As-Salam. Tak pasti samada memang saya ni rabun atau memang benar bahawa kebanyakkan blogger yang jadi top dan terkenal adalah blogger wanita. Mereka lebih menyerlah daripada blogger-blogger lelaki. Tak ramai blogger lelaki yang mendapat tempat seperti top blogger wanita Malaysia ini.

Top Blogger Malaysia Ramai Wanita

Oleh kerana mereka dah jadi top blogger, maka banyaklah tawaran yang mereka dapat. Tak putus-putus, ada sahaja tawaran lumayan yang diterima mereka. Bak kata jiran sebelah, yang belajar tu, dah boleh bayar pinjaman PTPTN baliklah - hanya sebab telah menjadi top blogger Malaysia.
ohblogger top blogger fatin liyana

Ramai juga yang bangga dan berasa seronok dengan kejayaan-kejayaan top blogger wanita ini. Dan tidak dinafikan, ada juga jari-jemari mahupun mulut yang tak berapa nak puas hati. Al maklumlah, tawaran tidak singgah di mereka, income tak masyuk macam top blogger wanita Malaysia.
Gambar Hanis Zalikha bertudung

Siapa Top Blogger Wanita Malaysia?

Siapa top blogger wanita Malaysia? Ohh tentulah yang muda belia, cantik, menarik ...manakala yang bukan kategori usia remaja belia ... dah tak boleh pegang title top blogger ni, tetapi lebih sesuai digelar otai blogger wanita.. hehehee..

But yes seriously, saya nampak yang jadi top blogger wanita Malaysia ini mesti ada ciri-ciri berikut:

  • Cantik pada wajah seperti Hanis Zalikha
  • Tahu tampil menarik, anggun dan berkeyakinan seperti Fatin Suhana
  • Ada perwatakkan tersendiri seperti kecomelan Yuyu Zulaikha
  • Latar belakang pendidikan yang bagus seperti bakal doktor Fatin Liyana
  • Ada minat yang unik dan menarik seperti Maria Elena
  • Pandai bergaya dengan fesyen terkini atau aksesori tertentu seperti mereka di atas ....
  • Lain dari sudut kebiasaan seperti Cik Epal yang suka buat review makanan
  • Kebanyakkan muda belia dan belum berkahwin ....
  • Dan .... hujung nama mereka semuanya berakhir dengan AAaaaaaa.....

Erkk ok .. yang ciri terakhir tu saja-saja sebagai perencah, sebab ada sahaja top blogger wanita Malaysia yang nama mereka yang tidak berakhir dengan AAaaa .... macam Liliana Mardiana (dulu tampil seksi, sekarang dah bertudung litup, blog pun dah tutup kot) ... erkkk hehehehe.. ok ok .. macam Nurul Badiah Lai, Nisa Kay, Cik Epal... dan beberapa nama lagi yang tak tersebut di sini. Yang sebut ni sekadar menamakan beberapa yang pernah singgah di blog ini (ye ke?)
Fatin Suhana blogger cun cantik ohblogger malaysia

ohblogger malaysia top blogger ramai wanita

Top Blogger Ramai Pengikut

Blogger top ini ada ramai pengikut, baik blog follower mahupun di FB fanpage mereka. Sebab itulah, mereka sering dapat tawaran yang best-best tak macam blogger lain terutama blogger lelaki. Malah, ada yang menjadi pelakon dan pengacara seperti Lynda Roslan dan juga Amirah Filzah.
ohblogger blogger cun kacak top blogger malaysia
Blogger lelaki ..... memang sangat jarang nampak, mereka lebih tampil dengan usaha sendiri, berbeza dengan blogger top wanita, yang sering diundang, diberi promosi, diberi peluang ... diberi itu .. diberi ini tanpa perlu mereka mencari.

Top blogger Malaysia nampaknya dipegang oleh wanita. Lelaki .. seperti biasa tidak lama lagi akan dianggap 'pupus' dalam dunia blog seperti mana mereka dikatakan 'pupus' di pusat pengajian tinggi seluruh Malaysia.

*p.s: Siapa top blogger lelaki Malaysia? ArifShahkah? Ben Ashaarikah? +Syukri Mohammad Nor (broframestone) kah? atau Tuan Amir Hassan?

Kredit: Yuyu Zulaikha


50 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tu..rezeki masing-masing...ada juga blogger lelaki yang top seperti ben ashaari dan bro framestone...Blog HH pun apa kurangnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. gelak je saya baca komen .. saya jauhhhhhhhh bezanya dengan nama blogger yang disebut tu. Mereka banyak income menerusi blog dan event. Saya? Hmm ...

      Delete
  2. rezki tu urusan Allah..guna kelebihan sebaik mungkin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, itulah yang terbaik, dunia blog ini ada banyak kemungkinan, samada guna ke arah kebaikan mahupn sebaliknya.

      Delete
  3. oh yuyu ku...selamat tinggal... sob....sob.. sob

    ReplyDelete
  4. haha..tahniah2 buat mereka...
    alamak...saya dah kawen....melepassss

    ReplyDelete
  5. insyaAllah..ada rezeki tak kemana tuan.. teruskan berkongsi dan menambahnilai hidup orang lain dengan elmu-elmu tuan, pasti ada rezeki yang Allah janjikan.

    Rezeki bukan sahaja dari segi duit, anak-anak yang bijak pandai, keluarga yang bahagia, kesihatan yang baik juga merupakan rezeki. :)

    Diberi makin berbaki.
    Disedekah makin bertambah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana mengingatkan ... kadangkala lupa bahawa rezeki itu hadir dalam pelbagai bentuk dan datang dari pelbagai sumber.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. rezeki dari Allah tu... blog HH apa kurangnye :) akan jadi salah satu dari mereka,,insyaAllah

    ReplyDelete
  8. Baguslah untuk para pejuang yang berusaha memartabatkan kaum wanita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, mereka boleh dijadikan role model terbaik, sbb sekarang remaja Malaysia banyak yang hilang arah. Dengan blog, kita boleh betulkan, setidaknya berusaha melakukannya.

      Delete
  9. ok,, nak start berangan,, hahahaa

    ReplyDelete
  10. respect Denaihati aka Tuan Amir Hassan dan juga Ben Ashaari

    ReplyDelete
  11. blogger wanita kte paling suke FL n irene nadia..rezeki dorg kan..tp mmg best baca blog dorg ni

    ReplyDelete
  12. setiap oarang ada daya tarikkanya tersendiri...begitu juga dengan blogger2 famous..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. HMm daya tarikan tu yang jadi mereka femes .. bukan sebab mereka femes ada daya tarikan .. :P

      Delete
  13. rezeki diorang ni...tahniah utk semua dan smoga diorg suksess slalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, semoga mereka boleh berikan yang terbaik dalam dunia blog Malaysia ...

      Delete
  14. Entah blog aku pun apa kurangnya haha

    ReplyDelete
  15. mungkin kerana daya penarik mereka yg buat orang tertarik kot

    ReplyDelete
  16. Blog HH pun ape kurangnya, siapa tahu rezeki akan datang..

    ReplyDelete
  17. Mmg brtuah jd mcm mereka tu semua. hehe... Takpe2... rezqi Allah mmg tak terjangka... Sifu pun apa kurangnya juga... Top juga apa... dgn pelbagai ilmu blogging yg sll sy rujuk di sini dan letakkan lagi dlm blog sy juga di tab page tajuk "Panduan blogging" sifu pnya panduan. banyak.... Satu lagi kan, sy pernah google imej G+, banyak sungguh gambar sifu kat situ. Tu tandanya sifu pown glamer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UHh oooo stalker ehh .. hehehe..gambar? gambar apanya .. tak adalah ..tu smua tak sengaja tu. Biasa-biasa sahaja, belum jadi top lagi.

      Delete
  18. biasala.. perempuan ramai... banyak blogger perempuan dari lelaki. so possibility perempuan nk jadi top blogger pon tinggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap tu pha is .. ramai blogger adalah lelaki .. tetapi tak berapa nak menyerlah sangat, kebanyakkan mereka lebih tertumpu pada bisnes ... pada benda yang lebih terjurus pada duit online contohnya.

      Delete
  19. memang cantik2 pun dorang ni.. jeles lak.. hehehehe

    ReplyDelete
  20. Tumpang berbangga dengan populariti blogger wanita, dan menyanjung tinggi kehebatan blogger blogger lelaki.

    ReplyDelete
  21. Otai hasrul hassan pun famous apa...hehehe...salam ukhuwahfillah daripada newbie

    ReplyDelete
  22. Masing-masing ada rezeki masing-masing. Lambat atau cepatnya datang pada kita. Bersabar dan terus berdoa, insaallah satu hari pasti akan tiba pula masa kita. ( Arrr...saya pun nak tukar nama yang belakang saya Aaaa pulak le, bole bagi cadangan tak..hehehe )

    ReplyDelete
  23. Bila agaknya blogger2 lelaki nak memintas?

    ReplyDelete
  24. pada saya ia satu kelebihan untuk punya ciri-ciri di atas. dalam dunia blog, apa yang penting adalah pengisian blog tersebut. tidak merujuk pada sesiapa, namun wujud blogger hebat dan cantik yang lengkap segala pakej tapi tidak menunjukkan sifat yang baik seperti cuba riak dgn post nya, atau bertindak tidak melayan pembaca/peminat.

    tapi itu semua adalah persepsi dan bagaimana mereka membawa diri mereka dalam dunia 'public figure'... tidak dinafikan ada yang bagus dan boleh dijadikan contoh.

    dalam dunia blog, pembaca adalah segalanya. selagi mana pembaca merasa senang dengan kita, kita tetap di anggap famous di hati mereka.

    walau apapun, bangga dengan semua blogger Malaysia sebab masing-masing punya kelebihan dan bakat penulisan yang baik dan bermanfaat! :)

    ReplyDelete
  25. Semua orang ada daya tarikan tersendiri...yg cantik, lawa, muda, jelita...lebih la kreditnya...especially yg single mingle...huhu...apapun tahniah utk mereka..... Jom blogging hingga hujung dunia.....

    ReplyDelete
  26. Berankhir dengan AAAaaaaa? termasuk saya lah tu.. Mieza Jhaa...haha

    ReplyDelete
  27. x dinafikan lagi..
    popular sbb mereka mmg layak..

    ReplyDelete
  28. Apa salahnya popular kalau mereka memang layak. Blog HH pun boleh tahan juga. Sarat dengan info dan tutorial terkini dan diam-diam mungkin termasuk blog lelaki fofular kut ?
    Hehehe....

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum hh...terbaik la semuanya wanita tapi lelaki pun apa kurangnya termasuklah tuan punya blog ni sendiri hh...:)

    ReplyDelete
  30. Suka baca blog mereka semua..mmg best =)

    ReplyDelete
  31. Assalammualikum....HH,

    mereka semua hebat kena masing2 mempunyai indentiti yang tersendiri jadi kita pun kena cipta identiti sendiri ... kan! Mereka hebat2 kita lagi hebat.. yang penting blog kalau tanpa pembaca x der makna nyer kan!.. tanpa pembaca setia siapa lah kita kan... so hargai pembaca setia anda... macam selim3 nie...hehehehe (gurau).

    mselim3

    pls: Sayang sangat2 pada pembaca setia mselim3

    ReplyDelete
  32. mesti ramai yang stalk blog diorang lepas ni. hehe

    ReplyDelete
  33. visit and give your opinion at http://www.magicoven.blogspot.ae/ and http://laughterclinic.blogspot.ae/

    ReplyDelete
  34. Apa pun rezeki...yang penting kita tulis blog sambil kredit pada saham akhirat...tinggalkan ilmu bermanfaat untuk generasi akan datang...OH hebat juga...insyallah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement