As-Salam. Saja bangkitkan topik ini - Sesuaikah perkahwinan sesama blogger? Hehehe ... macam isu hangat la pulak, tapi tak ada menda pun, cuma sekadar untuk difikirkan sahaja. Manalah tahu kot-kot ada insan yang sedang mencari, dan mahu mendapatkan pandangan orang lain. Saya pasti ramai juga blogger yang berkahwin sesama blogger ni - samada berkahwin sebelum tahu masing-masing ada blog, atau memang mengetaui masing-masing ada blog.

Sudut Positif Berkahwin Dengan Blogger

Dari sudut pandangan positif, perkahwinan sesama blogger akan mencambahkan kreativiti, apatah lagi andai si suami dan isteri tersebut punyai niche atau tema blog yang serba berlainan. Mungkin, sorang berblog mengenai perihal kehidupannya sebagai seorang model majalah atau pakaian muslimah, dan si suami berblog menceritakan mengenai kegiatan dan hobi dalam bidang fotografi. Boleh saling bantu menaikkan jenama blog masing-masing, dan boleh sama-sama dikenali dalam dunia blog.

Ada suami isteri berblog kerana mahu mencari pendapatan sampingan. Ini memang biasa, si suami mungkin ada blog yang punyai niche tertentu dengan trafik yang tinggi. Si isteri pula handle blog untuk bisnes, contohnya menjahit baju kurung atau buat kuih raya tradisional sedap lazat. Si suami jana pendapatan blog menerusi pengiklanan, manakala si isteri jana pendapatan menerusi blog dengan penjualan baju kurung atau biskut raya. Kolaborasi dilakukan sesama sendiri, dengan si suami letak iklan atau banner blog isteri, dan isteri pula promosi untuk letakkan iklan di blog si sumai.

Sudut Negatif Perkahwinan Sesama Blogger

Cuma, mungkin ... sekadar satu kemungkinan dari sudut pandangan negatif ...jika - hanya jika si sumai kuat cemburu, melihat blog peribadi isteri ramai pengunjung dan pembaca, malah banyak pula komen-komen dalam setiap entri - nak nak lagi, apabila si isteri posting cerita bergambar cantik cun mempesona, dikomen pula oleh lelaki-lelaki yang puji kecantikan serta ayat-ayat gelenya ....hehehe .. mungkin salah faham boleh berlaku.

Mungkin .... si isteri atau suami secara tanpa sedar telah menulis entri yang agak peribadi, kisah hati dan perasaan, diluahkan dalam entri blog - bercerita mengenai pasangan masing-masing yang mungkin menguris hati, tentu benda tak elok boleh berlaku. Tambah-tambah lagi, ada batu api yang tidak diundang memberi komen yang tak begitu enak.

Itu dari sudut blog. Belum lagi melihat kepada aktiviti lain yang ada kaitan dengan blogger. Si suami pergi event blogger yang best, si isteri tidak dijemput. Si isteri dapat pergi ke event blogger yang grand, si suami pula tidak dijemput. Alahai .. alahai ....

Banyak Baik Daripada Tak Baik

Apapun, kalau ikutkan sayalah, tak ada masalah sebenarnya. Mungkin ada berlaku, tapi peratusannya mungkin nampak kecil.

Yang saya banyak nampak ialah boleh je si suami isteri bersama ada blog masing-masing. Malah, ramai blogger terkenal yang dah kawin ... dan pasangan pun ada blog, kekal bahagia dan gembira.

Kata anda?

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ketentuan Ilahi memang xleh diubah

    BalasPadam
  2. memang pernah terfikir sebelum ni kalau perkahwinan sesama blogger. terutamanya kalau jenis blog peribadi. bila dah kahwin, kena pandai jaga batasan dalam berblog. kena ada limit. jangan sampai membuka pekung didada.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. memang ada positif dan negatif.

    BalasPadam
  4. sukmawati binti haron27 Jun 2013 pada 2:57 PTG

    rumusannya adalah lebih baik hanya seorang yg aktif berblog, tapi kalau kalau sorang lagi pun aktif jugak kena ler ada bertolak ansur dalam apa jua keputusan, jangan sampai cerita dalaman pun nak citer kat entry, takut nanti pembaca poyo membacanya.....alahai....

    BalasPadam
  5. Setuju dgn pendapat bro HH... Cuma nak puji blog bro HH sekarang ni semakin ringan...

    BalasPadam
  6. ciklaili & suami dua2 blogger. rasa lebih mudah sebab sama2 saling memahami dunia blogger :)

    BalasPadam
  7. Hmm .. mesti terima dan cuba berlaku adil dan memahami situasi ye tak @sopie Ibrahim ?

    BalasPadam
  8. Ya, tu yang susah kadangkala, biasalah mainan perasaan, kadangkala iblis syaitan ni ada je cara nak nyucuk ...

    BalasPadam
  9. Itulah pasal, ada blogger suami isteri .. sbb tak sabar, semua benda dibuka pekung.

    BalasPadam
  10. Ehh ye ke ringan? Tak perasan la pulak.

    BalasPadam
  11. Anarm vs Suraya, satu pasangan yang saya pergi ketika perkahwinan mereka di Pasir Mas, Kelantan. Saudara Eizil pergi jugak. Mereka berkahwin pada bulan ogos thn lepas. Semoga mereka bahagia selamanya.

    BalasPadam
  12. bagus sangat kalau sesama blogger itu kahwin..saling memahami tugas masing-masing

    BalasPadam
  13. fairus mohamad noor12 Julai 2013 pada 6:22 PG

    btl2..setuju dgn pendapat bro tu..mmg ade positif dan negatif nye..kalo mmg dah jodoh sesama blogger nk buat mcm mne kan terima je lah buruk baiknye..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement