As-Salam. Ada rakan blogger yang masih blur bagaimana nak keluarkan duit pendapatan menerusi pengiklanan Nuffnang. Ok, saya akan cuba berikan langkah untuk anda faham dan ketahui cara untuk cash-out pendapatan pengiklanan dari akaun Nuffnang anda.

Cara Keluarkan Pendapatan (Earnings) Dari Nuffnang

Sebelum itu, anda harus ketahui bahawa had minima untuk membolehkan anda mengeluarkan wang pendapatan pengiklanan dari Nuffnang adalah sebanyak RM50, dan anda perlu membuat permohonan kepada pihak Nuffnang bagi membolehkan pendapatan itu dikeluarkan dalam bentuk cek. Setakat ini, hanya cek sahaja saluran untuk anda keluarkan duit pendapatan Nuffnang.
Ohblogger - Cara keluarkan pendapatan - earnings dari Nuffnang

Perkara kedua yang perlu anda ambil perhatian ialah anda mestilah mengisi butiran diri anda dengan lengkap sebelum anda boleh cash-out. Butiran yang saya maksudkan itu ialah nama sebenar, alamat, poskod juga email anda, contohnya nama - perlu masukkan seperti ini - Aminah Binti Jamil. Jangan jadi seperti saya satu ketika dahulu apabila pengeluaran yang saya buat digantung buat sementara - baca sini (klik).

Langkah 1 - Cara Keluarkan Pendapatan (Earnings) daripada Akaun Nuffnang

Untuk keluarkan pendapatan daripada Nuffnang, pastikan dalam akaun sudah ada lebih daripada RM50. Dan apabila akaun ada pendapatan lebih daripada nilai yang telah ditetapkan itu, secara automatik pada halaman Earnings, akan keluar butang Cash-Out di bahagian bawah nilai keseluruhan pendapatan.
OhBlogger - Cara keluarkan pendapatan - earnings dari Nuffnang

Langkah 2 - Cara Keluarkan Pendapatan (Earnings) daripada Nuffnang

Apabila anda tekan butang Cash Out yang tersedia, secara automatik butiran nama, alamat dan poskod akan keluar. Anda perlu dengan berhati-hati memeriksa butiran yang dipaparkan. Jika tidak betul, anda dikehendaki kemaskini kembali butiran di Profile anda. Ini penting bagi memastikan nama sebenar anda diletakkan dalam nama penerima cek, jika tidak, cek yang akan anda dapat hanyalah merupakan sehelai kertas tanpa nilai! Semua ok dan betul, tekan butang Confirm.

Langkah 3 - Cara Keluarkan Pendapatan (Earnings) daripada Nuffnang

Setelah butang Confirm anda tekan, satu paparan memaklumkan bahawa cek pendapatan akan sampai dalam masa yang ditetapkan. Jangkamasa yang diberikan oleh Nuffnang untuk proses pembayaran pendapatan adalah selama 30 hari bagi pemilik akaun Glitterati, dan selama 2 bulan untuk Non-Glitterati. Anda jangan risau, kerana semuanya akan dimaklumkan kepada anda melalui email yang telah anda daftarkan - jadi penting alamat email anda betul dan sah.
Jumlah pendapatan dalam akaun anda secara automatik akan reset menjadi sifar, dan pengiraan akan dilakukan semula.

Anda juga boleh periksa status cek anda di bahagian Earnings - Payment History. Ia akan jadi samada submitted, processing/processed atau sent.

Oh ya, ada satu tips penting mengenai cara nak keluarkan earnings ini, kalau silap ... anda mungkin terpaksa melopong lebih lama untuk terima cek. Jadi, nantikan entri mengenainya kemudian.

*p.s: Kalau tak mahu ketinggalan entri-entri terkini, sila subscribe atau langgan rss menerusi email.



4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Owh gitu...patut la akak x jumpa button cash out tu,rupanya lum cukup syarat....hihi..anyway thanks Hasrul....baru paham

    BalasPadam
  2. Hehehe... :) ok, dah setel masalah kan? Ada apa2 lagi jangn segan tanya, saya suka je .. :)

    BalasPadam
  3. Mana lebih baik..kumpulkan duit tue atau cash out bila dah cukup syarat..

    BalasPadam
  4. Bergantung. Kalau anda rasa nak tukar platform iklan, maka keluarkan bila cukup syarat. Kalau nak kumpul, boleh kumpul sbb bila nak kuarkan tu akan kena caj.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement