As-Salam. Kalau anda ada akaun Adsense, maka pandai-pandailah anda cari apa yang orang Kanada suka baca. Jika blog dah lengkap SEO (Search Engine Optimization), maka buatlah entri mengenai perkara-perkara yang disukai oleh rakyat Kanada. Mengapa? Nanti saya huraikan ...

Pertama sekali ialah, orang Kanada menggunakan Dollar Kanada (Canadian Dollar) yang nilainya adalah 6 kali ganda lebih tinggi dari nilai Ringgit Malaysia. Iklan yang mereka bayar untuk Adsense juga dalam Dollar Kanada. Katakan mereka bayar untuk iklan Adsense terpapar sebanyak CAD0.02 jadi dalam matawang Ringgit Malaysia bersamaan MYR0.06. Banyakk tu.

Bila matawang ini tinggi, maka .... perolehan untuk blog anda yang paparkan iklan Adsense sangat cerah untuk mendapat pendapatan berganda-ganda dalam nilai yang diberikan oleh pengiklan. Itu belum lagi bonus jika iklan terpapar diklik oleh pengunjung blog... lagi masyuk.

Sebagai contoh, anda cerita mengenai keindahan negara Kanada, maka dengan sendirinya iklan-iklan Adsense dalam blog akan paparkan mengenai apa yang ada di Kanada - seperti hotel paling murah, hotel paling best, tempat menarik dilawati, pusat tukaran wang asing, bank di Kanada dan macam-macamlah. Sekali dapat klik (Pay-Per-Click), fuh ...

Kerana itulah, saya katakan bahawa Canada sebagai lubuk duit iklan Adsense. Nak lagi best, anda buat satu blog khas hanya cerita pasal Canada je. Kalau anda cukup kreatif, boleh dipelbagaikan isi entri, kandungan blog anda itu mengenai segala macam hal yang ada di Canada.

Ok? Ini untuk mereka yang pasang iklan Adsenselah. Kalau tak ada, maka entri ini mungkin sekadar info dan ilmu am bagi anda.

Tips ini dikongsikan kepada saya oleh orang yang dah berjaya dengan Adsense dan bagaimana dia berjaya dapat income beribu-ribu dengan Adsense. Nak belajar mengenai Adsense? Anda patut beli ebook ini - Buat Duit Dengan Google Adsense

p.s: Best sangat ke Adsense ni? Hmm senang dibandingkan ehh - ia macam CPUV dalam Nuffnang. Setiap pengunjung unik yang singgah di blog akan diberikan bayaran - belum klik iklan lagi.




4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. duk tgh prepare apply adsense. asyik reply xckup content je. ad org ckp kena tunggu blogging sampai 6 bulan.

    BalasPadam
  2. Hmmm ... itu sebab saya kata sebelum ini, buat blog dulu, kayakan blog dengan entri-entri best dan unik - kalau nak adsense mudah, tulis entri dalam bahasa inggeris atau boleh je diselang-selikan. Pastikan setting blogspot dalam Bahasa Inggeris.

    BalasPadam
  3. take time la nampaknya. tapi chitika publisher juga boleh dikatakan bagus. sy try setakat ni ok la. tgh tunggu gold account dia. tak pasti bila bleh dpt.

    BalasPadam
  4. Kalau kita bercerita pasal Kanada dalam bahasa melayu pun boleh ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement