Ramai yang berminat untuk mendapatkan ruang komen yang cantik dan menarik. Tapi, tak ramai yang tahu cara untuk melakukannya. Sebenarnya, sudah ramai blogger yang kongsi cara-cara untuk cantikkan ruang komen blog. Saya sendiri pernah kongsikan beberapa tutorial mengenai kotak komen. Tapi, saya tak ceritakan bagaimana ia dilakukan secara am.

Kali ini, dalam entri yang mungkin akan buat anda pening-pening lalat ini, saya akan kongsikan tentang bagaimana anda boleh cantikkan ruang komen blog anda ikut citarasa anda sendiri. Ikut citarasa anda, dan bukan ikut citarasa penulis tutorial untuk cantikkan blog.

Bagaimana Nak Cantikkan Ruang Komen Blog?

Pertama sekali, anda perlu faham bahawa untuk mencantikkan ruang komen blog anda, anda perlu akses ke bahagian HTML blogspot anda. Jadi, ia memerlukan anda untuk berhati-hati melakukannya. Seperti syor ramai blogger yang handal dalam bab ini, sila buat backup template HTML blogspot anda.

Bahagian yang saya maksudkan ialah CSS blogspot anda. Akses ke CSS adalah dengan klik bahagian b:skin seperti gambaran di bawah ini. Ruang atau kod berkaitan CSS selalunya akan berwarna biru. Untuk ubah atau tukar penampilan kotak komen, cuba cari kod yang ada tulis #comments. Untuk elak keliru, padamkan kod lama anda tersebut, atau anda boleh je copy paste di tempat lain sebagai backup kedua.


Cara Menjadikan Avatar Komen Berbentuk Bulat dan Bukan Petak

Bagi memperlihatkan sedikit kelainan pada ikon pemberi komen, anda boleh ubah atau tambah struktur CSS bagi komentor blog anda. Kod dibawah ini akan menjadikan avatar si pengomen jadi bulat .... dan bukan petak seperti kebiasaan.
Anda boleh bermain-main dengan kelebaran dengan tukar-tukarkan nilai width di atas. Untuk menambahkan sedikit warna, anda boleh ubah mana-mana kod HTML yang ada # di atas, contohnya warna putih ialah #fff dan ada banyak variasi warna putih boleh anda gunakan. Boleh rujuk mengenai warna-warna selamat untuk blog yang pernah saya kongsikan dahulu.

Cara 'Hias' Ruang Kotak Komen

Sekarang, perkara yang utama iaitu cara nak 'hias' kotak atau ruang komen utama blog anda. Seperti yang anda nampak macam blog ini, ia adalah disebabkan saya ubah penampilan ruang kotak komen dengan warna-warna tertentu selain adjust kelebaran.

Jika berminat nak kotak komen lebih kurang macam blog ini, boleh baca entri ini - Nak Kotak Komen Hijau?

Mudah dan memang sempoi, agak-agak nak warna lain, hanya tukarkan kod warna yang ada. Anda boleh copy-paste kod CSS dibawah ini dengan gantikan yang lama.

Cara Tukar Penampilan Nama Tukang Komen dan Meta

Adakala kita mahu ruangan kotak komen diberikan satu keistimewaan dari yang lain. Dan kita mahu memperlihatkan siapa yang telah komen entri blog kita. Cara ini boleh anda lakukan dengan tukar penampilan nama tukang komen serta meta berkaitan dengannya.

Cara Tukar Reply Kotak Komen

Nampak reply komen tu macam tak berapa menarik je kan? Jadi nak tukar boleh gunakan kod CSS di bawah ini. Anda boleh ubah atau tukarkan perkataan reply itu dengan gambar kalau mahu, hanya tambahkan di bahagian background: #f2f2f2f2 url("URL gambar butang reply")

Ok dah kot. Apa yang saya beritahu kat atas tu merupakan antara asas paling mudah nak tukarkan penampilan ruang kotak komen anda, anda boleh ubah ikut kesesuaian dan kehendak anda dengan buat beberapa penambahan atau pembaikan kod CSS di atas.

Untuk lebih pemahaman, boleh rujuk entri asal di sini - How to Create Custom Style Comment in Blogspot

Selamat mencuba.


13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tutorial yg berguna...tp skrg ni guna yg biasa je...ermm

    ReplyDelete
  2. nak cuba main coding ni. thanks HH

    ReplyDelete
  3. tutorial yg bagus...tp tak berani buat takut lain jadinya

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Saya online pakai phone je. X nmpk pun..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, deno buat dah jadi yang en. hasurlhassan kongsikan sebelum ini^^ baru nampak berseri blog sebab sebelum ni ruang komen ptuih je... hihi^^ thank you! ^_^

    ReplyDelete
  7. Assalam Tuan HH
    Terima kasih sebab ajarkan

    ReplyDelete
  8. Assalammmualaikum...bro HH,

    mselim3 buat butang reply utk komen x berjaya lagi...hehehe

    ReplyDelete
  9. Bila-bila boleh cuba. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Terima kasih Einnah .. semoga dapat dijayakan di blog nanti ye ...

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement