As-Salam. Ada blogger yang suka buat tulisan kecil besar besar kecil berulangan dalam entri. Cara ini tidak baik sebab ia akan mengelirukan pengunjung blog. Ramai blogger buat macam ni, HH tak pasti apa motif buat tulisan yang berbeza saiz ini.

Bukan tak boleh pelbagaikan saiz huruf atau perkataan, tetapi biarlah ada sebab dan bermotif. Nak kreatif pun, biarlah yang boleh beri kesan yang baik. Kan bagus kalau diterapkan kepelbagaian saiz ini dengan H tag, suatu elemen penting dalam SEO.

Pendekatan huruf besar huruf kecil, kalau kita tengok dalam penulisan SPM pun menitik-beratkan sesuatu. Jika tulisan itu besar, selalunya bermakna penting. Jika kecil maka ia kurang penting. Lagi kecil lagi kurang penting. Kalau tak ada langsung .. errkk memang tak ada la .. setakat ayat biasa je la. Di dalam kod html selalu disebut sebagai tag H1 atau header 1.

Manakala tag H2 pula dinamakan Subheading. Kita boleh meletakkan H tag ini dalam entri dengan dua cara, pertama menerusi cara manual - koding html, satu lagi menerusi cara yang telah disediakan oleh editor blogspot, yang mana disediakan Normal, Heading, Subheading dan Minor Heading. Benda ni anda boleh lihat nuuuuunnnn kat atas sebelah T beso T kecil dalam editor. Nampak tak?

Jadi, kalau nak nampak kreatif buat beso kecik tulisan siap dengan kaler-kaler pelbagai, baiklah buat dengan cara yang betul, cara SEO. Bukan apa, ia akan beri impak trafik. Takkan tak nak dapat trafik ke blog sebab anda kreatif bermain saiz tulisan. Uhh berbaloi-baloi tu.


17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Nurul Aini ZakariaMarch 4, 2013 at 6:24 PM

    Kalau dulu, saya mula2 buat blog ada juga buat tulisan besar kecil besar, itu pun sebab ikut blogger lain. Kononnya nampak cantik. hehe.

    ReplyDelete
  2. pernah jugah jumpa tulisan camtu.. bukan sekali dua. tapi dah banyak kali.. anak mata ni pun kejap kecik kejap beso dibuatnye.. nak kreatif pun biar la kena dengan caranya jugak kan? kita senang.. orang lain pun senang.. kan harmoni kalau camtu :)

    ReplyDelete
  3. tulisan besar kecik memg susah....susah baca...

    ReplyDelete
  4. pening nak baca tulisan kejap besar..kejap kecik ni...hee~

    ReplyDelete
  5. bila saya buka blog-blog yang ada tulisan macam ni, biasanya sekejap je pastu tutup sebab saya pening

    ReplyDelete
  6. tak berapa gemar gi ke blog camtu..fening aaaa

    ReplyDelete
  7. AJ tak gemar baca blog tulisan besar kecik banyak sangat..
    Bukan nampak penulisan tu bergaya..
    nampak serabut lagi ada lah...

    ReplyDelete
  8. Hmm ... serabut sampai sukar nak baca .. kan kan?

    ReplyDelete
  9. Kena siapkan panadol .. kannn kak ina kannn?

    ReplyDelete
  10. Benar, yang banyak kaler lagilah pening .. betul tak @29cfdd061ae51c1b062140e9527d1bc3:disqus ?

    ReplyDelete
  11. Uhh bahaya untuk kesihatan mata tu kalau dah kerap kecik beso kecik beso ... :)

    ReplyDelete
  12. Baguslah kalau telah menyedari akan kesilapan ... bukan semua orang mahu berubah, sbb perubahan itu dianggap sukar bagi mereka ...

    ReplyDelete
  13. tu la.. bila jumpa blog camtu skarang.. terus tekan pangkah tu.. buat sakit mata je :)

    ReplyDelete
  14. Aah... Penyudahnya.. Takde mood terus nak baca..
    Lagi 1 AJ tak suka yang terlalu short form sangat....
    Aduh pening nak translate....
    Kalau sikit2 yang biasa digunakan takpe...
    Ni canggih sangat short form nya..

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum hh..kekadang tu ada juga terjumpa blog yg mcm ni...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement