Traveloka Banner

Widget Takwim Sholat Terkini e-Solat Jakim

Widget Takwim Sholat Terkini e-Solat Jakim - Widget yang baik adalah widget yang dapat memberikan manfaat, bukan sahaja kepada pengunjung blog malah kepada pemilik blog. Ada blogger main redah je letak widget yang tidak memberi apa-apa signifikan kepada blog. Banyaknya sekadar cantik atau hiasan untuk blog semata.

Teringat kata-kata mantan boss saya - Prof. Dr Wan Hashim Wan Ibrahim mengenai jalanraya di Malaysia. "Jalanraya di Malaysia ni banyak hiasan je lebih daripada aspek keselamatan". Apa yang Prof katakan ialah mengenai aspek atau benda yang diletakkan di jalanraya di Malaysia, banyak benda lebih untuk hiasan sedangkan efek untuk keselamatan tidak terbukti seratus peratus. Tapi, itulah .. ini kata beliau 10 tahun sudah. Mungkin sekarang dah lain.

Widget Takwim Sholat Terkini e-Solat Jakim

Ok. Daripada anda memasang widget yang tidak memberi impak positif baik kepada blog, anda serta pengunjung, apakata anda letakkan widget takwim waktu sholat terkini e-Solat yang disediakan oleh Jakim ini. Cantik dan boleh berikan manfaat tersendiri.

Mudah je nak letak dalam blog. Seperti perletakkan widget-widget yang lain juga.
  • Pertama sekali anda perlu ke laman sesawang e-Solat oleh Jakim (klik).
  • Seperti paparan di atas, anda pilih negeri, pilih zon serta bentuk takwim yang anda mahukan. Klik cari pada langkah 3. Satu paparan dalam bentuk jadual akan keluar seperti yang dikehendaki.
  • Untuk pasang widget takwim sholat, anda perlu klik butang html kod yang disediakan di bahagian bawah.
  • Satu pop-up window akan keluar paparkan bentuk-bentuk widget yang disediakan.
  • Pilih kod yang betul untuk kod kawasan anda. Kod tersebut ada disediakan 
Atau nak mudah ... anda boleh masukkan kod yang saya sediakan ini di widget blogspot anda.



Jangn lupa untuk tukarkan SGR04 ke kod kawasan anda. Contohnya Pulau Pinang, PNG01. Di bawah ini adalah contoh widget yang saya pilih untuk paparan dalam blog post ini .. Kod kawasan boleh disemak di sini - Widget Waktu Sholat Jakim

Selamat mencuba.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

12 Comments

  1. As Salam HH...saya dah buat dah tapi copy code dari blog HH je sebab bila nak buat yang menegak tu tak menjadi la..dah 3 kali try masih error

    ReplyDelete
  2. Kena buat daripada laman web Jakim .. jgn copy code dari sini .. :P

    ReplyDelete
  3. cntik n bermanfaat widget ni tp dah ada yg denaihati punya..


    p/s:jln raya malaysia byk sgt papan iklan. besar plak tuh.

    ReplyDelete
  4. Wah, makin cantik !

    ReplyDelete
  5. fairus mohamad noor20 March 2013 at 14:07

    terima kasih atas perkongsian..saya da letak kt blog..

    ReplyDelete
  6. Cubalah, benda ini boleh dan sesuai untuk blog personal

    ReplyDelete
  7. fairus mohamad noor23 March 2013 at 13:33

    in shaa Allah ..nanti nak letak kt blog..

    ReplyDelete
  8. Takpe HH, menjadi je.hehehe

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..saya dah copy source code dari laman web jakim dan letak dalam file php..saya dah tukar url dia untuk laman web saya..tapi kenapa saya buat tak jadi?..tak keluar apa-apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sbb iframe dr jakim ni ada masalah. Dan ada tmplate blogspot yg tak sokong.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.