Sebelum ini, saya ada buat satu entri, mengenai 3 sebab mengapa anda tidak perlu update entri di blog setiap hari. Ramai blogger yang telah berikan pendapat mereka di ruangan komen, ada lebih 20 komen dan pendapat telah diberikan. Ramai yang setuju, dan ramai di antara mereka memang tak update entri setiap hari .... tetapi ... jika blog anda ada sewaan tapak iklan, maka anda perlu update entri anda!

Jika Blog Ada Sewa Tapak Iklan ...

Mengapa perlu update entri setiap hari?

Jangan keliru. Andai blog anda tidak ada ruangan untuk sewa tapak iklan, maka tak perlulah anda kalut nak buat entri setiap hari. Bukan apa, jika blog anda ada tapak sewa iklan, anda sepatutnya punyai rasa tanggungjawab kepada pengiklan tersebut untuk memastikan blog anda sentiasa ada entri terkini.

Pengiklan Saman Blogger Sebab Tapak Iklan

Menerusi pengalaman saya, ada syarikat pengiklan ataupun penyewa tapak iklan yang mementingkan perkara ini. Kata mereka, jika blog tidak update, maka trafik akan berkurangan, bila trafik ke blog berkurangan, maka iklan yang mereka letak dalam blog anda - dengan sewaan tertentu akan merugikan. Serius, ini bukan perkara main-main. Ada penyewa tapak sewa iklan yang suka saman andai kriteria itu tidak dipenuhi.

Jika blog anda ada sewaan tapak iklan - maka penting memastikan trafik ke blog sentiasa masuk. Dan salah satu caranya ialah dengan memastikan ada entri baru. Kalau anda tak ada entri baru, pembaca-pembaca setia serta pengikut anda takkan masuk ke blog walaupun pada asalnya anda jaja jumlah pengikut untuk pikat pengiklan.

Maka, jangan pelik andai ada blog yang banyak iklan tapak sewa yang update entri sampai 3-4 kali sehari ...

*p.s: Nak sewa tapak iklan di blog ini? Hubungi saya di Facebook atau email hasrulhiteg[@]gmail.com

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalamualaikum HH, baru sheila tahu kenapa orang yang ada buka sewa iklan dekat blog dia rajin update blog sehari. hehehe. thanks sharinggg HH :)

    BalasPadam
  2. nice entry tuan..saya pun baru faham..hehe

    BalasPadam
  3. Teringin nak letak iklan, tapi kalau dilihat pada tip yg diberi amat sukar nak penuhinya, trafik kurang 1k, publish entri 3 hari 1 kali entri dan sebagainya.

    BalasPadam
  4. o... baru tahu kenapa Ben Ashaari update blognya hari2... ramai advertisor berminat ngan blog dia rupanya....
    Betul juga tu, kalo sewa tapak iklan dlm blog tapi tak update selalu, memang la menaya penyewa tapak iklan...

    BalasPadam
  5. Oh i see. No wonder uncle HH and other blogger otai kerap sangat update blog. Thanks share!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement