As-Salam. Disqus, salah satu penyedia perkhidmatan pengurusan komen bagi blog yang agak baik. Jika anda mempunyai blog, tentu mahu memasang sistem komen Disqus ini, terutama bagi blogger blogspot. Kelebihan-kelebihan memasang sistem komen ini termasuklah anda boleh menjana pendapatan menerusinya, dan keduanya ialah blog anda boleh menerima trafik yang agak baik menerusi program perkongsian yang ada di dalam sistem Disqus ini.

Ok. Ada di kalangan blogger yang nampaknya berminat mahu menggunakan sistem Disqus ini tetapi masih belum cukup mahir untuk melakukannya. Sebenarnya, memasang sistem komen ini amat mudah. Anda tak perlu melihat sebarang kod, malah tak perlu nak add widget atau apa ke benda yang mungkin anda risau nak buat. Segalanya telah disediakan secara automatik.

Cara Pasang Sistem Komen Disqus Blogspot

Cuma, pertama sekali ialah anda perlu mendaftar dengan Disqus. Tak perlu bayar apa-apa, kerana perkhidmatan ini adalah percuma.

Ada 2 pilihan untuk anda menggunakan sistem Disqus, iaitu sebagai pengomen (commenter account) dan satu lagi adalah untuk mereka yang ada blog (website moderator - user account). HH akan terangkan dalam entri ini untuk mereka yang ada blog dan mahu menggunakan sistem ini di dalam blog mereka, khususnya blogger blogspot.

Untuk membolehkan blog anda menggunakan sistem Disqus, sila daftarkan blog anda di dalam sistem, anda perlu ke laman sesawang ini - Register Site. Masukkan informasi mengenai blog anda seperti yang ditunjukkan di bawah ini.

Panduan blogger cara pasang sistem komen disqus dalam blogspot

Kemudian, isi butiran Primary Moderator iaitu maklumat mengenai diri anda, untuk anda muncul dalam sistem komen Disqus ini. Ianya merupakan id anda di dalam sistem, dan id ini akan muncul di mana-mana ruangan komen blog yang guna sistem ini. Maka, masukkan informasi yang betul dan yang anda mahukan. Contohnya seperti berikut:

Panduan Blogger - Cara pasang sistem komen disqus dalam blogspot
Alamat email anda perlu tepat dan berfungsi dengan baik, kerana apabila berlaku pengesanan komen yang mungkin akan jejaskan blog anda, ia akan beri amaran selain mengaktifkan sistem moderasi komen blog anda.

Apabila semua perkara-perkara di atas dah lengkap, tekan sahaja butang Continue.

Anda akan dibawa ke paparan berikut di mana anda perlu pilih platform blog anda. Tanpa perlu fikir panjang, pilih blogger.com atau blogspot.com yang telah disediakan.

Panduan Blogger Blogspot - Cara pasang sistem komen disqus dalam blogspot

Apabila anda dah klik Blogger, paparan berikut akan terpapar dan seperti biasa, anda tekan sahaja butang yang telah tersedia nama blog anda tersebut. Walla ... anda terus dibawa ke blogger.com untuk Add Widget. Seperti biasa, tekan Add dan .... blog blogspot anda sudah siap guna pakai sistem komen Disqus ini.

Panduan Blogger Blogspot Malaysia - Cara pasang sistem komen disqus dalam blogspot

Amacam? Mudah je kan? Anda diberi pilihan untuk kemaskini penampilan profil anda di dalam sistem Disqus. Anda boleh sahaja teruskan dengan tekan butang Continue to the moderation dashboard untuk melengkapkan perkara-perkara lain. Itu terserah pada anda.

Jika senang-senang diri, anda godek-godeklah sistem Disqus ini. Anda boleh letakkan gambar profil paling cun, segak dan bergaya, malah anda boleh tambah blog anda yang lain untuk gunakan sistem ini.

HH sendiri menggunakan sistem ini untuk beberapa blog yang lain. 

In Sha Allah, di lain waktu, akan dikongsikan pula bagaimana sistem ini boleh jana pendapatan untuk blog anda. :)

Selamat mencuba dan terima kasih kepada blogger yang sudi bertanya.


22 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. HH, bila saya click register, dia kata saya logged in as ****** This account will be the primary moderator. (This cannot be changed or removed unless the site is deleted.).. apa maksudnya? adakah saya memang dah ada akaun disqus ke macam mana ye?

    BalasPadam
  2. HH saya dah pasang sistem nie kat blog saya tetapi komen yg lama bukan dari sistem disqus sudah hilang ler..mcm mana nie....tak nampak org komen di bhg komen tu...pls help ....

    BalasPadam
  3. inilah yang saya cari penggunaan sistem yang boleh menjana pendapatan...betul ker?

    BalasPadam
  4. dah guna lama dah...


    lebih banyak function dr komen blogger. :)

    BalasPadam
  5. mudah....nanti kalau ada masa nak try pasang...

    BalasPadam
  6. macam mana HH boleh terfaham isi hati saya yg sedang tercari-cari cara pasang DISQUS ni. macam best kan? tapi tak bermasalah ke? walau apapun, kena cuba dulu nih...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, buat masa ni tak ada masalah apa-apa pun ... :) boleh diselaraskan dengan sistem blogspot

    BalasPadam
  8. saya akan install nanti ye HH...terima kasih HH..hehehe..

    BalasPadam
  9. Saya dah cuba pasang tapi mcm ada masalah. Contoh masalah adalah tak dpt tengok jumlah komen pada mobile version site. Harap dapat bantu. Terima kasih.

    BalasPadam
  10. Untuk mobile version, blog akan papar dalam bentuk native, iaitu tanpa widget. Disqus adalah widget. Untuk masalah jumlah komen, pertama sekali anda perlu syncro komen Disqus dengan Blogspot.


    Untuk WP, sama juga rasanya, kenna rujuk Disqus bahagian setting - import Comment.

    BalasPadam
  11. Tak, ia cuma kata bahawa anda dah login guna satu akaun lain, selalunya Google Profile. Ia akan automatik buatkan akaun seandainya sebelum ini kita komen di blog orang lain guna Disqus.

    BalasPadam
  12. Betul. Cuma ubah setting yang ada.

    BalasPadam
  13. Anda perlu sycro komen lama dengan komen Disqus.

    BalasPadam
  14. Komen Disqus semakin dikenali da semakin ramai yang mahu menggunakannya, pertanyaan saya : kalau nak tahu entri terbaru mereka bagaimana pula, yalah dia orang datang komen kat blog kita, tapi kita pun kena balas kunjungan mereka juga. Kenapa tiada paparan entri terbaru pengomen. Bagaimana kita nak jejaki blog mereka dan membalas kunjungan mereka. Saya duk perhatikan HH jarang menerjah blog saya (sensasi2020). Sibuk atau dah tak perlu lagi membuat lawatan susulan...???

    BalasPadam
  15. Penggunaan komen Disqus lebih kepada satu bentuk forum sesama pembaca blog. Untuk mudahkan membalas kunjungan, pertama sekali anda perlu follow pengomen tersebut menerusi Disqus. Setiap komentar yang aktif akan dihantar ke email.


    Disqus tidak sediakan fungsi entri terbaru, jika mahu fungsi seperti itu, sila pasangan CommentLuv yang terdapat dalam sistem IntenseDebate. Saya pernah guna Intensedebate dan ia juga menarik untuk digunakan dalam blogspot.


    Saya buat masa sekarang jarang singgah ke blog-blog yang berlainan niche, lebih kepada singgah ke blog-blog yang ada pengisian serupa untuk dalamkan ilmu blogging dan berkongsi menerusi blog ini. Selalunya blog-blog tersebut adalah blog-blog dari luar (bukan Malaysia).


    Kalaupun saya singgah ke blog-blog rakan blogger yang lain, saya hanya akan tinggalkan komen atau jejak hanya jika perlu - jika entri tersebut ada perkara yang perlu saya komen.


    Untuk info, saya ada 5 blog lain yang perlu saya selenggara dan pastikan ia hidup.



    In Sha Allah, saya takkan lupa mereka yang telah berikan banyak input kepada blog ini.

    BalasPadam
  16. disqus kemas bro.. :) kami pun lebih suka gunakan disquss dari IntenseDebate

    BalasPadam
  17. Dah pasang tapi komen-komen yang sebelum tu dah hilang..hmm..kena synchronize macammana ya..

    BalasPadam
  18. Ehemm .. kat bahagian "ENtri Panduan Blogger Menarik Lain' ada tertulis situ caranya ... tak mengapa, saya berikan link mudah untuk @Raudzah - http://www.hasrulhassan.com/2013/04/Komen-Blogspot-Tidak-Muncul-Distem-Disqus.html

    BalasPadam
  19. Salam HH, Thanks for sharing, Saya tanpa segan silu dah pasang widget komen Disqus lepas baca entri ni. :)

    Ada 1 soalan.


    Lepas dah pasang comment Disqus dalam blog ada satu widget HTML/Javascript yang tertulis "Disqus for -Page Title-" tetapi di dalamnya tidak mempunyai apa-apa script. Boleh detele widget tu? saya masih ragu2 lagi. haha

    BalasPadam
  20. Itu namanya placeholder, setgh blog kalau buang benda tu tak jadi apa2 ... kalau buang pun, dan tetiba disqus tak berfungsi, leh je reinstall balik .. tak ada masalah, saya banyak kali buat ..hehhehee... :) @Khaiangel harap jawapan ini puaskan hati dan hilangkan ragu anda.

    BalasPadam
  21. :D Thanks HH , buat masa sekarang ni, biarkan kat situ je lah.Comment pun belum siap sync lagi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement