Klik Sini Untuk Tempahan
As-Salam. Dalam mengejar trafik untuk blog, sebagai seorang blogger yang baik, HH sarankan cubalah kongsi ilmu blogging anda. Kalau anda ada teknik terbaik yang boleh bantu blogger lain capai kejayaan, apa salahnya menulis mengenainya.

Panduan Blogger - Ilmu Blogging Milik Semua Patut Dikongsi

Ilmu Blogging Milik Semua Patut Dikongsi

Jika anda risau ia akan lari daripada tema blog anda, tidak salah anda membuat sebuah lagi blog khusus untuk anda titipkan teknik dan kaedah yang anda lakukan. Ilmu blogging ini luas, dan perkongsian anda tidak sedikitpun menjejaskan apa yang sudah ada dalam pengetahuan anda. Anda boleh buat satu blog ringkas seolah satu blog catatan nota pendek.

Selit Tips Secara Santai Dalam Entri

Tak ada masa, tak sempat nak buat ... hmm anda boleh saja berkongsi terus di dalam blog sedia ada. Untuk elak dari lari tema blog anda sendiri, anda boleh cuba menyelitkannya dengan cara yang santai menerusi entri semasa. Tak perlu panjang berjela, pendek ringkas di antara entri penuh anda. Contohnya, anda dok bercerita mengenai pendapatan Nuffnang RM50.00 yang baru sahaja anda dapat, boleh saja anda selitkan satu dua petua untuk menerima pendapatan tersebut. Tak banyak tapi cukup untuk disebarkan apa yang anda tahu.

Beri Pautan Ke Blog Khusus

Atau, cara lebih mudah ialah menyelitkan sesuatu yang anda pelajari dari blog orang lain. Ya, mungkin anda kurang arif nak olah ayat-ayat mudah bagi orang lain faham. Nak tulis panjang-panjang risau orang lain akan cebik bibir, maka lebih baik anda buat backlinks atau pautan ke blog-blog yang sediakan tips atau petua yang dinyatakan.

Contohnya, anda tulis mengenai pengalaman anda pergi bercuti ke Bali. Anda banyak shopping di sana, dan anda ada kelebihan tawar menawar menerusi teknik tertentu. Mungkin teknik itu anda dapat daripada blog orang lain, yang terlebih dahulu dah ceritakan mengenai tips bercuti di Bali. Maka, anda buat je pautan ke entri berkenaan, supaya orang lain dapat juga ilmu yang sama anda dapat.

Ilmu tak semestinya datang dari pengalaman anda. Ia boleh datang dari pengalaman dan ilmu yang dikongsikan oleh orang lain. Maka, kongsikan, ilmu blogging milik semua patut dikongsi. Ia adalah anugerah Allah S.W.T kepada semua makhluk yang punya akal. Jangan lokek benda yang dipinjam sementara ini.

Membudayakan Perkongsian Ilmu Dalam Dunia Blog Malaysia

HH buat entri ini untuk mengimarahkan budaya berkongsi ilmu bermanfaat di kalangan blogger Malaysia. Ingatlah bahawa ilmu itu akan bercambah mekar kalau kita sedia berkongsi. Mungkin, anda tidak dapat manfaatnya dari segi trafik blog yang mencanak, tetapi percayalah akan janji Allah S.W.T buat mereka yang menjadi daei, menyebarkan ilmu baik untuk kebaikan umat manusia.

In Sha Allah, anda boleh lakukan.


14 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Gd sharing here..

    pendek tp padat dgn tips memang
    Readers suka

    ReplyDelete
  2. Saya selalu banyak mendengar "Memberi itu lebih baik daripada yang menerima", "Hidupkan Untuk Memberi", "Memberi itu menambahkan lagi pengetahuan kita" dan sebagainya. Cth terbaik adalah subjek Matematik. Kita pandai dan kongsi dengan rakan-rakan dgn menunjuk ajar pada mereka, jadi dengan ini ia lebih bercambah lagi ilmu yang sedia ada.

    ReplyDelete
  3. contohnya macam harini, lebih dari 10 komen masuk ke dlm comment awaiting saya. itu semua berkat berkongsi ilmu. Alhamdulillah... juga berkat ikut nasihat sifu HH :)

    ReplyDelete
  4. betul HH.... ;) mia pun selalu berkongsi kat blog... ;)

    ReplyDelete
  5. Jangan takut untuk sebarkan apa yang anda tahu.

    ReplyDelete
  6. for orang lama dalam blog kena ler beri tip-tips for new blogger...macam saya nie orang baru...

    ReplyDelete
  7. Thanks for the tips HH...saya suka kalo blogger yang kongsi ilmu blogging..saya pula sekadar share dengan kawan yang baru nak buat blog..bantu sekadar termampu

    ReplyDelete
  8. Kalau kita tak kongsi, kita takkan tahu samada yang kita kongsi tu leh guna atau tidak .. kan @mialiana:disqus

    ReplyDelete
  9. Yang baru pun apa kurangnya, lebih bijak pandai dari blogger yang dah bertahun ada blog

    ReplyDelete
  10. HH, boleh ke saya nak kongsi ilmu di komen ni?

    bagi rakan-rakan blogger yang belum membaca rahsia bagaimana blog saya mula mendapat trafik yang tinggi, bolehlah membacanya di entri di bawah :

    http://www.ciklaili.com/2012/12/rahsia-trafik-blog-yang-tinggi.html

    terima kasih ye :)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum hh...memang menarik ni...:)

    nak tanya hh sikit... boleh x tolong mama mcm mana nak softkan masalah ini...

    http://maszull.blogspot.com/2013/03/kenapa-tak-boleh-komen-ni.html

    ReplyDelete
  12. saya dah buat macamtu, Alhamdulillah banyak manfaatnya yg sy dpt

    ReplyDelete
  13. betul tu.. tak salah berkongsi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement