As-Salam. Sekalung tahniah buat Irene Nadia Marcello kerana dinobatkan sebagai Blogger of The Year dalam DiGi WWWOW Internet for All Awards 2013.  Irene Nadia Marcello bukan orang baru dalam dunia Blog Malaysia ni, ibu muda ini telah berblog sejak 2008 lagi!

Haa... kenapa tak percaya ehh? Hmm saya boleh katakan Irene Nadia adalah blogger seangkatan dengan ramai blogger wanita terkenal lain seperti Hanis, Fatin Liyana, Cik Epal, Pen Merah, +Nisa Kay , +Yuyu Zulaikha  - sekadar menyebut beberapa nama blogger Malaysia.

Irene telahpun mendirikan rumahtangga bersama Amirul yang juga seorang photographer dan pemilik blog Vel Oliver.
Digi WWWOW Awards - Blogger of The Year 2013

Irene Nadia Marcello - Blogger of The Year DiGi WWWOW Awards 2013

Populariti Irene Nadia memang tidak disangkal dalam dunia blog kerana mempunyai lebih daripada 30 ribu follower selain mempunyai lebih daripada 80 ribu pengikut di Facebook Fanpage. Malah, majlis perkahwinan Irene Nadia dengan suaminya Amirul merupakan antara wedding yang dihadiri ramai blogger, termasuklah blogger terkenal Malaysia.
Gambar Irene Nadia Marcello Blogger of the Year 2013

Kalau nak imbas, boleh imbas gambar kahwin cun cun perkahwinan Irene - Amirul kat entri-entri ini:


Dan mungkin tak ramai yang tahu, bahawa abang Irene juga merupakan seorang blogger yang dikenali ramai, malah juga berkahwin dengan seorang model dan bekas blogger juga ... :) iaitu Aizul Marcello - Lynda Roslan.

Rezeki Anak Sulong Irene

Ini mungkin rezeki berganda Irene atas kelahiran anak sulongnya Fiska Medina. Bayi perempuan Irene-Amirul dilahirkan pada pukul 2.46pm, bertarikh 6 Jun 2013 (27 Rejab 1434H) -  jatuh pada hari Isra' Mikraj. Comel anak sulong Irene-Amirul ni .... anda boleh lihat koleksi gambar cun cantik baby comel Fiska Medina di blognya - Irene Nadia Marcello.

Rasanya belum terlambat lagi untuk ucap tahniah pada Irene dan suaminya Amirul atas kelahiran baby yang sangat comel ini. Padan ahh dengan kekacakan dan kelawaan ibu dan ayah ye tak?

Gambar Fiska Medina - Anak Irene-Amirul

Foto anak Irene-Amirul
Foto Cantik anak Irene Nadia Marcello

Sekali lagi, tahniah buat Irene Nadia Marcello atas kejayaan dinobatkan sebagai Blogger of The Year dalam DiGi WWWOW Internet for All Awards 2013.

Kredit Foto: Irene Nadia Marcello


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. SALAM. TAHNIAH BUAT IRENE.

    BalasPadam
  2. Tahniah Irine. Kita sama umur ye. Hoho :|

    BalasPadam
  3. sukmawati binti haron7 Julai 2013 pada 1:55 PTG

    baru nak terjah blog dia nie...tak kenal ler......

    BalasPadam
  4. Tahniah buat beliau..memang buat saya kagum baca artikel yang bro tuliskan ni..hehe

    BalasPadam
  5. salam tahinah kepada beliau.. She deserve it :)

    BalasPadam
  6. wah...tahniah buat irene

    BalasPadam
  7. peminat setia blogger irine... mesti nak bukak blog die :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement