As-Salam. Mungkin ramai yang dah tahu, salah satu cara untuk mendapatkan trafik ke blog ialah melalui gambar. Menerusi gambar, adakala trafik yang dijana sangat mengagumkan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah teknik untuk menamakan gambar tersebut serta meletakkan atribut yang sesuai. Saya pernah beritahu tips ini pada satu ketika dahulu. Jika belum buat, lakukan sekarang, baca panduan mudah - Gambar Dalam Blog Sumber Trafik Organik

Tetapi, masalah yang ramai blogger hadapi ialah stok gambar, bukan semua blogger ada kamera canggih, ada DSLR untuk dapatkan gambar yang terbaik bagi dimuatkan dalam entri dan blog. Apatah lagi mencari gambar dan foto yang sesuai dengan tajuk entri blog serta kata kunci SEO yang digunakan.

Guna Foto Percuma Dari Stockvault

Kerana itulah, saya ingin kongsikan salah satu pusat sumber gambar dan foto terbaik yang boleh anda gunakan bagi pengisian blog dan entri-entri anda. Anda tidak perlu lagi nak mencuri-curi gambar orang lain, atau bersusah payah nak crop gambar untuk hilangkan watermarks, kerana stok foto dan gambar yang disediakan adalah bebas daripada watermarks, serta ianya adalah percuma!

Ya, ada ribuan, puluh ribu gambar, foto percuma dari Stockvault boleh anda gunakan!

Ia bukan sekadar percuma, tetapi gambar-gambar yang disediakan pula adalah berkualiti tinggi. Anda boleh gunakan sesuka hati anda tanpa risau mengenai masalah copyright yang kadangkala ada di sebalik gambar.

Muat Turun dan Gunakan Tanpa Rasa Was-Was

Serius. Kalau anda silap ambil gambar daripada ruang maya, ia akan jejaskan kredibiliti blog selain dikenakan penalti oleh Google. Saya pernah dihubungi oleh sebuah syarikat antarabangsa kerana menggunakan gambar dalam laman web mereka untuk bercerita mengenai satu artikel kesihatan dalam blog. Malah, ada kes sebelum ini, saya berhadapan tindakan kerana memaparkan gambar yang diletakkan dalam Facebook mereka yang saya gunakan dalam menulis entri - walaupun kredit diberikan.

Jadi, menerusi perkhidmatan percuma yang disediakan oleh Stockvault ini, gambar cantik menarik dan sesuai dengan entri boleh digelintar dan dicari, digunakan tanpa rasa bersalah.

Contoh Gambar Foto Percuma Stockvault

Ini hanyalah sekadar contoh, gambar ini beresolusi tinggi, tetapi saya dah kecilkan untuk paparan entri ini. Terdapat lebih daripada 40 ribu foto, gambar, imej dan vektor yang boleh anda muat turun secara percuma dan gunakan dalam terbitan entri anda.


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sukmawati binti haron25 Jun 2013 pada 10:35 PG

    thanks HH...info amat penting buat blogger dalam penggunaan gambar di blog...

    BalasPadam
  2. waa..best ni. kdang2 bukan semua entri kita ada koleksi gambar sesuai.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement