As-Salam. Saya semasa buat blog awal-awal dulu tak pernah buat benda ni - menetapkan matlamat jelas untuk blog-blog saya. Pada ketika itu, sekitar tahun 2007-2008, apa yang saya tahu ialah blog adalah salah satu tempat untuk mendapatkan pendapatan secara online, tanpa modal, tanpa perlu kerja keras. Pada ketika itu, saya berasakan dengan adanya blog, saya boleh buat duit banyak-banyak.

Kesilapan Dalam Dunia Blog

Tapi, itulah kesilapan paling besar saya dalam dunia blog. Saya buat blog mengenai pemasaran, bercerita mengenai pemasaran bersandarkan kepada artikel-artikel yang diambil daripada forum dan juga beberapa laman artikel percuma. Blog saya kebanyakkannya pada ketika itu adalah blog berbahasa Inggeris. Dan kerana itulah, saya dengan mudahnya dapat membuka akaun Google Adsense untuk menjana pendapatan secara online menerusi blog.

Saya fikir, dengan adanya iklan Adsense yang dibayar USD itu dapatlah setiap bulan saya menerima paling tidak USD100 .... ohh memang mata duitan ketika itu.

Saya tak fikir mengenai trafik, apatah lagi soal pengikut, dan tentu sekali kosong pengetahuan mengenai kepentingan SEO (Search Engine Optimization). Apa yang saya buat ialah, setiap hari saya akan buat entri baru dan terbitkan. Kala itu, tiada Facebook untuk promosi, malah tiada ruang pun saya mempromosikan blog. Dan apa yang telah dilakukan itu sebenarnya - membuang masa saya selama bertahun tanpa hasil yang benar-benar boleh dibanggakan.

Matlamat Tak Jelas - Hanya Fikir Soal Duit Online

Matlamat saya tak jelas, apa dalam kepala otak saya hanyalah duit .. duit ..wang wang mudah daripada internet.

Bila saya sertai perniagaan MLM (Multi Level Marketing), saya mula gunakan blog untuk promosikan 'bisnes' saya itu. Saya gunakan blog untuk menyalurkan informasi mengenai 'bisnes' saya. Saya kongsikan menerusi email, menerusi forum dan beberapa laman komuniti online. Hasilnya, walaupun tak beribu, tapi adalah sedikit-sedikit. Dari situ, saya mula belajar mengenai seni perkongsian ilmu menerusi blog - dan bukan semata-mata duit atau bisnes.

Kemudian, saya 'hilangkan' diri sebentar, tetapi blog-blog saya terus wujud bagai hidup segan mati tak mahu.

Hobi Memudahkan Matlamat Dibuat

Hobi baru tiba - minat dalam dunia fotografi. Dari situ, saya tetapkan matlamat saya untuk berkongsi hasil kreativiti dan seni foto menerusi blog. Alhamdulillah, tatkala itu, sudah ada pengikut dan pembaca sendiri. Saya nampak keberhasilan saya berkongsi minat menerusi blog.

Kemudian, saya mula berubah niche, saya wujudkan blog lain, mengenai perkongsian maklumat dan informasi yang pelbagai variasi - macam carca-marba... macam-macam ada. Ada entri mengenai cinta, mengenai petua, mengenai fakta menarik, dan apa sahaja.

Sedar Mengenai Kebanjiran Trafik Menerusi Enjin Carian

Dari situ, saya mula nampak banyak trafik datang menerusi enjin carian. Saya mencari template yang ada ciri-ciri mesra enjin carian - dan saya belajar untuk menguasai ciri-ciri ini. Saya mula melihat banyak blog semakin popular, lalu saya ikuti dengan penuh teliti bagaimana blog-blog ini boleh berjaya. Saya selidik dan cari kekuatan blog tersebut. Saya lihat segala aspek, dari subjektif ke objektif, dari cara penyampaian sampailah ke kod-kod HTML blog tersebut.

Berkongsi Ilmu Blog

Sedikit demi sedikit saya nampak hasilnya. Lalu, saya berfikir ... adalah lebih baik bagi saya untuk berkongsi segala ilmu ini kerana saya tahu ramai blogger yang dahagakan trafik, dahagakan pendedahan, dahagakan publisiti .... mahu perhatian, mahu jana pendapatan dan sebagainya.

Saya kemudian tetapkan matlamat terbaru dalam dunia blog - saya mahu menjadi pakar perkongsian ilmu blog terutama blogspot bagi membantu blogger-blogger seperti anda dan saya mencapai apa yang diinginkan pada blog masing-masing. 

Dengan blog ini seadanya, saya berkongsi segala apa yang telah saya eksperimen, uji, dan dapatkan hasilnya untuk dipersembahkan kepada anda, bagi anda pula menggunakan segala formula, tips, petua dan panduan yang diberikan. Dan dalam masa yang sama, saya juga belajar benda-benda baru, samada secara tidak langsung mahupun langsung daripada pembaca dan pengunjung blog ini.

Nasihat saya, tetapkan matlamat anda, maka akan mudahlah mendapatkan kekuatan blog anda, tahu apa yang perlu dilakukan, teknik mana harus dipraktikkan.

Tips Terbaik

Dan tips terbaik yang ingin saya berikan kepada anda mengenai blog ialah - keikhlasan memberikan sesuatu, lebih banyak anda memberi sesuatu yang bermanfaat, maka in Sha Allah, hasilnya nanti akan nampak dan membuatkan anda berbangga dengannya.




12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wow.. pentingnya matlamat berblogging ni kan? setakat ni saya belum nampak lagi matlamat saya.. terima kasih HH..

    BalasPadam
  2. saya pun belum nampak lagi matlamat saya berblog sebab bagi saya berblog hanya sebagai hobi sahaja.. :) saya tidak kisah tentang SEO, trafik, pengikut dsb. Tapi, mungkin satu hari ni...akan menjadi lebih bermatlamat dan serius mungkin... Entry yang berinformasi.. terima kasih!

    BalasPadam
  3. matlamat yg no 4 tu sy suka..

    BalasPadam
  4. Terima kasih .... berusaha dgn gigih tu

    BalasPadam
  5. Walaupun hobi, tentu kita mahu sesuatu keberhasilan kan?

    BalasPadam
  6. Matlamat ni akan terjana apabila semakin hari semakin lama berblog

    BalasPadam
  7. Banyak orang,banyak ragamnya. Ada yang membina blog utk menjana pendapat, hobi, suka2, sambilan, sepenuh masa dan sebagainya. Ini semua memerlukan perancangan yang teliti, matlamat yang jelas dan target yang betul supaya ia tidak lari daripada matlamat asal penubuhan sesuatu blog.


    Banyak pengalaman yang tuan HH lalui. Perkongsian secara percuma banyak manfaatnya. Ia sebagai medan untuk bertukar idea dan ini sudah tentu kita akan berjumpa dgn pengalaman yang serba baru, sebab bukan semua yang kita tahu orang lain tidak tahu, ada juga orang lain tahu tapi kita tidak tahu. Banyakkan memberi lebih baik daripada yang menerima.


    Satu cerita yang menarik daripada pengalaman yang lalu. Ini banyak memberi manfaaat dan kelebihan kepada semua blogger untuk cuba mempraktikkan segala apa yang disyorkan oleh Tuan HH.


    Terima kasih....tuan HH, kelebihan yang ada pada blog ini terletak pada keyword/niche iaitu "Panduan Untuk Blogger". Saya amat menyukai blog ini. Banyak yang ada pada blog ini yang tidak ada pada blog lain..Tahniah.....


    Semoga Tuan HH terus maju dan jaya dalam blogger ini dan juga dlm apa bidnag lain yang dilakukan, nawaitunya kerana Allah Taala...

    BalasPadam
  8. saya kadang-kadang tersasar jauh dari matlamat sy juga.... entri ini mengingatkan sy kembali kepada tujuan sy berblogging. terima kasih sifu

    BalasPadam
  9. Saya setuju niat itu penting dalam setiap perbuatan kita. Tujuan saya berblog coz seronok tengok dan baca blog orang. Dalam hati memanglah nak cari duit sampingan setakat ni masih belum berjaya lagi. Dah 3 kali saya try google adsense all rejected. Kesiankan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement