Petua ini dah lama diberikan kepada kita, cuma sebagai manusia kita sangat mudah lupa. Lupa bahawa ia merupakan panduan dan petua terulung yang bukan diilhamkan manusia, tetapi daripada Tuhan Yang Maha Menciptakan!
Petua Terhebat Menjadi Penulis Blog Terbaik
Tak dapat nak tangkap apakah petua terhebat menjadi penulis blog terbaik? Aiseh .. oklah. Sekarang saya berikan terus kepada anda menerusi Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk). (Al Alaq:1)
Nah. Dah. Petua terhebat untuk menjadi penulis blog terbaik! Anda seharusnya mulai dengan pembacaan. Baca lebih banyak daripada anda menulis, itulah yang sepatutnya anda lakukan dan praktik untuk menjadi penulis blog terbaik. Bacalah .. bacalah ... membaca itu adalah langkah untuk menjadi penulis blog terbaik.
Soal menjadi penulis terhebat bukanlah kerana dia sering menulis, menerbitkan sesuatu, tetapi kerana dia membaca lebih banyak daripada orang lain. Jika tidak, mana mungkin si penulis menulis sebuah karya hebat sehingga membuatkan orang yang membaca berasa kagum dan percaya.
Ayat Pertama - Bacalah!
Allah S.W.T tidak menyuruh Nabi Muhammad S.A.W untuk menulis - tetapi menyuruh untuk membaca. Membaca membawa kepada ilmu, ilmu membawa ke pengetahuan, pengetahuan membawa kepada kelakuan, kelakuan itu adalah menyebarkan - dan menulis itu adalah cabang daripada yang banyak.Inilah petua terhebat menjadi penulis blog terbaik. Anda perlu lebih banyak membaca daripada menulis entri di blog. Dengan pembacaan, entri anda akan jadi mantap, hebat, original dan paling penting ia akan berkualiti kerana anda menulis dengan ilmu - yang ada fakta dan bukan sebuah cerita rekaan.
Kitab Quran Terhasil Kerana 'Bacalah'
Quran itu terhasil bukan sebab ia turun sebagai sebuah buku, tetapi ditulis oleh mereka yang 'membaca' nya. Bayangkan kalau tiada siapa pun yang membaca Al Quran dalam sepanjang bersama dengan Nabi Muhammmad S.A.W, dapatkah ia dibukukan dan menjadi antara penulisan terhebat sepanjang zaman .. malah sehingga dunia ini mati atas kehendak Allah S.W.T? Dan sesungguhnya Allah memelihara Al Quran ini daripada segala kejahatan atau dipesongkan.Anda mahu jadi penulis blog hebat dan terbaik, maka banyakkan membaca - bukan setakat membaca buku novel 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' tetapi bacalah juga buku-buku ilmiah, ebook yang mudah dibeli secara online dan pelbagai lagi sumber yang boleh membantu anda mengetahui cara menulis sesuatu topik dengan baik.
Membaca itu bukan petua biasa. Ia petua dan panduan daripada Allah S.W.T. Amat rugilah bagi kita, manusia yang tahu membaca ini tidak mengikuti petua terhebat ini! Mari fahami pengertian sepenuhnya Surah Al-Alaq ini. Firman Allah S.W.T bermaksud;
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1)
Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2)
Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3)
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4)
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (6)
Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (7)
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). (8)
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang); (9)
Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang? (10)
Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul? (11)
Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)? (12)
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar? (13)
Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? (14)
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka); (15)
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. (16)
Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya); (17)
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya). (18)
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh) (19)
Terima kasih kerana anda ada keinginan membaca entri ini dari awal hingga akhirnya. Semoga apa yang saya tulis ini tidak menjadi sia-sia, dan saya memohon keberkatan daripada Allah S.W.T dan anda semua agar apa yang diilhamkan kepada saya ini disebar-luaskan agar ramai boleh melakukan kebaikan hanya dengan berkongsi dan memanfaatkan apa yang saya tahu ini.
Mahu tahu mengenai Al Quran - Ayat Pertama dan Terakhir Diturunkan? Baca artikel ini - Pengetahuan Ayat Pertama dan Terakhir Diturunkan
Betul tu..
ReplyDeleteHarapan blogger terkenal dan baru nak femes, banyakkan isu semas dlm dunia Islam.. Semoga pembaca dapat input yg manfaat..
:)
http://pemudattbc.blogspot.com/2013/07/dr-morsi-dan-mesir-perancangan-jahat.html
satu entry yg sangat bermanfaat.. Terbaik dr HH
ReplyDeleteBnyk membaca, bnyk ilmu, dan boleh dikongsikn semula di dlm blog
ReplyDeleteTerima kasih mak dara .. planet kiara makin diminati skang ehhh
ReplyDeletenice sharing...
ReplyDeleteEntri terbaik...segalanya bermula dengan membaca, Ya...Itulah permulaan ayat Al-Quran di turunkan... Membaca asas segala ilmu. Nak ilmu...bacalah, baca dan baca.....
ReplyDeleteterbaikkkkkk!!!
ReplyDeletesaye shuke...saye shuke.....
setuju!!! membaca memang menambahkan ilmu... meh singgah blog.. ada tip menarik untuk semua..
ReplyDeletefaham.. ilmu bermanfaat dan insyaAllah akan dimanfaatkan sebaiknya.. membaca, terus membaca, berkongsi dan diamalkan.. baik cikgu
ReplyDeletemembaca...setuju sangat...kalau tak membaca ibarat kurang ler garam dalam masakan...timba ilmu dengan membaca.....
ReplyDelete:) tapi tak mudah nak tulis macam apa yang bro tulis ni ...
ReplyDeleteGaram je ke? Gula tak ada? Ya jambatan ilmu tu
ReplyDeleteHMm nanti bro nak singgah .. ehh rasanya tips tu dah baca kot :)
ReplyDeleteTerima kasih @AMIR AIMAN AKASHAH
ReplyDeleteTerima kasiih @ana likes
ReplyDeleteYa betul tu @Zamani Mohammad
ReplyDeletesetuju sangat!
ReplyDeletefirst time kot komen kat sini, tapi saya suka dgn ayat "bacalah"...
ReplyDeleteTerima kasih .. :)
ReplyDelete:) terima kasih @Shuhaida Subri
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah ke OHBlogger
ReplyDeletePerkongsian yang penuh dengan ilmu. Sis faham dan akan cuba membaca dan terus membaca..;). Masih banyak ilmu yang belum diperolehi..Thanks HH
ReplyDeleteterbaik punya artikel
ReplyDeleteassalamualaikum hh...perkongsian yang baik ni...:)
ReplyDeletebetul mr.hh. kalau tak membaca agak sukar untuk menulis. terima kasih atas perkongsian yang hebat ini
ReplyDeleteTerima kasih @Ija Rased ...
ReplyDeleteTerima kasih @hanafi abdullah .. saya tulis apa yg terlintas difikirkan je
ReplyDeleteSaya suka membaca. Masih lagi belajar menulis. :) Ayat ini juga ada berkaitan ilmu sains, antaranya sains kejadian manusia dan sains manusia pembohong.
ReplyDeleteHuh... pertama kali saya terbaca .. sains manusia pembohong
ReplyDeleteYup, ubun2 ada kaitan dengan sifat bohong manusia. Boleh tanya pakcik google. Hehe www.google.com/search?q=bohong+ubun+ubun
ReplyDeletetips berguna untuk Sha, terima kasih abang hasrul !
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.