As-Salam. Ingat senang ke orang nak singgah, baca dan tinggalkan komen dalam blog. Mereka yang kerap tinggalkan komen ini sebenarnya adalah pengunjung-pengunjung yang aktif, dan sentiasa ada idea bernas untuk dikongsikan. Dan ia juga menunjukkan bahawa mereka punyai pendapat dan pandangan sendiri yang mungkin adakala agak kontradiksi dengan apa yang diceritakan dalam blog. Maka, kerana inilah, sebagai blogger - anda, saya dan kita perlu hargai komentar yang diberikan dalam blog.

Hargai Komentar Diberikan Dalam Blog

Ada banyak cara untuk hargai komentar yang ditinggalkan. Kalau menggunakan fungsi komen Disqus, antara cara terbaik adalah dengan kongsikan komen tersebut di Twitter dan juga Facebook - selain menjawab dan membalas komen yang diberikan.

Balas Komen

Cara lain adalah dengan singgah balas blog mereka (jika ada) dan berikan pendapat anda jika perlu pada entri mereka. Kalau tak ada idea, cukuplah dengan singgahan anda. Sekurangnya anda memberikan trafik pada blog mereka.

Highlight Komen Dan Buat Entri

Cara saya yang lain, untuk hargai komen yang diberikan ialah dengan highlight komen-komen bernas dalam entri. Banyak kali dah saya lakukan, dan apa yang saya dapat ialah timbal balik yang luar biasa. Yelah, bukan semua pengunjung blog akan baca komen-komen diberikan, maka dengan cara ini ... mana komen yang nampak best dan perlu dikongsikan boleh diberikan pendedahan yang sebaiknya melalui satu entri baru yang berkaitan.

Kaedah ini bukan sahaja bolehkan anda terbitkan entri baru, tetapi menunjukkan bahawa anda baca komen ditinggalkan dan memberikan respon terhadap komen mereka. Usah memilih, mana yang baik dan buruk, perlu dikongsikan, bukan hanya memilih entri angkat bakul naik sendiri sahaja .. hehehe...

Tips mudah ini adalah untuk anda hargai komentar yang diberikan di dalam blog. Tak susah mana, cuma anda perlu peka dan prihatin sahaja.




14 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih bro. maksudnya di sini, dari komen itu kita juga boleh create satu entri juga? betulkan jika saya salah

    ReplyDelete
  2. In Sha Allah sama-sama leh jenguk.

    ReplyDelete
  3. In Sha Allah, akan dibuat dari semasa ke semasa ....

    ReplyDelete
  4. Ehemm .... hehehehe... lalalalla .. mekasih @Nurfaezah Abdullah sbb sudi komen ...

    ReplyDelete
  5. Ya, tapi itulah tak semua ada masa untuk ziarah blog lain .. :)

    ReplyDelete
  6. Sama-sama,. saya seronok dengan kenyataan @sopie Ibrahim ... :) harap benar dijadikan panduan buat semua.

    ReplyDelete
  7. sukmawati binti haronJuly 12, 2013 at 6:22 AM

    hargailah komentator di dalam blog kita...thanks info...

    ReplyDelete
  8. Kalau ada masa.. singgah la blog saya juga.

    ReplyDelete
  9. Good tips. Thank you.

    ReplyDelete
  10. Inilah cara terbaik untuk mengekalkan visitor! Memang berbaloi!
    Sesekali HH singgah le blog teman...hehe

    ReplyDelete
  11. Nurfaezah AbdullahJuly 12, 2013 at 6:23 AM

    fae agak memilih kalo nak baca entri mana when do blogwalk from one blog to another blog. and usually blog yang fae singgah fae akan tinggalkan komen :) walaupun ada certain bloggers jarang balas kunjungan fae, fae masih nak baca entri2 mereka.

    ReplyDelete
  12. fairus mohamad noorJuly 12, 2013 at 6:23 AM

    thanks bg tips..biasa yg m3h buat ialah dengan membalas komen dan ziarah blog mereka

    ReplyDelete
  13. thnks boleh dijadikan ilmu panduan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement