As-Salam. Untung ehh siapa ada UniFi ni, boleh merasa perkhidmatan capaian internet sangat laju, lebih laju daripada Streamyx. Kawasan saya belum ada Unifi lagi, tapi semak-semak kawasan (area) UniFi di Pulau Pinang, ada beberapa kawasan tertentu sudah ada perkhidmatan UniFi ni. Harapnya nanti akan menyeluruh ke seluruh Pulau Pinang.

UniFi merupakan satu perkhidmatan jalur lebar terpantas menandakan era baru gaya hidup digital dengan pengalaman dalam talian yang lebih cepat, lebih kaya dan lebih dipercayai. UniFi menyediakan perkhidmatan pakej 3 berangkai yang menawarkan High Speed ​​Internet, HyppTV (IPTV) dan suara.

Senarai Kawasan Perkhidmatan UniFi Sedia Ada

Setakat ini perkhidmatan UniFi terdapat di kawasan-kawasan berikut:
1) Damansara 2) Duta 3) Cyberjaya 4) Puchong 5) Putrajaya 6) United Sheffield Jaya 7) L.Terbang Subang 8) Bukit Anggerik 9) Skudai 10) Kepong 11) Melawati 12) Sg. Buloh 13) Wangsa Maju 14) Kulim Hitech 15) Bukit Tengah 16) Bayan Baru 17) Permas 18) Senai 19) Taman Midah 20) Menara TM 21) KL International Airport 22) Petaling Jaya Central 23) Teluk Panglima Garang 24) Keramat 25) Sungai Long 26) Seberang Jaya 27) San Peng 28) Gelang Patah 29) Bintang 30) Sentul 31) Saga 32) Simpang Renggam 33) Cheras 34) KL Central 35) Pekeliling 36) Serdang 37) Kelana Jaya 38) Kuala Pauh 39) Taman Petaling 40) Jln Kebun 41) Klang 42) Batu 43) Setapak 44) Selayang Baru

Oh, bagaimana saya tahu kawasan saya belum ada perkhidmatan UniFi ni? Antara cara paling mudah ialah dengan pergi ke Pusat Khidmat Pelanggan TM Point, atau boleh sahaja anda telefon UniFi Centre kat talian 1-300-88-1222.

Semak Secara Online Kawasan atau Area Ada Perkhidmatan UniFi

Salah satu cara lain ialah dengan menyemak secara online kedapatan perkhidmatan ini di kawasan anda. Semakan tersebut boleh dilakukan melalui - Semak Online Kawasan (Area) UniFi
 Anda boleh menyemak menerusi 3 kaedah, samada menggunakan nama jalan, nama bangunan (macam nama kondominium atau flet), dan juga kata kunci tertentu seperti Jalan Bangsar atau Kuala Lumpur, atau Pulau Pinang.

Hasil carian akan dapat anda nampak selepas tekan butang Search disediakan dan paparan seperti berikut akan terhasil pada carian anda.

Oh ya, untuk info, UniFi juga akan ditempatkan di kawasan anda jika ada permintaan yang tinggi. Anda hanya perlu isi satu borang yang ada di TM Point untuk meminta perkhidmatan UniFi di kawasan anda.


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sukmawati binti haron10 Jun 2013 pada 4:10 PTG

    kat tempat saya ada UNIFI....bandar Melaka

    BalasPadam
  2. Sekarang dah banyak kawasan ada coverage Unifi. Harga pun dah murah dah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement