As-Salam. Tentu sedia maklum bahawa HH sangat menggalakkan para blogger blogspot untuk pasang sistem Komen Disqus ini. Antara manfaat paling ketara yang boleh anda dapat apabila pasang sistem ini di dalam blogspot ialah blog boleh menjana dua perkara penting - trafik dan pendapatan. Kerana itulah, HH sangat syorkan para blogger samada baru dan lama memasang sistem komen Disqus.

Errr tak tahu nak pasang macamana? Anda boleh baca entri HH mengenai pemasangan sistem Disqus yang sangat mudah ini di SINI. Serius mudah, hanya main klik ...klik...dan klik...pastu siap.

Namun, sepertimana HH, kadangkala masalah timbul bila pasang sistem ini dalam blogspot. Bukan sebab apa, sebab seperti HH sendiri, yang mungkin tak berapa tahu mengenai teknikal, masalah kecil mungkin berlaku. Ala ... biasalah .... tu kira satu ujian untuk kita tingkatkan ilmu mengenainya. 

Jadi, untuk bantu anda semua memahami masalah yang mungkin atau telah timbul serta cara penyelesaiannya, entri ini ditulis khusus buat sesiapa jua yang teringin dan mahu memanfaatkan sistem Disqus ini sepenuhnya. 

Dan masalah yang ada diutarakan kepada HH mengenai sistem Disqus ini ialah komen-komen lama dalam blogspot tidak muncul dalam kotak komen Disqus.

Komen Blogspot Lama Tidak Muncul Dalam Sistem Disqus

Kita nampak terkejut apabila komen-komen lama tetiba tidak muncul selepas memasang sistem Disqus ini dalam blog. Sebenarnya apa yang berlaku ialah kita tidak mengaktifkan fungsi penjajaran atau penyegerakkan (synchronisation). Untuk melakukannya, anda perlu login ke sistem Disqus menerusi laman web Disqus dan klik Tools dan pilih Import. Kemudian pilih tab Blogger, dan seterusnya lakukan pemindahan komen lama blogger ke sistem Disqus - klik Import comments from Blogger.

Tunggu sehingga proses selesai.

Apabila proses pemindahan selesai. Anda perlu periksa blog anda dan lihat komen-komen yang ada, terutama entri-entri lama, adakah komen sudah tersedia ada. Kalau ada, ini bermakna segalanya sudah selesai dalam peringkat pertama.

Lakukan Penjajaran atau Syncronisation Komen

Kemudian, sebagai pengguna blogger.com anda mesti lakukan penyegerakkan yang tadi HH ada sebut. Untuk itu, anda perlu klik bahagian Sync New Comments - Enable syncing. Dan walla ...dah siap.

Oh ya, andai berlaku sekali lagi, anda perlu lakukan perkara di atas sekali lagi. Ini disebabkan kadangkala blogger.com (blogspot) akan naik-taraf sistem dan pengesahan pencapaian kadangkala terbatal (access revoke).

Ok ya, kalau nak tanya lagi, silalah ke FB Page Panduan Blogger Blogspot untuk memudahkan lagi pertanyaan serta penyelesaian.

Selamat mencuba.



6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Hmm saya fikir ia bukan salah setting pada Disqus tetapi pada layout blog yang kurang responsive bila berada dalam paparan mobile. Nanti saya cuba semak html blog saudara @google-57cf44373daa721d7245a6b3796ef86d:disqus

    BalasPadam
  2. Saya dah lihat blog tuan menerusi android phone, alhamdulillah, automatik blog tuan berada di dalam versi mobile - alamat atau url blog tuan versi mobile - http://amirofie.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam
  3. Ok. Terima kasih. Saya menunggu dengan penuh sabar.. :)

    BalasPadam
  4. Thanks for input HH..Done with the step but tak sure whether its queuing or memang fail..

    BalasPadam
  5. Saya baru pasang sistem komen DISQUS ini awal pagi tadi. Terima kasih pada HH sebab berikan tunjuk ajar dalam entri sebelum ini. Buat masa sekarang saya masih menunggu process import dari blogger.com ke disqus.com selesai. Katanya dalam masa 24 jam.

    Yang menjadi masalah pada blog saya adalah bila browse guna mobile phone. Komen utk sistem disqus tidak kelihatan. Walaupun sudah masukkan secara manual line mobile='yes' pada root widget disqus tetapi macam tak berjaya. Cara ini saya perolehi dari laman web yang juga memberi panduan cara-cara memasukkan sistem disqus ke blogspot untuk dipaparkan secara mobile version.

    Harap dapat bantu sebab saya lihat blog HH tidak menghadapi masalah ini. Buat masa skg saya disable kan feature untuk view guna mobile version.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement