Muat Turun Percuma Panduan Adsense Blogger

Bisnes di Shopee
As-Salam. Adsense adalah merupakan antara media pengiklanan maya pertama digunakan di internet. Malah ia merupakan yang paling laris dan paling banyak dijumpai di dalam laman web, blog dan sebagainya. Malah, kini anda boleh melihatnya di telefon pintar - apabila anda menggunakan aplikasi tertentu. Ia sebuah medium pengiklanan yang sebenarnya boleh menyediakan sumber pendapatan tanpa had.

Oleh kerana itu, HH menyarankan kepada anda yang masih lagi belum mempunyai akaun Google Adsense untuk segera daftar percuma dan menjadikannya sebagai salah satu platform menjana wang menerusi blog.

Google Adsense Sah Guna Bersama Nuffnang, Innity dan Advertlets

Jangan bimbang dengan Nuffnang, Innity mahupun Advertlets, anda boleh gunakan kedua-duanya samada Nuffnang + Adsense, atau Innity + Adsense mahupun Advertlets + Adsense. Ia tidak akan mengganggu status istimewa anda; terutama status Glitterati di Nuffnang.

Mengapa dibolehkan? Ini adalah kerana sifat media pengiklanan Adsense itu sendiri yang berbeza dengan yang lainya. Adsense lebih menumpukan pengiklanan berdasarkan carian dan juga isi kandungan blog dan laman web. Ia hanya menyiarkan iklan yang ada kaitan dengan kandungan blog anda sahaja. Jika tidak ada iklan berkaitan, maka tiada iklan disiarkan. Berbeza dengan medium pengiklanan lain yang telah disebutkan tadi.

Adsense Bayar Dalam USD

Apa menariknya Google Adsense ini? Menariknya ialah, ia membayar anda dalam matawang USD. Walaupun nilainya kecil tetapi apabila ditukar ke Ringgit Malaysia, anda akan menerima pendapatan 3 kali ganda!

Oleh kerana sifatnya yang hanya papar iklan yang ada kaitan dengan isi entri blog anda, maka ia mempunyai lebih banyak peluang untuk diklik. Dan ini membolehkan anda menerima bonus istimewa buat setiap iklan yang diklik di samping anda masih lagi dibayar berdasarkan jumlah hits blog anda.

Google Adsense sangat sesuai diletakkan di dalam blog yang ada niche sendiri. Ia juga membayar berdasarkan jumlah paparan atau hits selain bonus untuk setiap klik yang diterima.

Muat Turun Percuma Panduan Adsense Blogger

Memandangkan ramai yang masih rabun jauh mengenai Adsense ini, HH dengan rasa rendah diri dan murah hati ingin memberikan secara percuma Panduan Adsense Blogger untuk sesiapa sahaja yang telah melanggan blog ini. Tajuk asal ebook ini ialah Blogger Adsense Guide yang ditulis dalam Bahasa Inggeris tetapi kini anda boleh dapatkan dalam versi Bahasa Malaysia.

Untuk info, ebook ini pada awalnya berharga USD37 yang kemudiannya diberikan potongan harga menjadi USD10. Tetapi menerusi langganan dengan blog Panduan Blogger, anda akan menerimanya secara PERCUMA! Masukkan email anda yang sah sekarang di kotak di bawah ini.



Tak perlu melanggan apa-apa, untuk kesekian kalinya, HH berikan kepada anda secara percuma - klik sini untuk muat-turun Panduan Adsense Blogger ini sekarang!

Selamat mencuba.

Post a Comment

5 Comments

  1. saya akan check e-mail nanti HH. Saya pernah la juga nak buat account utk Adsense tapi ada masalah HH..

    ReplyDelete
  2. abg nak tnya sy punya blogger xda monetize function mcmana nak guna adverse huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Tukarkan dulu bahasa blog kepada English .. pastu baru ada function tu.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih tuan Hasrul Hassan memberi percuma panduan adsense.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.