai rekabentuk cukup menarik dan mantap.
Maka, terjawablah sudah akan kemushkilan - pentingkah rekabentuk sesebuah blog.
T kasih HH diatas perkongsian.
ReplyDeleteterima kasih HH atas perkongsiannya..
ReplyDeleteyup. memang stuju sgt dengan HH
ReplyDeleteAssalammualaikum...bro HH,
ReplyDeleteBagi mselim3 reka bentuk blog sangat penting.. reka bentuk adalah first impression apabila pelawat visit blog. Reka bentuk ini macam muka seseoranglah..kalau cantik.. mesti hari2 kita tenung kan..hehehe..
mselim3
pls: jangan mare bro HH, ini pandangan aje tak semestinyer betul...
Setuju HH...kita teringin nak tukar rekabentuk template, tapi susah coz editing selalu fail...at the end of the day..stay aje dengan apa yang ada.
ReplyDeleteTuan tanya dan tuan dah jawab...
ReplyDeleteMemang pentinglah rekabentuk blog...siapa yg tak mahu nak masuk istana...hehe
Kalau arkitek pentingkan rekabentuk bangunan, kalau blogger pentingkan rekabentuk blog tapi kedua-duanya matlamat sama iaitu menarik perhatian orang. hehe
ReplyDeleteSangat setuju dengan entri ini.
ReplyDeleteowh begitu pulak ye...terima kasih abg hasrul (^_^)
ReplyDeletesetuju tu bro..fitrah manusia kan suka pada yg cantik
ReplyDeleterekabentuk yang menarik perlu agar pengunjung senantiasa dan suka datang ke blog kita.....
ReplyDeletesaya suka rekebentuk yang simple dan tak serabut mata memandang.. Lepas ni, saya nak tukar 'baju' blog hehehe.. dah 2 tahun tak tukar.. :)
ReplyDeleteSuka dengan ruangan komen yang terdapat di blog ini.. Simple dah menarik... buat gua tertarik untuk meninggalkan komen
ReplyDeletewww.broframestone.com
betul tu. susunan widget pun penting macam susun perabot dalam bilik
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.