As-Salam. Sejak menggunakan template Thesis ini, ranking trafik Alexa nampaknya semakin baik dari bulan ke bulan. Alhamdulillah, walaupun kadar penurunan ranking semakin mengecil, kedudukan trafik yang berjaya berada di dalam lingkungan 300 terbaik di Malaysia adalah sesuatu yang harus dipuji. 

Jangan tersedak dengan kenyataan di atas. Bukan memuji diri HH, tetapi memuji pakar perekabentuk template Thesis untuk blogger (blogspot) ini iaitu pemilik blog Forblogger.net. Sangat mengagumkan bagaimana hanya dengan menukar atau menggunakan template ini, blog telah berjaya menerima trafik dari sumber organik, sehingga ada yang mencatat penambahan sehingga 104% dalam masa seminggu!

Ranking Trafik Alexa 3 Bulan Pertama 2013




Memang terbukti. Template yang sudah tersedia mesra SEO ini bukan sahaja menzahirkan apa yang dikatakan ramai blogger Wordpress (WP), tetapi ia merupakan satu template yang mudah untuk diselenggara dan diubahsuai. HH fikir dah ramai dah blogger blogspot yang menggunakan template Thesis ini yang diubahsuai daripada template versi Wordpress. Ia sudah menjadi satu trend kepada blogger yang mementingkan sumber trafik daripada enjin carian.

Antara rakan blogger yang menggunakan template ini dalam blog blogspot mereka:

Anda boleh tanya mereka sendiri, apakah impak positif yang telah blog mereka dapat - jangan tanya impak negatif ... sebab kemungkinan anda akan kecewa ...

Muat-turun dan Guna Alexa Toolbar

Nak bagi lebih baik ranking Alexa, disarankan kepada anda untuk muat-turun toolbar Alexa Panduan Blogger ini - Download Free Alexa Customized Toolbar. Walaupun HH tak pasti mana asbabnya, tetapi kebanyakkan blogger terkenal terutama dari luar negara sangat menyarankan pasang toolbar Alexa di web browser untuk penambah-baikkan ranking.

Get our toolbar!

Kandungan Mesti Diutamakan

Tips yang pasti sangat menyumbang, di sebalik penggunaan template mesra SEO ini ialah memastikan blog sentiasa hidup dengan kandungan original, terbaik dan bermutu.

Nak download template ini? Ada dua versi yang menarik yang perlu anda cuba, anda boleh baca di entri ini - 2 Variasi Template Mesra SEO

HH pernah menggunakan kedua-dua versi template yang dinyatakan, dan memang terbaiklah!


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tahniah abg HH!! dulu fyna guna template thesis... sekarang tak. huhuhu..

    BalasPadam
  2. alhamdulilah sungguh hebat

    BalasPadam
  3. memang respect kat forblogger.net tu...byk orang yang guna

    BalasPadam
  4. salam abe HH, nak tanye if kita nak tukar jadi template nie, macam mana ye? boleh ke saya buat tempahan?

    BalasPadam
  5. Boleh cuba gak ni.. thanks 4 info

    BalasPadam
  6. Cubalah .. saya gunakan toolbar sejak awal2 lagi daftar di Alexa

    BalasPadam
  7. Hmm boleh ... sanggup bayar ehhh? Betul nih @eray ... kalau sanggup bayar, sila ke fanpage ... kat situ ada no kontek ... leh call ..

    BalasPadam
  8. Itulah .. ehh dah lama @Beckhrooy tak datang sini ... saya cam nama ni masa awal2 blog ni dulu

    BalasPadam
  9. Hebat? ANda pun boleh jadi dan dapat statistik di atas

    BalasPadam
  10. Hehehehe... pompuan jarang sikit nak guna .. tak girlie .. :P

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement