As-Salam. Walau blog anda mempunyai puluhan ribu pengikut (followers) sekalipun, ia tidak bermakna blog anda mempunyai puluhan ribu juga pembaca setia. Kadangkala pembaca setia blog bukanlah follower blog anda pun, istilah follower ini pun hanya ada pada blog-blog yang di dalam platform blogspot sahaja. Walhal blog dalam platform wordpress tiada pun.

Tak perlu terlalu obses. Jika bertambah, alhamdulillah, boleh dijadikan pemangkin dan semangat untuk anda memajukan blog anda. Jika tak bertambah, jangan pula nekad nak tutup blog. Apa yang penting ialah penyajian kandungan blog anda yang tidak menjemukan mereka yang singgah, baik mereka yang pertama kali atau yang mungkin pengunjung yang dah cop blog anda untuk dibaca setiap hari.

Tips Mudah dan Berkesan Mendapatkan Pembaca Setia

Maka, pertanyaan .... apakah tips mendapatkan pembaca setia untuk blog? Cara paling mudah ialah mencari blog dan rakan blogger yang punyai minat yang sama. Itu yang HH praktikkan semasa buat blog ini di awal dahulu, yang mana ketika itu blog HH ini banyak kepada hobi menangkap gambar atau dengan bahasa lebih sopistikated, fotografi.

Setiap kali ada shot baru, atau gambar menarik yang HH nak kongsi, pasti akan diterbitkan di blog, sambil berbicara tentang teknik yang digunakan, dan beberapa perkara lain. Daripada entri-entri tersebut, HH kongsikan pula di forum-forum yang berkongsi teknik dan cara fotografi. HH muatkan satu dua gambar dari entri, dan selebihnya ... HH minta anggota forum lihat di blog.

Memang ada sambutan, apatah lagi kalau gambar dikongsikan itu kena dengan minat mereka. Dari situ, HH dapat pancing beberapa ahli forum untuk sering singgah dan menjadi pembaca di blog. Ada sahaja komen yang mereka berikan.

Selain tu, bila blogwalking, HH gunakan teknik terpilih iaitu mencari blog-blog yang juga terbitkan entri bergambar atau ada kaitan dengan fotografi. Cara tajuk entri yang ada kaitan, dan cuba kongsikan entri HH di entri blog tersebut. Dengan sedikit bahasa 'racun', empunya blog tentu nak tahu apa kelebihan shot atau bentuk gambar yang HH ambil.

Masing-masing akan cuba kongsi pendapat, dan berpeluang cari pengetahuan dan cedok pengalaman yang lain. Secara tak langsung, blog tanpa dipinta, tanpa diajak dimasukkan ke dalam bloglist, memandangkan masing-masing sudah ada rasa ingin tahu apakah gambar terbaru, teknik terbaru yang akan dikongsikan dalam blog masing-masing.

Kan dah dapat pembaca setia dan pengunjung berulang. Tipsnya mudah, cari blog dengan minat atau genre yang sama, kongsi pendapat dan in Sha Allah ... blog akan sedikit demi sedikit dikenali dan mula mendapat perhatian.

9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Assalamu'alaikum. Menurut pendapat saya, panduan blogger seperti yang akhi kongsikan ialah secara umum pasti menarik niat pembaca, apatah itu kongsi mengenai tips blogwalking, tips widget, tips merampingkan alexa rank dan sebagainya.
    Biarpun jugak, hal ini merupakan dasar bagi kita untuk memancing pengunjung, kerana niat/suka orang berbeza-beza. Afwan ya akhi :) Sukses!

    ReplyDelete
  2. Betul jugak ya...cari pengunjung yg minat perkara yang sama. Ini menambah pelawat yg tanpa diundang melayari blog kita.

    ReplyDelete
  3. insyaAllah try nanti =)

    ReplyDelete
  4. sentiasa memberi entri yg ada sesi pertanyaan dgn pembaca...mcm HH buat...

    ReplyDelete
  5. Betul tu HH..saya akan cuba cari blogger yang punya minat yang sama..heheh

    ReplyDelete
  6. tips nie selalu guna...


    setakat nie takde masalah apa2 :D

    ReplyDelete
  7. betol apa yang admin perkatakan...kadang2 kalau minat tak sama orang jemu nak baca..hihi....nanti cik akak nak guna tutor admin pula

    ReplyDelete
  8. In shaa Allah.. t kasih diatas perkongsian HH.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Borong dari Jepun