As-Salam. Anda tahu mengenai Alexa Rank? Jika belum, anda perlu tahu dan anda perlu ambil kisah mengenai kedudukan Alexa Rank blog anda. Ia adalah antara cara mudah untuk anda 'menjual' blog anda kepada mereka yang mementingkan kedudukan trafik blog anda.

Alexa telah digunakan sejak sekian lama untuk memberikan penarafan kepada laman-laman web termasuklah blog dalam dunia internet. Apa yang dilakukan oleh Alexa ialah memberikan satu bentuk pengiktirafan untuk laman-laman web yang mempunyai trafik yang tinggi. Keupayaan Alexa mengukur tanda aras trafik sesuatu laman web memang tidak disangkal lagi. Kalau mahu blog anda diberikan satu penarafan yang boleh diterima seluruh dunia, maka pastikan blog anda sudah berada di dalam ranking Alexa.

Kelebihan Alexa Rank Untuk Blogger

Mengapa ia penting? Ini adalah kerana ia membolehkan blog anda menjana pendapatan. Menerusi Alexa, para pengiklan dunia maya akan memerhatikan akan keupayaan blog anda. Bukan setakat seminggu, atau sebulan, tetapi Alexa boleh memberikan informasi mengenai trafik blog anda sehingga sejak mula blog anda diberikan penarafan Alexa.

Jika blog anda punyai kedudukan Alexa yang baik, ini bermakna peluang cerah untuk blog anda menjadi buruan para pengiklan - walaupun ada ciri-ciri lain yang dilihat - seperti niche blog dan sebagainya.
Kelebihan ranking alexa buat blogger Malaysia

Saya sendiri, dalam pengalaman dengan trafik blog dan Alexa ini, telah menerima lebih kurang 2-3 tawaran perletakkan iklan berbentuk CPV (Click-Per-View) iaitu iklan yang membayar mengikut jumlah trafik atau impression. Saya menerima email daripada syarikat-syarikat pengiklanan antarabangsa yang membayar dalam USD untuk iklan dipaparkan di blog. Menarik bukan?

Dengan Alexa juga, anda boleh gunakan untuk menjaja blog anda kepada pengiklan. Jika mereka tak datang kepada anda, maka anda patut datang kepada mereka - sebab bukan semua mereka tu tahu mengenai kedudukan trafik laman web dan blog di dunia ni - termasuklah di Malaysia.

Alexa Adalah Trafik

Alexa adalah berkaitan trafik, bukan jumlah LIKE, bukan jumlah follower, bukan juga kerana anda seorang blogger kacak dan cun. Ia juga bukan soal SEO blog anda, kerana trafik sesebuah blog boleh datang dari pelbagai sumber, ia merangkumi semua.

Jadi, andaikata blog anda berada di dalam senarai Alexa (ranking), maka bolehlah anda rasa teruja dan sedikit berbangga dengan pencapaian blog anda kerana mampu berada di dalam kedudukan sama baik, sama hebat dengan laman-laman web lain ... bukan setakat di Malaysia, malah di dunia.

Jika anda belum memasukkan blog anda dalam ranking Alexa, maka lakukan sekarang, dan daftar secara percuma untuk membolehkan blog anda diberikan penarafan yang sepatutnya.


26 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Oh..untuk pengiklan tau keudukan blog kia rupanya
    Berbeza dgn page rank la ni
    Sebab x kisah sumber trafik dari mana

    Entry Terkini : 15 Fakta Sains Mengenai Kaabah Mekah

    BalasPadam
  2. kena banyak jaga gak bab ni ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm .. jaga trafik agar sendiri lancar maasuknya .. ye tak? :)

      Padam
  3. Alexa blog den banyak gila angka dia. hahaha

    BalasPadam
  4. Perlu kerja kuat untuk kecil dan kekalkan angka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang betul, kena sengkang mata la jawabnya.

      Padam
  5. baru je buat.. hehehe. tapi masih tak dapat bawah 1000 lagi dalam kedudukan di malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar ... :) tapi kalau memang trafik dah tinggi, kejap je dah tersenarai tu

      Padam
  6. Kalau dahulu saya gunakan Alexa untuk aktiviti SEO mendapatkan backlink berkualiti. Tetapi sekarang ia servis berbayar.. ^_^


    Ikhlas,

    Amin Johar
    Jurutera SEO Malaysia

    BalasPadam
  7. memang benar ..alexa penyebab blogger bole buat duit..dengan cara company tu langgan space iklan dekat blog/website :)

    thxs for the info..

    BalasPadam
  8. wah terbaeklah tips ni akan dilakukan :)..

    BalasPadam
  9. oh baru gua tahu fungsi alexa ni, gua ingat buat pembakar semangat je hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ... nampak angka makin kecil .. kira pembakar semangat la tu ...

      Padam
  10. masih berusaha nak ada dibawah 100K..hoho..advertiser banyak ragamnya..tapi kalau PR tinggi..alexa pun bagus..memang boleh demand banyak kat advertiser..:D

    BalasPadam
  11. kadang2 bila dah jatuh teruk, malas nak tengok. hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. tak mengapa, tgklah orang lain punya

      Padam
  12. Kadang-kadang saya suka berjalan macam siput tapi sampai dari berlari macam arnab tapi kemudiannya ketiduran di bawah pokok.

    BalasPadam
  13. wow. dasyat nyer. momoy blogging je tapi SEO ke mende tak pandai. penah baca tapi pening2 lagi bab tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ALa momoy .. bro masa mula2 belajar tu pun mangkuk hayun gak .. tapi ada semangat nak belajar tgk ramai blogger cam best je dapat ranking best.

      Ambil masa Momoy, bukan sehari dua, tapi bila dah start belajar dan tahu ... memang tak leh berenti la, lagi2 kalau dah terima habuannya ..

      Padam
  14. kalau tukar tamplate, ada effek tak?? hehe langsung tak tau pasal mende nih. .

    BalasPadam
  15. Eh, kena register alexa ke rupanya? Tak pernah register pun sebelum ni walaupun selalu je cek ranking..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement