As-Salam. Alahai ...alahai ... ada blogger ini, blogger baru barangkali, ada blog tetapi sudah berani letak tempat tapak iklan untuk disewa. Kenapa ehh? Sebab teringin nak dapat duit dari blog menerusi tapak iklan ye? Ok, boleh je nak letakkan ruang tapak iklan, sewa tapi biarlah logik sedikit.

Kenapa HH katakan begitu? Pertama sekali, anda sebagai seorang blogger perlulah adil bila membuat tawaran seperti itu. Jangan nak fikir duit ... duit ...duit semata. Jika nak dapat duit menerusi blog, buat blog niaga betul-betul, jadilah usahawan kecil sebenar.

Tidak Adil

Kenapa tidak adil? Tidak adillah bagi mereka yang nak letak iklan di blog anda, seandainya blog anda tidak mampu menarik trafik ke blog anda sendiri. Penting bagi membolehkan iklan itu dilihat ribuan pengunjung.... ribuan .. bukan puluh .. bukan ratus. Ini untuk meningkatkan kebarangkalian iklan itu diklik dan dilihat.

Tidak adillah bagi mereka letak iklan di blog anda, seandainya tiada pulangan yang positif yang mereka dapat walaupun anda letak harga iklan RM1 sebulan sekalipun. Anda perlu yakinkan pengiklan untuk mengiklan di blog anda dahulu, barulah anda boleh jaja tapak pengiklanan anda.

Bukti Letak Iklan Blog Berbaloi

Bukti. Anda perlu buktikan blog anda berbaloi untuk letak atau sewa iklan, jangan main letak sahaja. Ini satu kerja sia-sia, baik buat anda mahupun pada pengiklan. Ketahui, semakin banyak ruang diperuntukkan untuk anda letak iklan tersebut, blog anda akan jadi semakin lembab nak loading, dan mengakibatkan anda akan kehilangan pengunjung, seterusnya lansung ... trafik anda nuhhh ke laut!

Bukti apakah yang perlu anda berikan untuk memastikan pengiklan berasa selesa untuk menyewa tapak iklan di blog anda?

5 Perkara Perlu Dibuat Sebelum Letak Tapak Sewa Iklan di Blog


Pertama sekali, anda perlu tunjukkan kepada mereka bahawa trafik blog anda sentiasa tinggi. Paling tidak, anda boleh berikan satu julat trafik tertentu untuk tempoh sehari, seminggu dan sebulan. Contohnya, anda letakkan statistik blog anda untuk sehari, berapa jumlah hits sehari, berapa pengunjung unik, kalau boleh anda buatlah satu entri untuk tunjukkan pencapaian blog anda.

Keduanya, tunjukkan ranking Alexa blog anda. Ranking Alexa penting bagi menunjukkan kedudukan blog anda sebagai penerima trafik samada di dalam Malaysia mahupun secara global. Semakin rendah ranking blog anda dalam Alexa, semakin tinggilah nilai tapak pengiklanan di dalam blog anda.

Ketiganya, tunjukkan nilai Google Pagerank blog anda. Google Pagerank yang tinggi dan baik akan membolehkan setiap entri blog anda menerima trafik dari enjin carian. Ia akan sekaligus meningkatkan jumlah pengunjung unik selain memberikan trafik organik dari enjin carian. Ia juga boleh dijadikan penanda aras untuk anda tetapkan harga ruang iklan di blog.

Keempat. Berapa ramaikah pembaca setia blog anda? Anda boleh tunjukkan menerusi jumlah follower terutama jumlah Google+ Follower blog anda. Anda juga boleh letakkan jumlah LIKE blog anda, serta jumlah fan yang ada di dalam Facebook Fanpage blog anda. Semakin banyak, semakin tinggi maka semakin baguslah blog anda boleh berikan pendedahan kepada setiap iklan di blog anda.

Kelima. Tunjukkan juga siapa diri anda. Jika HH, takkan nak letak iklan pada sebuah blog yang dok papar wajah Anonymous? Perlu tahu siapa yang berikan khidmat iklan itu, samada boleh dipercayai atau tidak. Manalah tahu kot2 duit iklan digunakan untuk biayai pengganas ke apa ... serius ni. Anda perlu tampilkan diri anda sebagai pemberi khidmat, peroleh kepercayaan dari mereka yang mahu mengiklan di blog.

Jadi, jangan sehari dua buat blog, anda terus beria-ria buat kotak suruh pengunjung beriklan di blog anda tanpa lima perkara yang HH sebutkan tadi.



21 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya pun terperasan ramai blogger baru tawarkan banner iklan.

    Tapi pelik...Alexa berjuta ada bran nak buat..kikiki.
    Saya pun masih was2.
    Entri menarik

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana mendapat ilmu darinya ..

    BalasPadam
  3. Terima kasih @google-9706fc29297a312c0073bad138f9f758:disqus ...hmm masyuk ehhh skang ni

    BalasPadam
  4. Saya sgt terharu bila tuan @ismailrich:disqus kata berbaloi2 .... mengujakan saya untuk lebih berkongsi banyak perkara... dan buat kajian sendiri

    BalasPadam
  5. Alahai tuan. Sungguh-sungguh berbaloi membaca entri tuan kali ini. Terima kasih.

    BalasPadam
  6. bagus ni... terbaik.... ;) setuju sangat2..

    BalasPadam
  7. Entri yg sgt mmbantu Abe. Tq AbgHH

    BalasPadam
  8. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...

    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...

    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...

    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...

    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.

    Baca selanjutnya...

    BalasPadam
  9. Ops! :) Bro, alexa tu tak relevan dah :p

    BalasPadam
  10. sangat setuju tu

    BalasPadam
  11. Saya setuju HH..sebab tu saya xmo letak tapak iklan seperti kebanyakkan blogger lain buat

    BalasPadam
  12. panduan yg berguna utk begineer yg nk try biz..
    tp yg no.5 tu blom smpi masa..
    hehe!!

    BalasPadam
  13. betul2...setuju..

    BalasPadam
  14. ouhh. Thanks uncle :)

    BalasPadam
  15. Setujuk dgn pendapat bro.. Info yang menarik.. belum terfikir nak letak sewa tapak.. ;)

    BalasPadam
  16. salam. guna disqus untuk komen ni ok x? denim template bole guna jugak ?

    BalasPadam
  17. Boleh ... tiada had, mana2 blog termasuk blog WP dan Blogspot boleh guna sistem Disqus.

    BalasPadam
  18. Btul juga tu,erm sy tgok rmai yg ltk iklan di blog mereka tapi ranking alexa pageview yg lum tntu berjuta2.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement