Skip to main content

3 Sebab Kenapa Tak Perlu Tulis Entri Setiap Hari

Pelik bukan? Sebelum ini, saya pernah menulis kepada anda, bahawa salah satu cara untuk mendapatkan ramai pengunjung blog serta pembaca setia ialah dengan menulis dan menerbitkan entri setiap hari. Jadi, mengapa kali ini saya mahu memberikan 3 sebab kenapa tidak perlu menulis entri setiap hari? Agak berlawanan tu ... adakah selama ini saya telah menipu anda untuk menjadi seorang blogger yang berjaya?

Ok. Sebelum membuat kesimpulan mudah, anda perlu baca entri ini sehingga habis. Jangan konklusi terlalu awal. Lihat dan baca 3 sebab kenapa tak perlu tulis entri setiap hari di blog anda, dan kemudian barulah anda berikan pendapat dan komen. Itupun kalau ada perkara nak komenlah ... :)

3 Sebab Kenapa Tak Perlu Tulis Entri Setiap Hari

mengapa tidak perlu tulis entri setiap hari
Mengapa kali ini saya tidak galakkan anda untuk tulis entri setiap hari? Adakah ia ada kaitan dengan entri Antara Kuantiti dan Kualiti Entri yang pernah saya paparkan sebelum ini? Apakah 3 sebab yang akan saya beritahu kepada anda mengapa tidak perlu tulis entri setiap hari?

Anda hanya perlu menulis dan menerbitkan entri setiap hari jika dan hanya jika ....

Anda Seorang Blogger Sepenuh Masa

Jika anda bukan seorang blogger sepenuh masa, jangan khuatir untuk mencari masa dan idea untuk membolehkan hari-hari ada posting atau entri terbaru di blog. Hanya blogger sepenuh masa yang memerlukan blognya menjana trafik = pendapatan yang perlu bersengkang mata, memerah idea untuk menulis entri setiap hari (malah setiap beberapa jam). Jangan memaksa diri seandainya anda bukan seorang blogger yang saya katakan tadi.
OHBlogger - 3 Sebab Kenapa Tak Perlu Tulis Entri Setiap Hari

Anda Seorang Penulis Blog Berbayar

Haaa .. kalau anda dibayar untuk menulis, maka memang perlulah. Kalau tak, siaplah kena saman.... hahahaha.... seorang penulis blog yang dibayar mesti dan perlu menyediakan entri kerana ia merupakan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan. Apatah lagi, blogger tersebut dibayar bagi setiap entri yang ditulis dan diterbitkan. Andai anda bukan seorang penulis blog yang diberikan gaji, maka tak perlu risau untuk memastikan ada entri untuk diterbitkan di blog setiap hari.

Anda Merupakan Salah Satu Kumpulan Penulis Blog

Ada blog yang mempunyai beberapa orang penulis. Maka, sangat penting sekali anda sebagai sebahagian daripada penulis blog berkenaan menyediakan idea dan menyumbang hasil penulisan anda. Contohnya ada blog dengan dua hingga lima kategori niche tertentu, sudah pasti setiap entri itu akan ada penulisnya tersendiri. Dan anda sebagai salah seorang daripada kumpulan penulis, perlu dan mesti menyediakan bahagian anda untuk diterbitkan.

Ok. Dah ... jika anda tergolong dalam sebab yang telah saya sebutkan tadi, maka tak perlu gusar dan bimbang sangat, tiada entri blog setiap hari tidaklah mengapa, tetapi jangan sampai tiada entri sampai berminggu dan berbulan lamanya.

Ada blogger yang mahu meningkat naik, mencuba untuk terbitkan entri baru setiap hari. Memang bersemangat tetapi elakkan sampai anda jadi tension dan stress dengan blog.

Amacam? Agak melegakan bukan; bagi mereka yang fikir .. "Oh aku perlu buat entri setiap hari ... "

Comments

  1. hihihi.. gempak.. mama bukan ketiga-tiga golongan di atas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm .. jadi tak perlu resah gelisah lagi kalau blog cam tak update hari ini ... :)

      Delete
  2. Komen saya adalah tiada komen :)

    ReplyDelete
  3. muja berusaha update tetiap hari,, tapi tak de la sampai stress kalau tak update for few days tu,,, and bab jadi admin blog lain tu, muja dah memilih sekarang. kalau berbayar and tak terikat barulah muja join. maksudnya kalau tulis dapat, kalau tak tulis tak dapat. itu lagi best. boleh tulis ikut mud. malas dah terikat, macam 'sehari kena lima entry' ekekekee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm, bila dah jadi blogger yang kena ikut cakap orang, memang seksa sikit.

      Delete
  4. hehehee...dkna pon tak tergolong dalam kategori tersebut :)

    ReplyDelete
  5. sy pun tidak tergolong dalam kategori di atas.

    ReplyDelete
  6. Memang tak larat nak tulis hari-hari rasanya

    ReplyDelete
  7. saya cuba juga publish entry setiap hari :)

    ReplyDelete
  8. Saya bukan di senaraikan di atas...kalau dalam sehari ..banyak pulak saya post entry..kadang2 dalam sehari tiada langsung saya post entry kikiki

    ReplyDelete
  9. saya bukan dalam kategori tersebut....

    ReplyDelete
  10. kadang2 bergantung kepada keadaan. pernah juga saya tak menulis selama sebulan lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tu, kalau tak ada ikatan dengan pengiklan tak mengapa.

      Delete
  11. saya pon bukan blogger yg di atas... tapi tulis blog just nk berkongsi cerita je.. sebab seronok bile ade yg terima info berguna yang kita sendiri sampaikan... kan kan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm betul, kita menulis untuk kongsi informasi yang telah memberikan panduan kepada kita, dan kita mahu orang lain juga dapat manfaat.

      Delete
  12. mgkn mereka minta untuk menaip dan bekongsi cerita setiap hari..walaupun suka2..rasanya x salah..hehe

    ReplyDelete
  13. mai xtergolong dlm ketiga2 kategori tu...kte update blog bila ada idea ape nk taip..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) ramai yang boleh sbb hobi. Blogger di Malaysia masih lagi di tahap bukan jadi sebagai kerjaya lagi.

      Delete
  14. Dulu pernah hari2 menulis. Siap auto publish lagi. Idea tak pernah kering. Skrg, ikut kelapangan & kepentingan baru menulis. Bukan sape nak bayar pun... Nuffnang & 8share je setakat ni yg nampak.. haha. Wecliks baru sikit masyuk. Jomniaga masih tak nampak hasil

    ReplyDelete
  15. Sekarang tulis apa yg terlintas... So...x tentu.. Sehari brp entry... Tak kisah la org nak baca atau tak sbb mnulks utk kongsi ilmu info dan pngalaman... Guna gadjet lagi mudh utk mnulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi mereka yang menulis sekadar hobi (Seperti saya satu ketika dahulu) jadi ia mungkin bukan sesuatu yang perlu diambil berat.

      Delete
  16. saya pun bukan blogger yang dimaksudkan..cuma bila dtg idea nak menulis, sehari sekali atau seminggu sekali, saya tulis je..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm, idea memang kadangkala sukar nak datang.

      Delete
  17. Rasanya belum tiba masanya untuk saya menerbitkan entry tiap2 hari. Spt yg HH pernah sebut sebelum ini, Kualiti lebih penting dari kuantiti.. So bagi yang otak lembab macam saya nie, kena ambil masa berhari jg la buat kajian untuk entry yg terbaik dan berkualiti.

    ReplyDelete
  18. Saya pun kadang-kadang terlepas gak update untuk setiap hari,biasala komitmen kerja yang tak menentu,tapi kalau dapat update setiap hari dengan entri bermutu memang pakej yang lengkap sebagai blogger tegar

    ReplyDelete
  19. Tak mampu nak buat entri tiap-tiap hari, kerja-kerja harian kadang-kadang sampai ke malam, dah pastinya entri tak dapat dibuatkan. Ini bermakna trafik yang hadir tak begitu mengalakkan...

    ReplyDelete
  20. sy update blog setiap hari sbb google adsense haha..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.