As-Salam. Semakin hampir dengan Pilihanraya Umum ke 13 (PR13), maka semakin banyaklah yang dikatakan 'pendedahan' mula menjadi topik kebanyakkan blog serta media sosial seperti Facebook, Twitter termasuklah YouTube.
Pendedahan-pendedahan ini sedikit sebanyak menghadirkan pelbagai persoalan yang mungkin sebelum ini bagi kebanyakan orang tidak mengetahui mengenainya. Ini bukan perkara baru, ia dah menjadi satu trend dalam dunia politik Malaysia.
Menjelang PRU13 | Bakal Saksikan Lebih Banyak Pendedahan Bermotif Politik
Apabila pendedahan-pendedahan ini berlaku, rakyat terutamanya akan mula fikir dan rasa campur baur, yang tentunya sedikit sebanyak akan pengaruhi corak pemilihan yang mereka akan lakukan dalam PRU13. Tidak mustahil, keputusan PRU13 akan menjadi satu sejarah tersendiri, apabila lebih banyak pendedahan dibongkar dan dijadikan satu isu dalam proses meraih undi daripada rakyat.
Tidak dinafikan, kemungkinan ada pendedahan tersebut merupakan satu ulang tayang. Dan turut tidak menafikan, ada juga pendedahan yang tidak mengejutkan pun, cuma mungkin sebelum ini ia tidak dipapar atau dihebohkan secara meluas. Almaklumlah, dulu terdapat keterbatasan dalam penyampaian maklumat dan info.
Dunia Akhir Zaman
Dunia kini bukan seperti dunia dahulu. Allah S.W.T telah mencorakkan dunia ini sebegini, di zaman umat akhir zaman, di mana apa sahaja 'dosa' lampau dipertontonkan dalam coraknya tersendiri. Ini adalah ketentuan dan perjalanan hidup yang telah ditentukan oleh Illahi.
Jika dulu keaiban orang lain kita buka, mungkin esok atau lusa, keaiban kita pula akan dibongkar. Tak perlu fikir dalam sangat, cuma ingat pesanan orang tua-tua ... benda baik dibalas baik, benda jahat dibalas jahat... itu dah cukup. Jika kita sentiasa ingat, kita takkan berani untuk buat benda tak elok, apatah lagi jika kita disahihkan dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (an-Nuur: 19)
Daripada Abu Hurairah R.A:
"... Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah Ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di Akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)
Dan lagi dari Abu Hurairah R.A:
"Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun 'alaih HR Bukhari dan Muslim)
Tak siapa pun terlepas dari buat salah dan dosa. Akan ada walau sekelumit, cuma bezanya antara kita menginsafi atau tidak sahaja.
Di blog, di media sosial kita boleh berkata apa sahaja. Di blog, di media sosial kita boleh sebarkan apa sahaja. Tapi, haruslah kita ingat bahawa setiap ayat yang dikongsikan kepada orang lain, setiap artikel dan berita yang diperhebahkan itu punyai tiket-tiket tertentu untuk kehidupan abadi akan datang. Pandailah untuk memilih tiket yang mana anda mahukan.
peringatan yang baik hh
ReplyDeleteTerima kasih...
ReplyDeleteBanyak berita politik sekarang.. Kadang-kadang tak mampu nak baca..
ReplyDeleteEntri ini merupakan satu peringatan bersama...
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.