As-Salam. "Bang, macamana abang pastikan blog abang mesra SEO?". Erkkk ... macamana ehh? Ok, sebenarnya saya pernah bercerita mengenai panduan untuk mengetahui blogspot kita ni mesra SEO pada entri lampau. Ada banyak aplikasi, serta laman web yang boleh memeriksa kandungan blog kita samada mesra SEO atau tidak.

Cara Mudah Pastikan Blog Mesra SEO

Lain blogger, lain cara. Saya menggunakan cara yang mudah dan selesa, tak perlu nak pening sangat. Lagipun SEO (Search Engine Optimization) ini sebenarnya tidaklah kompleks seperti disangka ramai, cuma mungkin kerana terma dan kaedah yang banyak diperkenalkan oleh blogger berpengalaman membuatkan ramai blogger dan pengendali laman web macam takut-takut je. Is all about back to basic of writing.... simple.

Tips Mudah SEO Blogspot

Apa yang perlu anda tulis dalam blog mestilah dalam bentuk perenggan yang mudah dan mengikut format. Ingat kembali cara anda menulis karangan sewaktu ambil SPM, PMR atau SRP.... itupun sudah cukup bantu untuk anda menerbitkan sebuah entri yang lengkap ciri SEOnya.

Bagi saya, cara yang sering digunakan untuk menilai blog saya mahupun entri-entri dalam blog ini mesra SEO ialah dengan menggunakan SEO Workers. Saya sangat selesa dengannya, malah banyak tips daripada laman tersebut saya gunapakai dalam menjadi setiap entri itu ada nilai SEOnya. Tapi, itulah; mungkin ada blogger yang gunapakai cara lain, yang mungkin lebih efektif daripada apa yang saya gunakan ini.

Saya juga menggunakan Woorank dan juga SEO Doctor sebagai tambahan. Kedua-dua aplikasi boleh didapati daripada plugin Firefox.

Mari saya tunjukkan hasil penelitian SEO Workers mengenai tahap SEO blog ini - www.hasrulhassan.com.
Dan berikut pula adalah penelitian yang diberikan ke atas sesebuah entri dalam blog saya - contoh entri berikut: Aplikasi MyKad Smart Shopper oleh Affiliate Junction (AJ)
Bagaimana nak dapatkan seperti yang dipaparkan dalam analisis di atas? Saya pernah kongsikan kepada anda di sini - Cara Ubah H1, H2 Tag Dalam Blogspot

Jika tak faham apa itu H tag, boleh baca di entri ini - 3 Struktur Heading Blog

Semoga entri ini sedikit sebanyak bantu anda sebagai blogger baru mahupun lama mengetahui mengenai asas SEO (Search Engine Optimization) dalam blogspot, dan cara mudah untuk pastikan blog mesra SEO.


13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. blog saya merah menyala. hehe.

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah fikir camane nak buat SEO ni HH..

    ReplyDelete
  3. blogspot semakin mesra seo ^^,

    ReplyDelete
  4. hurmmm susah jugak nak faham SEO NI.hihihi.tapi sy akan cuba fahamkan.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih. Best tool ni. Banyak kerja kena buat pas ni :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya dimanfaatkan oleh blogger Malaysia seluruhnya.... in Sha Allah.

      Delete
  6. hurmm.mcm susah jek.tp boleh beljar

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Memang awal2 pening dik .. tapi in Sha Allah, lama-lama mudah nak terapkan dalam blog

      Delete
  8. Terima kasih bro... berkongsi informasi tentang SEO

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Advertisement




CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement


Rahsia Bisnes Tudung