Klik Sini Untuk Tempahan
As-Salam. Ramai yang menyangka bahawa Google akan hukum blog-blog yang jarang dikemaskini. Tanggapan ini sebenarnya salah kerana Google tidak pernah menetapkan bahawa blog yang jarang update akan dikenakan penalti atau tidak akan dibenarkan berada di dalam enjin carian. Saya sendiri nampak bahawa ada blog-blog yang tidak update 2-3 bulan masih lagi berada di dalam tempat teratas enjin carian Google untuk kata kunci tertentu.

Google Hukum Blog Jarang Update?

Namun, ini tidak bermakna anda sebagai blogger harus ketepikan kepentingan untuk buat entri baru. Anda perlu hormat dan memberikan entri terbaru untuk pembaca setia anda. Pembaca setia adalah mereka yang memberikan dokongan dan sokongan untuk blog terus hidup. Jika anda buat tak endah, dan biarkan blog anda bersawang berminggu-minggu dan berbulan, maka agak tidak adil bagi pembaca blog.

Ya, mungkin blog anda boleh dapat trafik menerusi SEO (Search Engine Optimization), menerusi entri-entri lama anda yang cukup lengkap dan mesra on-page SEO, namun anda akan menghamparkan sejuta kekecewaan buat mereka yang selama ini mahu mengikuti apa yang anda terbitkan di dalam blog anda. Mereka mahukan cerita dan berita, serta kisah terbaru daripada anda, andai anda tidak memberikan ... kemungkinan nanti anda bakal berhadapan dengan kehilangan pembaca setia blog, yang sememangnya sesuatu yang merugikan.

Meh lihat ulasan dan tips yang diberikan oleh Matt Cutts, salah seorang penganalisis di Google ini mengenai kekerapan update post di blog.

Ulasan Matt Cutts - Penganalisis di Google

Google Tidak Hukum Blog Jarang Update

Apa yang diutamakan oleh Google bukanlah kekerapan, tetapi kualiti post di dalam blog anda. Blog yang mempunyai kualiti kandungan terbaik pasti akan mendapat tempat di halaman carian Google.

Maka, tidak perlulah anda risau mengenai kekerapan update blog. Yang penting, anda perlu sajikan sesuatu yang berbaloi untuk dibaca oleh pengunjung dan pembaca setia blog anda - sebuah post atau entri berkualiti yang tidak terdapat dari mana-mana blog atau laman web di dunia!

Ingat ye kawan-kawan, bukan kuantiti yang dicari tetapi kualiti.


8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. suterakasihyann.comJuly 2, 2013 at 12:04 PM

    betul betul ! yg penting kualiti..

    ReplyDelete
  2. Bro HH, saya nak tanya pendapat bro mengenai google page rank. Saya dapat tahu google nak update pagerank ikut fasa. Untuk akhir minggu bagi bulan Jun hingga awal minggu bulan Julai dah dikira fasa ketiga. Betul ke tak apa yg saya dapat tahu mengenai maklumat ni? Kalau salah tolong betulkan. Saya dapat info kat laman web ini --> http://igau.org/pagerank-update-june-2013/

    ReplyDelete
  3. This video rocks . I love this entry and thank you very much for sharing.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih @Lina md. munir ...

    ReplyDelete
  5. Ya, jangan ambil mudah kerana nak trafik je .. :)

    ReplyDelete
  6. Ya, memang Google update pagerank ikut fasa .. dan apa yang diberitahu tu memang ada kebenarannya, cuma tarikh sebenar tak ramai yang tahu.

    ReplyDelete
  7. Panda ngan Penguin tu...efek apa plak ye

    ReplyDelete
  8. Ohh itu codename bagi algorithma dalam enjin carian Google. Setiap satu ada fungsi dia. Saya lupalah apa yang dibuat oleh panda dan peguin ni, tapi kalau tak silaplah .. Panda untuk cari keyword stuffing bagai2 tu .. dan Peguin pula mengenai copy-paste entri. Kalau tak silap la .. leh google.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement