As-Salam. Dulu pernah berlaku insiden di mana ada beberapa widget tak berfungsi di blogspot, terutama widget yang telah tersedia. Ramai blogger yang naik panik, terutama blogger-blogger baru. Mereka risau apa yang mereka 'kumpul' di blog mereka akan hilang.

Sekarang, mari singkap apa yang ditakuti oleh blogger baru, seandainya situasi ini berlaku.

3 Perkara Merisaukan Blogger Baru Apabila Ia Terjadi

Kehilangan Jumlah Follower

HH tidak nyatakan follower tetapi jumlah follower, kerana ramai blogger baru lebih suka nampak angka daripada realiti sebenar. Realiti sebenar ialah jumlag follower tidak menggambarkan bilangan sebenar pembaca blog. Ia hanya sekadar angka yang membawa kesan psikologi sebentar.

Kehilangan Komen Pengunjung

Ada blogger yang memasang widget jumlah komen yang mereka terima buat satu-satu entri. Jumlah ini juga seperti yang HH katakan dalam sebab pertama, jumlah hanyalah angka. Ia tidak gambarkan apa-apa, sebab kadangkala komen yang ditinggalkan hanya komen biasa yang tidak bersangkutan pun dengan entri. Dan lagi, komen dari pemilik blog selalunya akan lebih banyak dalam satu-satu entri berbanding komen dari pengunjung yang benar-benar membaca entri tersebut.

Kehilangan Jumlah Pageviews

Pernah beberapa kali kejadian di mana pihak Google telah reset nilai hits atau pageviews bagi sesebuah blog. Ramai blogger yang keluh kesah sebab jumlah pageviews yang dah capai ribu-ribu, juta jutaan tidak dapat ditonjolkan dalam blog.

Inilah 3 insiden yang sebelum ini pernah berlaku yang membuatkan blogger-blogger baru jadi panik tak senang duduk. Mereka merasakan kehilangan benda-benda tersebut akan jejaskan blog mereka, walhal pengunjung dan pembaca jitu tak melihat angka tersebut secara zahirnya.

Apa yang penting ialah isi kandungan yang menarik perhatian mereka untuk sering singgah dari hari ke hari. Anda perlu sedar, ada antara pembaca setia anda tidak pun menjadi follower blog anda, apatah lagi komen pada entri-entri anda.

Mereka lebih suka membaca apa yang anda terbitkan. Bagi mereka komen hanya bila perlu dan jika ada perkara yang mahu dikongsikan.

Oleh itu, janganlah risau sangat tentang angka di dalam blog anda. :) Jangan susah hati kalau tak naik-naik .... 

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul2.. angka-angka itu hanyalah psikologi kepada blogger. Biasanya apabila lihat blog ada jumlah follower yang ramai terus anggap blog ini kesukaan ramai. walhal, pageview dia sikit je.

    BalasPadam
  2. 3 perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua blogger yg baru. Ini satu maklumat yg baik untuk diambil perhatian. Ia terjadi pada blog saya. Mungkin entri yg dihasilkan tak bermutu?

    BalasPadam
  3. Saya pun mula-mula dulu takut juga jadi macam ni, tapi Alhamdulillah, pada saya, kalau kita rajin blogwalking dan bermesra dengan rakan-rakan blogger yang lain, InshaAllah, kawan-kawan blogger tu pun akan sentiasa sudi nak visit blog saya.

    BalasPadam
  4. betul tue abg HH. mula-mula fyna pun macam tue juga. tapi bila dah kenal dunia blogging sebenar, kita kena jaga isi kandungan kita dan secara automatik pengunjung akan mula dekat dengan kita.

    BalasPadam
  5. sy mmg suka tgk semua menda2 tu....bersemangat nk menulis klau ramai pengunjung....hehe...
    http://ohkenangan.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. baca SEMUA entri blog ini tapi jarang sgt dapat tinggalkan komen... kekangan masa atau isu dah dibincang terdahulu...

    BalasPadam
  7. haah.... sapa yang takkan sedih... huhuhu... 3 ni penting HH...

    BalasPadam
  8. amat menakutkan, walaupun dah lama menulis. pageview asyik bawah 500 je. dah try bro buat, tp cm2 gak.. ermmm

    BalasPadam
  9. pinkbubblegumprincess23 Mac 2013 pada 1:39 PTG

    ada pembaca setia dan tegar lagi best, bermakna rasanya update blog dan rasa dihargai.. ;')


    http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. dari segi psikologi,, pageview yg tetiba reset amat memeritkn!!
    mintak jauh..sbb jmlh pgeview tu bleh jd motivasi...hehehe!!

    lainlah bg blogger hebat yg senantiasa dpt tarik trafik, xjadi mslh kot utk dptkn balik angka yg besar.

    BalasPadam
  11. Dan juga tertukar template secara tak sengaja, mcm SP minggu ni hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement